Di Mana Martabat Bahasa Melayu


Jumaat 29 Ogos 2008: Selamat Hari Merdeka yang ke 51 dan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua. Kepada kekawan yang sedang kerja, kekawan yang masih mencari kerja dan kekawan yang sedang belajar untuk bekerja, selamat berjuang. Harap semua berjalan lancar tak seperti jalan raya kat Kuala Lumpur. Makin lama makin teruk kesesakan lalu lintas di KL, dari Pantai Dalam ke KL Sentral, ambil masa 45 minit. Apa kejadahnya?

Semperna merdeka ini nak aku coretkan satu masalah yang busuk cuma baunya tak kejap muncul, kejap ada, kejap kuat kadang kadang tak ada langsung. Coretan yang aku nak kongsi ialah pasal pengunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia masa kini. Mungkin ada yang terbaca menjuihkan mulut lalu keluar dari blog ini, mungkin yang fikir buang masa, ada yang fikir, baik keluar dari blog ni dan sedikit saja yang fikir baca dulu, ada sangat sikit yang fikir, ini perkara menarik. Kali ni mugkin ilmiah sikit. Tapi saya memang pencinta Bahasa Melayu. Aku mulakan penulisan ni dengan acara, Pembukaan Tahun Melawat Malaysia, Januari, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Cukup meraih masa tu, Perdana Menteri kiata pun dan masa tu pertama kali melihat beliau di depan mata. Pelbagai acara, pelbagai budaya, plebagai wajah wujud pada ketik itu. Cukup cukip hebat perancangannya. Disamping meraikan kehebatan Tahun Melawat Malaysia, sebuah binaan pasang siap yang agak besar berdiri di sisi tasik. Di beri nama Eye Of Malaysia.

Sekejap! Eye Of Malaysia? Tiba-tiba tersentak hati, Eye Of Malaysia, kenapa? mengapa? Begitu banyak kesimpulan yang ingin dirumuskan. Kenapa nak diberi nama EYE OF MALAYSIA.Di tengah-tengah kehebatan menyambut Tahun Melawat Malaysia di samping kemerdekaan Malaysia, adakah kita masyarakat yang buta tuli. Bodoh? Ini Malaysia, dan jadilah kita rakyat Malaysia. Kenapa tak diberi nama Mata Malaysia pada benda alah berputar yang disewa RM 30,000,000.00. Hinakah bahasa Melayu, kolotkah ke Bahasa Melayu atau tak ada kelas? Mata Malaysia, ok apa? Sudahla, roda putih besar digelar pelik, habis semua sepanduk ditulis Welcome to Malaysia, bukan sebahagia, tapi semua?????

Itu kisah insiden, contoh untuk pelakuan bodoh masyarakat kita, masa duduk lepak menonton drama di TV3, alkisahnya watak utama yang di tuduh mengedar dadah, lalu terjadi kisah mahkamah ( tipikal jalan cerita drama Melayu). Pada kekecohan cerita yang berlaku mahkamah, satu babak menarik perhatian, pelik juga, di depan mahkamah yang digunakan untuk pengambaran itu ditulis Palace of Justice, kenapa tidak tulis ISTANA KEADILAN. Rasa lebih baik kalau disebut begitu. Sekali lagi, hinakahkah Bahasa Melayu atau tak sedap didengar?

Kenapa perlu mengunakan Bahasa Inggeris pada perkara begini, mana letaknya kepentingan Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. Aku bukan aliran ekstem yang mengatakan Bahasa Inggeris perlu keluar dalam Malaysia, cuma kadang-kadang pelik banyak iklan, seruan, garis panduan yang dikeluarkan semata-mata untuk memertabatkan bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu tetapi ader pihak masih mengunakan Bahasa Inggeris pada tempat yang aku rasa tak sesuai dan boleh menjatuhkan martabat Bahasa Melayu. Bukan ke keadaan ini macam ni sesuatu yang pelik sesudah 51 tahun merdeka. Pengunaaa Bahasa Inggeris memang penting tapi pada keadaan tertentu, pengunaan bahasa melayu perlu dominan.

Seperti semasa acara pelancaran Tahun Melawat Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, apasalahnye dalam sepanduk Tahun Melawat Malaysia ditulis Selamat Datang Ke Malaysia, tak semua pun letak saja sebahagia, atau jadikan penulisan Bahasa Melayu lebih dominan dalam sepanduk. Secara langsung, pelancong asing dapat melihat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia dan bahasa inggeris adalah antara bahasa yang boleh digunakan secara meluas di Malaysia. Selain memertabatkan bahasa, sekurang-kurangnya orang asing boleh meningkat indeks prestasi pengunaan bahasa kita. Walaupun kelakar org putih cakap Terima Kasih tapi sekurang-kurangnya mereka tahu bahasa kita.
Kesimpulan, masyarakat dan pemerintah perlu membezakan bagaimana cara untuk memertabatkan bahasa kebangsaan di samping meningkat penguasaan bahasa inggeris. Pada pendapat aku, pengunaan terma yang betul dalam hal-hal berbentuk nasional seperti MALASIA, ASIA SEBENAR dalam mengantikan MALAYSIA TRULY ASIA, PRECINT kepada BAHAGIAN, dan sabagainya adalah salah satu cara terbaik dalam memertabatkan Bahasa Kita. Ucapan nasional dalam Bahasa Kebangsaan juga boleh meningkat imej kita. Dalam meningkat bahasa inggeris, masa Dr. M mencadangkan pengunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk subjek sains, aku rasa idea tersebut sangat releven. Ini kerana bahasa teknologi sekarang adalah bahasa inggeris. Dalam memperkenalkan secara menyeluruh pengunaan bahasa inggeris di kampus pun adalah satu idea yan baik.Bagi aku, beberbahasa inggeris bukan kita mengikut budaya mereka.

Jelaslah bahawa Bahasa Inggeris itu penting dalam urusan seharian tetapi tak bermaksud semua papan tanda, papan iklan, iklan akbar, nama jalan, parit, kampung, bandar dan sabagainya ditukar kepada Bahasa Inggeris. Apa salahnya Parcel disebut Sektor , KLIA(Kuala Lumpur International Airport) ke LAKL (Lapangagan Terbang Kuala Lumpur). Kadang-kadang ada antara org Malaysia Malu berbahasa kebangsaan. Pelik bukan???. Lagi pelik ada org yang cuba membahasakan melayu ke bahasa inggeris sehingga hancur. Karipan Sedap jadi DELICIOUS KARRYPAP. Kelakar tak.
Aperpun, dalam kisah kali ini, semua pihak perlu terlibat tapi yang lebih penting pemerintah! Kerajaan perlu mencari idea yang terbaik dalam menjadi Bahasa Melayu menjadi bahasa yang dijulang disamping memastikan rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa inggeris.Aku bukan dari aliran sastera dan bukan seorang yang pakar dalam bahasa ni, bahkan dalam blog aku pun guna perkataan, frasa, ayat yang salah, tapi sebagai rakyat Malaysia, seronok bila bahasa kita dijulang di tahap tertinggi. Tak bangga ke anda sebagai rakyat Malaysia yang dah 51 tahun merdeka bila bahasa melayu menjadi bahasa utama dunia. Tepuk dahi tanya akal masing-masing.


.

Comments

come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news
Awang Kata said…
Profesionalkah kita? Kalau kita tidak tahu atau masih tidak jelas dalam aspek bahasa, perlukah kita merujuk? Kalau perlu, kenapa kita tidak merujuk badan berwibawa dalam hal ini yakni Dewan bahasa dan Pustaka? Yang sedia membantu dalam apa jua persoalan dan masalah bahasa di negara ini.Sukarkah untuk mewujudkan budaya merujuk dalam masyarakat kita?
Unknown said…
Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".
FK said…
Ulasan tuan sungguh menarikjarang ada rakyat kita nak membicarakan benda2x mcm ni, kalau tak sebab duit, publisti, tak ada hal dibangkitkan.

Popular Posts