Semasa : Isu Yoga, rangkuman pendapat, kontroversi dan rumusan

Salam semua, selamat hari-hari. Harap semua sihat-sihat belaka. Ngantuknyer, tapi takleh nak tidur, ni yang tangan tiba-tiba gerak nak menulis ni. Kali ni, macam hujung minggu yang sebelumnya, aku suka buat rumusan aku sendiri atas apa yang berlaku sepajang minggu lepas, dan kali ini pun sama, cuma kali ini mungkin takde berita yang hangat sebab aku sedikit leka minggu ni.

Mungkin yang paling hangat pada minggu ni adalah isu Yoga, rasa semua tahu pasal perkara ni.

Pendapat Ulama Mengenai Hukum YOGA

YOGA sekiranya mempunyai pengaruh keagamaan dan spiritual yang bukan berasal dr Islam maka ditolak dan boleh membawa syirik kerana mencari ketenangan selain jalan yg dianjurkan oleh Islam ialah syirik.

Masalahnya YOGA dilakukan dengan campuran perbuatan fizikal (senaman jasad) yang halal dan ucapan serta amalan spiritual (yang diharamkan) kerana mempunyai pengaruh agama HINDU.

Misalnya ucapan seperti "Omm", tafakur dan pemusatan hati dan pemikiran, mengabungkan diri dengan alam ialah suatu yang ditegah serta disebut sebagai "penyatuan" yang berasal dr ugama Hindu. Maka hal ini ditegah oleh Syarak berdasarkan hadis sahih yang baginda pernah bersabda : "Barangsiapa yang meniru perbuatan sesuatu kaum maka dia termasuk di dalam kaum tersebut." (hadis sahih)

Kemudian di dalam ayat al-quran, disebut di dlm surah Ali-Imran yg berbunyi " Barangsiapa yang mencari jalan hidup (termasuk juga jalan ketenangan hati dan panduan pembersihan jiwa) yang selain daripada Islam maka tidaklah diterima di sisi Allah." (Al-Imran: 85)

Kesimpulannya pengharaman YOGA sewajarnya sejak dahulu bukan sekarang, ulama Islam perlu membuat kerja rumah dan kajian sejak dahulu tentang masalah umat Islam bukan menunggu sehingga sudah parah baru membuat keputusan yang mengakibatkan kemarahan orang.

Keputusan Majlis Fatwa perlu disokong, kerana mereka mewakili nama Islam malangnya sikap mereka kurang brhikmah di dalam tindakan dakwah kerana tidak selari dengan usaha dakwah dan seruan memberikan kefahaman kpd orang ramai.

Apapun kita perlu memahamkan org ramai kenapa Yoga ini haram dan kita perlu menyokong Majlis Fatwa dan Kita perlu ubah sikap dan cara pengendalian Fatwa di Malaysia.

Perlu diingat sekalipun agama ialah suci dan terpelihara dr salah, namun orang yang mengendalikannya tidak terlepas dr kesalahan.

Badawi: Yoga for Muslims OK without chant

KUALA LUMPUR – Malaysia’s leader assured Muslims on Wednesday they can perform yoga if they do not chant religious mantras.

Last week, the National Fatwa Council said elements of Hinduism in the practice could corrupt Muslims. Many ordinary Muslims responded by saying they had been performing yoga for years without losing their faith.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told the Bernama news agency that Muslims who performed yoga exercise without chanting Hindu mantras could carry on with their activity.

http://www.saudigazette.com.sa/index.cfm?method=home.regcon&contentID=2008112723185

Isu ni turut mengudang kontroversi di beberapa baut negari dan melibatkan kredibiliti beberapa pihak

Kontroversi: Isu Yoga, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Tarik Balik Laporan Terima Pakai !!

IPOH - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury hari ini berkata fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ianya diperkenankan oleh Sultan Perak. Bercakap kepada pemberita hari ini bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak. 

"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak,".............................................

http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/kontroversi-isu-yoga-pengarah-jabatan.html

Perkara ini turut dapat perhatian Sultan

Sultan Selangor tegur tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan 

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga pada Khamis lalu, akan segera diwartakan di Melaka, manakala Selangor membuat pendirian untuk membawa isu itu kepada Jawatankuasa Fatwa negeri terlebih dulu. 

Bagaimanapun, tindakan Majlis Fatwa mengumumkan fatwa itu tanpa dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenan sebelum diumumkan ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. .......

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20081125003120/Article/index_html

Indonesia juga membincangkannya

Indonesia turut bahas isu yoga

JAKARTA 26 Nov. - Pengharaman senaman yoga terhadap umat Islam di Malaysia oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu lepas turut menjadi perbahasan di Indonesia.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan mengadakan perbincangan mengenai kontroversi senaman yoga minggu depan bagi mengkaji sama ada senaman itu mengamalkan mantera atau bacaan tertentu yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Ketua MUI, KH Maaruf Amin berkata, sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk membincangkan isu halal atau haram yoga minggu ini kerana terdapat pelbagai kontroversi mengenainya............................................

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Comments

Popular Posts