Buka Puasa Parti




14 September 2008:10.30pm. Salam Ramadhan pada. Minggu ini minggu yang sungguh meletihkan bagi aku, banyak program. Perjumpaan dengan Ex KIY memang seronok, banyak betul aktiviti yang dijalankan. Berbual, tergelak sampai dah tak kisah orang sekeliling. Terima kasih pada semua yang datang, yang dari Terengganu,, Negeri Sembilan dan tempat-tempat yang lain. Walaupun tak semeriah tahun lepas ( sebab makin kurang yang sertai )tapi syukur tetap jadi walaupun masing-masing serba sibuk. Terima kasih semua.





Kawan-kawan mula datang sejak pagi Jumaat ( Terengganu cuti pada Jumaat ). Berbuka puasa dengan juadah pasar ramadhan memang biasa bagi kami sekumpulan. Walaupun tak dapat bersama pada hari Jumaat kerana ada majlis di tempat kerja, seronok dapat berkumpul pada waktu malam. Perjalanan malam tu agak meriah sebab kami sempat pegi "cucuk langit" walaupun pada bulan Ramadhan. Hahaha. Malam tu, pukul 5 pagi baru sampai rumah. Esok nak jalan-jalan lagi. Yelah, sekali sekala datang, dan kena pula dengan waktu untuk beraya sakan lepas ni, masing-masing nak beli ini, beli itu.

Aku bangun pukul 11.00 pg dan terus bersiap untuk ke KL. Macam biasa,jalan-jalan sekitar KL memang teruk dan buruk, jalan sesak, manusia macam semut, menghurung jualan-jualan yang dramatik dan huru-hara. Iklan diskaun jualan dari 0% ke 70 % merata-rata tempat. Meriah, , memang meriah.
Nak tahu, semua diskaun ini penipuan terancang yang memperbodohkan penguna. Bayangkan, ada sehelai pakaian satu jenama, rekabentuk dan potongan yang sama. 1 tahun lepas di tempat dengan waktu perayaan yang semakin hampir, harga selepas potongan 50%, RM 58.90, selepas raya berlalu,aku pergi melihat semula harga pakaian tersebut, terkejut!!! Dalam satu bulan, harga tanpa diskaun RM 58.90 ????? Kini, tahun 2008, diskaun 70%, nak tahu berapa harga selepas 70%, RM 58,90. Tak pelik, cuma rasa tertipu. Rasanya ada kementerian yang ada buat tinjaun, emmmm..........mungkin sibuk asyik kawal harga makanan yang dari azali memang kementerian ni tak dapat kawal. Pemalas bukan.



Kali ini agak malas nak beli barang baru sebab aku jenis beli terus pakai lepas tu. Takdala nak simpan waktu raya, dah beli, pakailakan? Tak payah nak tunggu-tunggu hari raya, lainla kalau baju melayu. Macamana pun, adala sikit barangan peribadi yang dibeli. Nanti kempunan pula tak beli apa-apa.

Waktu berbuka puasa; majlis kali ini agak berlainan sikit, selalunya kami akan habiskan masa sehari memasak bersama-sama tapi kali ini sebab masing-masing ada komitmen kerja, kelab golf di pinggir kota jadi pilihan. Macam biasa, orang berebut masa mula nak berbuka, tapi ramai tak puas hati kerana terdapat makanan yang tidak ditambah semula bila habis. Lepas ini memang takkan datangla ke sana. Lauknya boleh tahan utuk masakan cara Melayu tapi minyak banyak sangat pada setiap lauk. Teruk. Makanan pencuci mulut memang menghampakan. Sungguh teruk. Nak tahu apa pencuci mulut, cuma buah-buah yang tak diisi semula lepas habis. Sangat teruk. Lepas makan pergi karaoke macam biasa.

Tiba di rumah lepas tu agak lewat, pukul 3 pagi baru sampai, seronoknya tengok jalan raya yang lenggan. Balik rumah terus tidur sebab letih sangat. Esoknya pukul 10 pagi dah bangun. Kerana masing-masing kelihatan letih, program batal, petang, berbuka dengan bolognese, sedapnya. Aku memang suka makanan Itali. Sedap. Tapi harga, masing-masing mahu ingat la.

Malam tu kami semua berpecah semula, kawan-kawan mula balik, tak tahula bila nak jumpa semula, masing-masing sibuk. Kali ni pun hampir-hampir tak jadi. Seronok ada kawan, betul tak :)



Comments

Anonymous said…
wahhh.seronoknya ada ramai kawan...seronoknya bebuka reramai mesti happeningkan............
FK said…
Seronak la jugak tapi sekarang semua dah jauh? Amad?
Zharif said…
nampak sedap jek sushi tu.. huhu
come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news

Popular Posts