Dairi : Demam panas aku sudah pulih


Salam dan selamat kembali bercuti pada semua kawan-kawan. Pada yang masih bercuti tu, cutila puas-puas. Mungkin ada yang perasan aku dah lama tak update blog ni. Terima kasih pada yang ambik berat. Sebenarnya aku baru pulih dari demam panas yang sangat panjang dan teruk. Aku cuti dari minggu lepas,MC, semua ni sebab tak larat.

Nak pegang komputer pun aku tak larat, sepanjang aku demam tu terlepak aja la aku. Dah lama aku tak demam macam tu. Mula-mula syak denggi sebab lama sangat demam, tapi bukan. Lama tul aku demam kali ni. Kena ambik darah sampai 4 kali, habis lenggan aku, kalau orang cek ni, mesti dia ingat aku hisap dadah. Huhuhuhu. Masa aku di Hospital Muar, pembantu doktor yang ambil darah, cucuk sana tak keluar, cucuk sini pun tak keluar. Habis lengan aku dikejekan.

Sepanjang seminggu aku demam memang banyak masa untuk aku fikirkan. Walaupun terbaring keletihan dan kepenatan sebab demam tapi aku syukur, sekurang-kurangnya aku dapat dekatkan lagi diri dengan Allah. Asyik sihat je memanjang, biarla, sakit la pula.

Pada mulanya aku mcm dah ok hari Jumaat hari tu, jadi aku ambil keputusan balik kampung malam sabtu. Jadinya pada hari Sabtu tu aku jalan-jalan jap KL nak ambik udara selapas demam. Pegi la tempat yang ikan gigit gigit kaki tu. Gelinya. Jadi malam tu aku balik, baru jalan dalam setengah jam, badan aku dah mengigil, seluruh badan macam kena cucuk cucuk jarum. Paling sakit kat tapak kaki, kawasan aku kena gigit dengan ikan pagi tadi. Aku kuatkan semangat, bawak kete laju-laju, teruskan je perjalanan balik kampung, sampai sampai kampung, terlepak macam orang nak mati.

Kalau ikutkan 3 kali aku gi klinik dan 2 kali gi hospital sepanjang aku demam kali ni. Ini disebabkan demam yang terlalu lama. Hari pertama dr cakap demam biasa tapi panas. Hari kedua datang balik untuk ambik darah kalau kalau ada denggi, hari ketiga rehat, hari keempat datang lagi ambik darah, hari kelima, hari keenam balik kampung, hari ketujuh ambik darah lagi kat hospital kat kampung.

Demam macam ni memang meyeksakan, tapi nasib baik la ada kawan-kawan yang menjaga, Terima kasih semua. Jarang aku demam macam ni, masa akhir sekali aku kena pada waktu aku kat U dulu. Masa tu sama gak aku, terlepek macam nak mati dah, seminggu tak gi kelas. Sakit, letih, mcm-mcm lagi la.

Dan hari ni aku macam dah kembali pulih seperti biasa, walaupun masih rasa kebas-kebas demam tu aku kena mula juga keje sekarang. Banyak sangat sekarang ni. Sana sini ada keje, ari ahad dan sabtu ni kena masuk keje sabab ada outgate untuk GT1B.

Pada kawan-kawan semua, selamat bercuti ok. Yang balik minggu depan, berhati-hati bawak kete tu. Salam blog

Comments

Gidong said…
Syukurlah dah sembuh .. lepas ni bole balik nakal2 lagi wakaka AMINe
FK said…
Alhamdullilah, baik jugk.

P/s : nakal nakal ???
ArnabGumuk said…
laa patut pun senyap je blog ni..rupanya tuan tanah demam..alhamdulillah dah semakin sihat..actly demam2 ni mmg perlu ..dia kira mcm restart system body kita la..lain kali klu rasa nak demam..cepat2 pi sauna..pi steam bath..insyaallah lepas tu..hilang rasa nak demam tu..
kami said…
Khafiz alhamdulillah dah sembuh dari sakit.. tak tau pun.. kalau tau mungkin leh tolong ape yg patut tu.
FK said…
Pada Kami, thanks, emmm, leh carikan berubat cara Islam tak

Popular Posts