Sunday, December 13, 2009

Sinema: Santau = Jangan Pandang Belakang = Congkak = Takde apa yang menarik pun





Salam semua, hari ni nak citer pasal filem Santau yang sedang dimainkan, Di war-warkan sebagai filem seram terbaik pernah dihasilkan di Malaysia oleh salah satu akhbar berbahasa Melayu membuatkan aku garu kepala. Yeke? selepas menonton pada hujung minggu, rasanya aku tak setuju kot.

"Seperti filem seram lain, Santau banyak bermain dengan sudut kamera yang mampu membuatkan dada penonton berdebar-debar. Latar muzik dan bunyi turut membantu membangkitkan suasana menakutkan. Tidak hairanlah ada penonton yang menonton filem ini di sebalik celahan jari."


Dimomokkan oleh pelbagai kritikan yang memberangsangkan dari media, tergerak aku nak tengok filem ni. Ok ker? Sudahnya KO adalah. Kesimpulannya Santau = Jangan Pandang Belakang = Congkak = Takde apa yang menarik pun. Takde apa yang istimewa. Tak paham macamana penulis artikel boleh puji melambung cerita ini. David Toe bagi anpau ek? Kita memerlukan pandangan yang telus. Berani la sikit.

Kembali kepada Santau, dari segi jalan cerita, ringkas dan bosan. Konsep sama seperti cerita terdahulu,  Santau yang sepatutnya dihantar kepada penonton, tenggelam tercugap-cungap, tak cukup rempah penceritaannya.

Sebut saja mengenai santau, aku serta merta terbayang mengenai penyiksa, darah, sakit, jarum, kaca dalam perut (ikut apa yang diceritakan dikalangan org Melayu), tapi dalam filem Santau, lain sikit kot. Santau kali ni hantar hantu kot. Sedikit sinopsis dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Z/20091212080757/Article

"Filem ini berkisar kepada kehidupan sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti dalam keadaan kucar kacir apabila pelbagai kejadian pelik menghantui hidup mereka.

Peristiwa pelik itu mula berlaku selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka. Sejak itu, satu demi satu kejadian mengerikan berlaku sehingga ia hampir meragut nyawa isterinya. Walaupun pada awalnya Halim tidak mempercayai apa yang berlaku adalah gara-gara perbuatan khianat, namun selepas menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, barulah dia mempercayainya."

Watak utama yang dibawa Esma Danial Md Isa membuatkan aku garu kepala. Digambarkan seorang yang baik budi pekerti,  seorang yang murahan, beriman, kuat agama (digambarkan pergi masjid dan sentiasa berjemaah) dan mencampuri penduduk setempat, SEPATUTNYA, mengikut ciri-ciri yang cuba digambarkan, pelakon utama sepatutnya bijak dalam hal-hal agama. Tapi malangnya, dalam filem Santau, pelakon utama digambarkan, individu yang tidak mempercayai santau dan mengangap,santau adalah benda karut semata-mata .

Pelik bukan, pengarah tak buat studi ker? Jin, syaitan etc merupakan termasuk dalam hal-hal atau perkara-perkara ghaib, kalau merujuk pada sifat watak utama, mestila watak utama dapat menerima konsep santau. Lainla watak utama digambarkan, menjalani kehidupan biasa sahaja, tak tahu pasal agama atau tidak mengamalkan amalan dalam Islam, menjalani kehidupan moden , bodoh pasal agama ker, barula nampak logik sikit watak utama menolak dengan keras konsep santau. Tolong la buat studi skit.

Dari segi lakonan, biasa sahaja, pujian buat watak Nina yang sanggup makan telur dengan ulat. Cerita ni tak banyak bermain emosi, semua jerit-jerit, pastu buat terperanjat. Tah, biasa jer la. Plot kadang-kadang macam tak perlu. Shoot diambil semata-mata nak tunjuk ada hantu tanpa memikirkan apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan. Membazir masa ahhhh. Huhuhuhu.

Dairi: Jejalan kat UIA, Gombak













Tuesday, December 8, 2009

Dairi Gambar : Pegi Hospital Lagi


Monday, December 7, 2009

Dairi: Thanks NY Friend :)


Thanks for Sam, my NY Pan Pal for the card :)

Kongsi:Katakan Tak Nak Merokok.......
















Friday, December 4, 2009

Sinema: The Twilight Saga: New Moon

Salam semua, huhuhuhu, aku keluar post lagi. Mesti ader yang bosan kan, hihihihihihii. Takpe. Sajer nak tulis, tengah -tengah ader mood ni, nanti biler takde, kosong jer blog ni. Kalau ikutkan, aku sekarang cuma cerita pasal diri aku dah filem yang aku tengok. Malas nak sentuh pasal benda lain. Nak-nak pasal politik, bosan la. Paling aku menyampah pasal MCA, tak habis-habis lagi. Apala.

Takde, kali ni, aku nak bercerita mengenai, filem pecah panggung, The Twilight Saga: New Moon. Sebelum aku nak cerita pasal cerita ni, cuma nak bagitau, aku tak tengok lagi episod pertama dan tak pernah baca buku-buka dari kisah ini. Jadi pada peminat fanatik tu,jangan marah-marah kalau ader kesilapan. Buku yang mempunyai 4 jilid ditulis oleh Stephenie Meyer, berdasarkan kisah pontianak yang kacak dan cantik, filem Twilight yang dilkeluarkan oleh Summit Entertainment, mengegar dunia hiburan Hollywood.

Bersandarkan pada rating yang dikeluarkan oleh Yahoo Movie ( C) dan Rotten Tomatoes (29%) New Moon tidaklah mendapat rating yang baik dari profesional, walaubagaimanapun mendapat B+ bagi penonton biasa. Jelas menunjukkan filem ini sungguh ramai peminat fanatik, tak mustahil semua filemnya yang akan datang, pecah panggung juga.

Dari keselurahanya, cerita ni bukan jenis cerita yang aku suka. Jiwang gilas. Huhuhuhu. Agak lembab sikit. tapi aku tak terkejut sebab ramai yang komen macam tu.Lambat sangat cerita ni. Masa masa cerita dipenuhi ayat jiwang yang beremosianal. Bunyi latar berjaya menaikkan mood gembira, sedih, keliru. Tepukan bagi pengarah. Bagi aku betul-betul menaikkan mood.

Kisah yang berlegar-legar di satu tempat kadann-kadang seperti menonton drama di layar perak. Pengunaan kesan khas yang minimum pada babak yang perlu sahaja menybabkan babak tersebut meningalkan kesan. Dari keseluruhan plot, takde apa nak dibincangkan. Biasa la, cerita pontianak. Malas la na komen. Pusing-pusing kat situ jer.

Dari segi lakonan, lakonan Bella, memang bagus, mood sampai, tampak keperitan yang dibawa. nampak naif. Pelakon yang lain juga bagus nak berjaya membawa watak. Cuma solekan putih pada semua pontianak nampak over kot.

Cuma apa yang bagus tentang team cerita ni, pemasaran yg dibuat sangat bagus. Sebab tu cerita ni meletup-letup. Huhuhuhu


Dairi: Misteri keganjilan yang aku dengar

Salam, sejuknyer sekarang ni. Asyik hujan saje. Harap berada dikawasan yang dilanda banjir agar bersabar-sabar dan berhati dalam keadaan yabg serba cemas dan kalut ini. Keseorang di rumah menyebabkan pemprosesan otak aku memerintahkan aku mengambil laptop. Sejuk dan bosan. Emmmmm...........

Hari ni sajer sudah 4 hari aku kena bedah untuk buang tosil. Dapat MC sehingga Selasa depan macam best saje bunyinya. Hakikatnya, tiap tiap harinaku menahan sakit tekak dan telinga aku ni. Baring sakit, jalan sakit, semua sakitla. Nak buat camner. Malam-malam tak boleh tidur. Pening dan tak sedap badan saja rasanya. Bak kata kawan aku, sakit penghapus dosa. So aku ambil benda ni satu yang positif. Kalau ikutkan, ada pengalaman yang lebih teruk dari apa yang berlaku ni.

Kali ni aku nak kongsi keganjilan yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni. Disebabkan tonsil belah kiri aku dibuang, telinga aku belah kiri hampir tak dengar apa. Semuanya macam double sajer. Kadang-kadang rasa macam org pekak pun ada. Tak selesa, air asyik kleluar dari telingga. Sian kan. Ingat lagi masa aku gi Tesco, punya mamat ni panggil aku, aku buat tak tahu.

Apa keganjilan yang aku nak kongsikan ni, mungkin satu khayalan aku semata-mata kot. Aku asyik dengar benda yang bukan-bukan la. Ala-ala cerita seram lak. Huhuhuhuhu, jangan gelak ok. Ni ada satu kejadian, pada malam aku tengok New Moon. Aku ngan kawan aku patutnya naik lif naik ke atas, tapi disebabkan main masuk sajer, rupanya lif ke bawah rupanya. Bila sampai ke tingkat paling bawa, cuma aku dah sepasang kekasih. Semua tak keluar. So, aku dok tekan supaya lif tutup untuk naik, tapi lif asyik terbuka sahaja.Aku tekan, sampai separuh sajer, terbuka balik. Rasa 5 Kali aku try, akhirnya baru lif tertutup dan naik ke atas. Masa tu dalam kul 1 20 pagi dah.

Bila naik kate, aku cakap ngan kawan aku, "Tengah malam-malam pun ader budak-budak main lif."

Dia terperanjat, "Bila?" Aku jawab masa tingkat bawah sekali tadi masa lif tak tutup-tutup. Dia berkerut, biar betul?

Selamba aku jawab " Betul la, aku dengar 2 3 budak ketawa main kat lif, sebab tu lif tak naik naik-naik, diaorg main tekan-tekan kot butang lif"

Denagn muka cuak" Eh, biar betul, mana ada budak-budak kat situ, biar betul, senyap je kat situ, aku dah naik seram dah ni, lagipun buat per budak-budak duduk bawah tu, semua tutup dah pintu"

Aku terperanjat, "Betul aku tak tipu, aku dengar budak-budak main tepi lif."

Aku terdiam sekejap, Emmm, aku pun tak tahu, apa yang sebenarnya aku dengar. Tapi yang aku pasti suara budak-budak. Aku ingat budak-budak tu yang menyebabkan lif tak tutup. Mungkin khayalan aku kot.

Kalau ikutkan ada gak bunyi-bunyi pelik yang aku dengar, tapi aku rasa itu semua khayalan atau kesan sebab telingga aku tak dengar. Insyallah, tak de pe pe :) Misteri Nusatara lak aku.

Tuesday, December 1, 2009

Dair; Minit-minit pembedahan

Jam menujukkan jam 9.00 pg, seorang jururawat agak montok datang membawa sepasang baju, sehelai jubah biru laut bertali bersama sarung hijau cair singkat. Dengan memberi senyuman, jururawat tersebut terus beredar mengharapkan aku menukar pakaian. Emmmm, awal lagi rasanya. Patutnya pukul 10.30. Aku pun malas nak pakai awal-awal, terus menerus mendengar Hot FM di siaran 8TV.


Jam, pukul 9.30, aku ambil keputusan untuk menukar pakaian. Dipakainya aku sarungnya dulu. Tapi bagaimana  ikatnya, ikat kain pelikat macam tak cantik, perut besar sangat. Tak muat. Akhirnya aku ikat cara memakai kain batik, dilipat disisi pinggang agar tak telerai. Kali ni baju pula, emmm, tali dihadapan atau tali dibelakang. Aku putuskan tali di depan, berusahala aku mengikat riben agar senang dibuka, siap akhirnya.


Sekali lagi jururawat datang untuk melihat aku. Tetiba ketawa kecil keluar, aku pakai terbalikla baju, hahaha, aku pun ketawa sambil menahan sakit tekak dan telingga aku. Buat apa nak malukan? Ini kali pertama aku pakai baju ini. Tak salahkan. Jururawat beredar bila aku membuka ikatan riben. Nak ketawa, tekak sakit.


5 minit kemudia dia datang lagi, “ Ok, dah siap? Contact Lens, jam, cincin semua tanggal ya, seluar dalam sekali”  Apa, seluar dalam sekali, Emmmm, “ Seluar dalam sekali?” Lagi sekali dia tersenyum manis, “ Ya Encik, seluar dalam sekali ya” Sekali lagi aku tertawa dalam hati.  
Beredar kini dia kembali lagi, dia bertanya pasal seluar dalam sambil berseloroh. Aku buat senyum. Buat benda lawak minah jururawat ni. Sekali lagi dia menegur, “Sandal tak perlu bawa, nanti kita tolak pakai troli, seluar dalam dah tanggal kan?” Eh, melebih-lebih pulak lawak dia ni.


Sebenarnya aku nak buat pembedahan sikit, nak buang tonsil. Tunggu punyalah sampai setahun, baru dapat bedah. Dah lama aku menderita, tapi rekod tak cukup, jadi aku kena tunggu. Tanggal,  01/12/09, aku akan jalani pembedahan buang tonsil. Dari kecil aku memang dah ada tapi tak serius la sangat. Tapi sejak 2-3 tahun ni makin menjadi-jadi dan tahun ni ajer aku dah  


Tonsil atau tonsila palatina adalah bahagian dari sistem kelenjar getah bening yang berada pada sisi kiri dan kanan bahagian belakang rongga mulut. Seperti kelenjar getah bening lainnya, amandel adalah bahagian dari sistem kekebalanyang menjaga tubuh manusia dari infeksi, khususnya infeksi saluran nafas atas dan telinga.


Aku dibaringkan di atas troli, dibentangkan selimut tebal sambil 4 orang jururawat memasukkan lebih selimut di celahan badan. Kepala aku diletakkan penutup kepala. Terdongak aku melihat syiling. Penuh orang dikeliling berborak-borak. Aku malas nak pasang telingga. Lagipun telingga kiri aku memang tak dengar. Sekali ditanya, seluar dalam dah tanggal. Emmmmm……


Datang seorang doktor lagaknya membawa fail. “ Siapa nama kamu?” Wah! Macam disoal mungkar dan nangkir pulak. “ Tahu pasal pembedahan hari ini? Merokok? Ada alergi? Dah buang air besar? Dah buang air kecil? Dah baca perjanjian semua?” Aku tak bersuara, hanya menjawab dengan mengeleng ke kiri ke kanan atau mengangguk sahaja. Ditunjukkan semua dokumen yang pernah aku tandatangani, dah aku sekali lagi menganguk sahaja.


Troli mula ditolak, melalui tingkat 4 ke 4 buah lif, dari siling, tampak samar-samar refleksi aku yang memakai penutup kepala. Macam kelakar sahaja. Masuk lif, semua senyap. Kali ni lagi jelas muka aku terpampang di siling lif. Montelnya. Itula, asyik makan jer, bersenam malas. Sempat lagi aku mengomel sendirian walaupun jantung mula berdegup pantas ni.


Aku dibawa di tingkat 2, kelihat satu pintu tertulis dewan bedah. Setelah dibuka dari dalam, baru pintu terbuka. Malap. Yang penting, tak macam dalam cerita Grey Anatomy pun. Tiada pun doktor berlari ke sana ke mari. Hanya kelihatan doktor dan jururawat bertutup kepala semuanya, berborak sedikit sambil melihat papan putih. Tempat tu agak menyeramkam.


Aku dipindahkan ke troli baru dan terus dibawa ke satu penjuru. Kalau dikira, lebih 6 orang memeriksa fail dihujung kaki. Aku membiarkan saja. Jam sudah 10.10 pagi dan kini 10.20. Aku mengesotkan badan ke kiri dan ke kanan sehingga kain selimut terbuka. Datang seorang jururawat berniat membetulkan di sisi kiri. Kini di sisi kanan, tanpa beralih ke kanan, hanya mahu menceritakan pengalaman benar, dada jururawat tu bergesal-gesel dengan perut aku yang membusung ni. Hahahahaha, tak tipu.


Semasa dalam bilik persedian pembedahan, terdapat 3 orang lain turut senyap menanti giliran masing, seorang wanita melayu dengan muka pucat sekejap ke kiri ke kanan sambil mata tertutup, kanak-kanak cina yang asyik bangun bercerita dengan ibunya dan akhir sekali  remaja perempuan yang Nampak takut serta tak bermaya. Aku lak, tahlah, takde cermin masa tu nak tengok.


Jam  sudah 10.30, Dr Suraya, pakar bius datang menerangkan kesan-kesan daripada bius yang akan dibuang. Setelah ditandatangani perjanjian, aku mula ditolak bersama troli. Aku dimasukkan di teater pembedahan 3, kecil sahaja biliknya. Sekali lagi, tak macam dalam cerita Grey Anatomy pun. Ada 4 orang kesemuanya. Seorang lelaki, seorang makcik, seorang wanita muda dan Dr Suraya.


Mendongak ke atas, dua set lampu bulat, sepasang dan berlima dinyalakan, makin berdebar aku. Diletak tangan kiri dan tangan kananku penyepit terus ke meter, kini dada kiri dan kanan aku diletakkan pelekat. Selepas berbual sedikit, lelaki tadi memegang tangan kiri aku mencari urat. Ditampar-tamparnya beberapa kali, lalu datang Dr Suraya menyuntik tajam. Aduh, sakitnya dalam hati.


“OK, bolehla nak mengucap ke? Nak doa ker? Harap semua berjalan lancar, kejap lagi awak akan tidak sedar diri.Ok.” Salah seorang dari mereka meletakkan penutup mulut. Aku khayal dan terus tertidur……seingat aku, aku bermimpi.ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ


Aku digegarkan, aku terjaga, bila kau membuka mata, semua dideapan aku bagaikan kebawah, sempat aku membaca, bilik pemulihan. Kelihatan juga remaja tadi yang masih terbaring. Terasa sakit ditekak, pedih sangat. Aku terlelap lagi ……



Kini aku betul-betul sudah terjaga, terasa sakit pada tekak aku, jam sudah 12.30. Lama juga ya. Aku disorong kembali ke tingkat 4. Aku dibawa ke bilk kembali. Jururawat mengucapkan tahniah. Semua berjalan lancar. Tonsil berjaya dibuang. Dibawanya tonsil tadi, dan wahhhh, besarnya. Aku nak simpan tapi dia nak buat eksperimen. Yeke. Tapi yang aku pasti tekak aku sakit sangat.


Aku terbaring keseorang, memandang cermin berehat, syukur alhamdullilah.



Senima:2012

Salam, kan aku dah cakap, aku akan menulis je sekarang, huhuhuhuhuuuhuh. Baru semalam aku post, ari ni aku buat post balik. Dah lama aku tak review filemkan. Sebenarnya ada filem yang aku tgk. Cuma tak sempat nak buat pandangan. Disebabkan ader masa ni, aku nak komen satu filem yang aku tengok pada tayangan hari pertama, 2012. Mungkin dah terlalu lambat, tapi nak buat camner, takde masa lah.

Satu lagi filem dari Ronald Emmerich, rasa semua pasti biasa dengan konsep dan struktur cerita mamat ni. Kesan khas adalah kekuatannya. Menonton 2012, pengalaman melihat visual efek yang cemerlang ditonjolkan dengan baik. Bagus bagus. Seronok tengok. Terasa macam kat tempat tu pulak.

Ok, cukup bahagian positif. Negatifnya terlalu banyak. Jalan cerita pun dah buat orang cakap,  alahai. Ala, takde apa-apa perbezaan pun dengan cerita terdahulu, tengok sajer  Day After  Tommorow, War of the World, etc, semua sama je. Rasanya cukupla dengan jalan cerita sama. Orang US ni dah cerai baru nak sayang balik ke keluarga ????? Bosan.

Ok, kita pergi dari segi lakonan, presidan nampak lembik sangat, anak presiden macam dah tua jer, tak sesuai la, pastu  watak saintis kulit hitam tak cukup emosi, tak sampai la bro. Pastu tak berkenan langsung dengan isteri pada hero dengan anak perempuannya ,tak nampak neutral, kaku la cik kak. Pelakon tambahan nampak lagi ok. Kesimpulanya, lakonan dari pelakon tak berapa meyakinkan. Nampak buat-buat. Saat babak paling aku tak suka pada masa ialah masa last cerita, emosi yang nak disampaikan oleh watak saintis kulit hitam untuk benarkan org yang tersekat kat luar untuk masuk, TAK SAMPAI. Tak cukup emosi, tah la, serba kekerungan. Masa presiden bagi ucapan terakhir pun tak cukup sayu. Tak besh la.

Mula-mula tu best la tgk visual efek  yang dipaparkan, tapi makin lama, makin bosan, asyik itu jer, yang aku tak tahan tu 3 kali aksi kapal terbang  berjaya tebang, pastu masa tu gak tanah retak lah, asap datang lak.  Tapi sempat berlepas tu. 3 kali ok???? Buatla benda lainlak. Bosan gak benda yang sama ni.

Cerita ni terlalu banyak nasib baik, sejujurnya aku tak suka yang selalu banyak nasib baik, tapi nak buat camner, kalau tak de nasib baik, awal-awal hero dah matikan. Tu la.

Bila tengok suratkhabar kat Malaysia, cerita ni di lambung tinggi. Tak tahu, mungkin penulis dibayar kot. Aku pun garu kepala lak. Bile aku cakap cerita ni tak cukup kuat, ramai kawan-kawan kata aku pelik. Aku tak cakap tak bagus , cuma banyak kekurangan sangat. Kalau baca review dari sumber luar, banyak yang menanda aras cerita ni dari C+ hingga D, hairan kan. Tapi aku setuju.

Memang la cerita ni bagus dari visual efek tapi dari nilai seni dan struktur cerita mungkin kureng kot. Berbaloi untuk RM 11 untuk melihat kesan khas.  Tapi jalan cerita, nope XXXXXX.Oklah, tepuk dada Tanya akal.K

Saturday, November 28, 2009

Dairi : Gambar On the Spot

Gambar gambar ni antara gambar yg aku ambil dalam bulan ni, kualiti gambar mcm tak ok sejak aku guna phone nokia 5800, 3.2 mp, dulu aku pakai n95, dah rosak masuk air, sedih aku. sebenarnya sajer malas nak pakai kamera canggih2, tak feel la nak ambik gambar on the spot kan k lah.enjoy






























Dairi : Hari Hari yang sakit

Salam, pada semua blogger, emm, dah lama sungguh tak menulis. Bukan apa, sekarang ni  kat tempat kerja, blogspot  punyer site dah kena block, so takleh la nak menulis. Jadinya sekarang ni mengharapkan sim card ni ajer la. Tapi mungkin dalam 2 – 3 hari ni aku akan aktif menulis kot. Kenapa? Sebab masa terluang banyak sangat kot hospital ni, yup, aku kat hospital.Nak tahu? Meh aku buat publisti murahan untuk diri aku. Huhuhuhu


Tunggu punyala sampai setahun, baru dapat bedah. Dah lama aku menderita , tapi rekod tak cukup, so aku kena tunggu. So isnin ni, 01/12/09, aku akan jalani pembedahan buang tonsil. Tau tak tonsil, cari la kat internet, dalam blog aku pun aku pernah tulis. Dari kecik aku memang dah ada tapi tak serius la. Tapi sejak 2-3 tahun ni makin menjadi dan tahun ni ajer aku dah kenal lebih 6 kali, so, dengan rekod 6 kali ni lah melayakkan aku buat pembedahan ni. Tapi pembedahan kecik ajer, harap lepas ni, ok. Setelah berbincang dengan pakar, dia kata buat cepat cepat lagi bagus coz senang, tak payah melarat. Bila tonsil aku bengkak jer, mulala, demam, sakit tekat, sakit telingga etc. tapi kali ni paling teruk coz telingga berdesing, pastu macam kena cucuk paku lak, terpaksa la makan ubat tahan sakit, kalau tak, menjerit la ajer kerja aku. HUhuhuhuh.


Sebenarnya, akau dah mula sakit tekak dan deman dari Rabu, so aku tahu la, ni mesti kes tonsil bengkak ni, tapi disebabkan aku dah biasa kena, aku tahan la coz banyak kerja. Tahan punya tahan, benda tu naik kat telingga, Ya Allah, pedihnya rasa, aku memang tak tahan sangat, sakit bangat. So, aku pun serang klinik yang selalu aku gi dan dia mintak aku rujuk pakar, dan ni lah aku sekarang menaip dari bilik 433 ni. Sorang-sorang jer kat sini coz aku dah suruh family balik, setakat ni aku leh jaga diri sendiri kot, tak nak menyusahkan org. Aku pun tak  bagi tau sesapa. Malas, minor surgery je.


Tapi masa nak masuk wad, buat aku bengang gak, sepatutnya aku dapat bilik single, last last disebabkan ketidak cekapan petugas, aku diletakkan bilik double bed, dah la org sebelah ni bukan Sehati Berdansa kuat-kuat, emmm,menganggu. Cewah. Tapi apa pun bersyukur pada apa yang ader :), tul tak. Apa apala aku ni.


Oklah, cukup la ni, kalau ader idea aku tulis lagi. Kawan-kawan yang rasa sakit tu, cepat-cepatla check doc, kadang-kadang banyak benda tersembunyi  dalam badan kita.K. Tepuk akal Tanya hati  :)

Friday, November 6, 2009

Dairi:Waktu peribadi yang statik-Cakap-Cakap kosong jer

Salam pada semua pembaca. Jam dah nak pukul 5, kalau kat tempat aku, masa ni masa nak balik. Tapi ada kerja lagi yang tak selesai. Bosan gak. Bosan menunggu. Sepanjang minggu ni, aku rasa agak banyak keja, cuti 4 hari minggu lepas buatkan kerja bertimbun. Banyak yang aku tertinggal, terpaksa berlari-lari kejar. Sedang aku tak baper sihat ni, masa ni la jugak hujan, lembab jadi. Otak lemau orang cakap. Tapi aku buat sibuk sebab malas nak fikir pasal selsema aku yang tak putus-putus ni. Kata Pak Badrul, hujan tu, hujan, tapi kalau dah asyik pikir kena hujan demam, jadi demam la jawabnya. Yeke? Bukan apa, just kena hati-hati, takut bila dengar gelombang HINI akan menyerang lagi.

Waktu peribadi buat aku masa ni macam masa statik, takde kemajuan, takde penurunan. Macam statik. Rasa seronok dengan pada keadaan sekarang tapi dalam waktu yang sama, asyik tertanya-tanya, camna la nak gerakkan waktu aku yang statik ni. Camner yek? Kena angin perubahan tiup kot baru detik jam bergerak. Tahla. Bagi idea sikit semua.

Oklah, cukup la aku merepek ni la. Banyak lagi kerja yang aku perlu buat daripada merepek ni,huahua hua. Okla, selamat petang la.

Tuesday, November 3, 2009

Kongsi: Sinopsis Drama Nur Kasih episod 21-26-Saja bagi spoiler...



Double Klik gambar untuk besarkan tulisan
Kongsi: Sinopsis Drama Nur Kasih episod 21-26-Saja bagi spoiler...

Monday, November 2, 2009

Kongsi: Tabik Syaitan



Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.



Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.





Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above


Anton LaVey, leader and founder of theChurch of Satan.

Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author ofThe Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.



A Satanic Ritual

Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)



Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!





ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....


Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan. . kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan. . kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN. ..??????

Thursday, October 29, 2009

Dairi:Balik Kampung.EMMMM.......jodoh oh jodoh

salam semua.skrg ni aku tgh baring atas sofa sambil terkebil kebil mengantuk. Overdose tidur siang tadi tak membantu untuk aku stay lama depan phone aku sambil menekan skrin sesentuh. Kat kmpg muar,aku n family akan bertolak ke kota tinggi esok untk majlis perkahwinn sepupu. Malas tul nak drive sebenarnya tp dah kena pergi.WAJIB. .....ckp mak aku.Pasni,mesti dah kumpul ramai,mesti tanya aku biler nak kahwin,punya ramai andartu,aku jantan bujang lak disuruh kahwin cepat.Aku selalunya jawab"sabarla.takde jodoh lg"Malas bikin kecoh.Kita yg tak kawin org lain lak lebih2.Suka hati la.Niat hati secara jujur nk kahwin tp takde yg melekat di hati. Tahla. Mungkin demand kot(perasan).Bukan per,klu nak carik,nk sama mcm ex aku dulu.Perfect 4 me.Tapi takde jodoh.My fault. okla.Malam dah ni.Aku nak tidur.Jodoh oh Jodoh.Kat mana la ko.