Memperkenalkan : http://maxqcorp.wordpress.com/


Ni lagi sorang kawan aku ni. Aku dah janji nak promote dia punya blog ni. Kalau rajin gi la http://maxqcorp.wordpress.com/. Si Hadi ini antara student yang terperangkap kat Bangkok sbb rusuhan. Baca la kat bawah ni.

14 pelajar UniKL balik dengan bas

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sekumpulan 14 orang pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang terkandas di Bangkok ekoran penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 1,600 kilometer (km).

Konsul Muda Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Hadtamizi Abu Bakar berkata, kumpulan pelajar itu merupakan antara ribuan lagi rakyat Malaysia yang terkandas di sekitar Bangkok.

''Kumpulan pelajar UniKL ini diketuai Muhamad Fazaizul Razali berada di Bangkok sejak 24 November lalu untuk menghadiri satu majlis King Rama XI yang diadakan di Universiti Chulalongkom.

''Mereka yang sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan AirAsia semalam terkandas kerana penutupan lapangan terbang tersebut sejak 25 November lalu,'' katanya kepadaUtusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, Muhamad Fazaizul telah menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, urusan membawa pulang kesemua pelajar terbabit ke Malaysia diatur dengan menaiki bas ekspres.

''Mereka melalui perjalanan sejauh 1,100km dari Bangkok ke Hatyai pukul 2 petang semalam dan dijangka tiba di Hatyai pagi ini pada kira-kira pukul 8.00 pagi.

''Setibanya di Hatyai, mereka akan bertukar bas ekspres lain dan sambung perjalanan ke Kuala Lumpur pukul 11 pagi ini dan dijangka tiba di Kuala Lumpur malam nanti,'' katanya.

Sementara itu, 106 kakitangan syarikat Kumpulan Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) yang dilaporkan terkandas semalam akan diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Mereka dijangka menaiki penerbangan yang akan berlepas melalui Lapangan Terbang Utapao, kira-kira 140km dari Bangkok.

 

Comments

aShaBuLz said…
selamat tak ada apa2..huhu~
Anonymous said…
Salam.
Anyway, thanks promote blog.
Adi akan letak new link kat blog adi.
So, link ke blog fiz akan wujud kat situ nanti..
FK said…
u r welcome bro

Popular Posts