Dairi : Cermin Diri
Salam, emmm. rasanyer semua sihat. Dah lama tak buat apa apa kat blog ni. Org kata minyak dah habis. Dulu bukan main suka menulis, sekarang ni malas sangat la. Tak la busy pun. Biasa biasa ajer. Pada kekawan yang dah, sedang dan akan berkawin dalam masa terdekat ni, tahniah, pada Fuad, Harbaza, selamat pengantin baru :)
Minggu ni ialah cermin diri, hahahaha.dah lama aku tak buat benda. Bagus aku rasa benda ni. Terdapat pelbagai kaedah yang org guna, contohnya tingkap jauhari, SWOT dan sebagai. Tapi aku ada cara tersendiri untuk menilai diri aku. Sebelum tu, yang aku maksud cermin diri ni ialah menilai diri kita sendiri ala ala muhasabah la. Kadang - kadang kita asyik dok pikir org di sekeliling kita asyik berubah, tapi kita, tak sedar, jauh berubah. Jadi, benda benda macam ni dapat nilai diri kita.
Apa yang aku buat dalam seminggu ni, aku jadi sensetip pada setiap langkah, emosi, pergerakan dan mcm mcm lagi, pastu aku akan catit dalam note phone, bila dah cukup seminggu aku akan tgk la balik semuanya.
Keputusannya, emmmmm, memang aku dah byk berubah. Banyak sangat yang negatif. Hahahaha. Banyak sikap negatif dah mula meresap, hahahaha. Ni kena berubah ni. Yang kelakarnya, satu benda aku jumpa, sejak akhir akhir ni aku suka berkerut, hahahaha, cepat la tua nampaknya. Jadi pasni aku kena senyum jer, elak ketenggan pada muka. Huhuhuhu. Lagi satu, aku pun mcm kurang senyum, emmm, dulu bukan main aku suka senyum sebab nak tunjuk lesung pipit, hahahaha.Bukan lesung batu.
Dari segi emosi, emmmm, tu rahsia.........................
Dari segi kerja, emmm, sejak akhir akhir ni aku kurang fokus la, tak tahu la, tak sepantas dulu, kena tgk balik, ni kes paling berat. hahahahaha
Dari segi fizikal, ada perubahan skit, tapi perut tetap maintainance. Hahahahaha
Tu la, antara benda benda yang aku leh dapat bila aku buat cermin diri. Banyak lagi. Secara tak langsung dapat perbaiki diri kita. Try la
Comments