Dairi : Trauma, Maut aku dan keluarga depan mata

--

Gambar 1



Gambar 2


Gambar 3

Salam, semua, ari ni aku bersyukur pada Allah kerana aku masih hidup. Trauma??????? Aku tak trauma tapi keluarga aku. Pada mulanya aku tak rasa apa apa, tapi, bila dah lama, aku rasa syukur sgt sbb takde apa yang terjadi pada keluarga aku. Ngeri dan dahsyat dan sekelip mata apa yang berlaku. Sungguh membahayakan nyawa. Boleh bawa maut.

Cerita macam ni, meh tgk gambar pertama, masa tu aku dalam perjalanan ke dari Muar ke KL, kul 9 malam, tgh lebuhraya, gelap, tiada lampu, perjalanan seperti biasa. Dalam kereta ada aku n parent. Hari tak hujan, kiri kanan kelapa sawit. Kelajuan 110-120km/h.

Terdapat sebuah lori tiba tiba memotong kancil mengunakan lorong paling kanan, kerana terlalu lama, aku stay belakang lori tu di lorong paling kanan, masa tu agak rapat dengan kelajuan antara 100-110km/h.

Seperti gambar kedua, tetiba lori tu masuk kiri dengan tanpa signal, macam serabut. Bila lori tu lepas je, tetiba aku nampak Avanza betul betul depan aku dengan kereta masa tu dalam kelajuan 10-120km/h. Kedudukan Avanza yang melintang di tengah jalan dengan takde lampu kecemasan betul-betul depan mata. 

Aku kaget, tindakan refleks, aku pusing stering ke kiri, sambil tekan brek, hampir hampir dilangar lori tadi dan terbabas keluar jalan, aku cepat-cepat mengawal stering. Aku cuba tekan brek tapi macam tak ada kesan, apa yang aku boleh buat, cuma kawal kereta. Tahan nafas dan fokus.

Alhamdullilah, nasib baik aku tak terbabas, semuanya ok. Mak aku mengigil, ayah tersenyap, tak bercakap langsung. Bagai melihat maut di depan mata. 

Pukul 10 50 kami tiba di KL, senyap sunyi, macam benda hitam berlaku.......................

Aku mcm tak pikir sangat, aku terus tidur, letih..................................................................ZZZZ

Esoknya bila aku bangun tidur, bila buka mata, baru aku rasa semacam, rasa syukur, aku mula mengenang balik apa yg berlaku semalam, rasa yang amat syukur, syukur, syukur...........Bila tengah sarap, mak cakap 

" Mak rasa macam trauma lak apa yang berlaku semalam"

Pada mak aku cakap masa tu, aku cuma bersyukur pada Allah sbb  aku masih dapat lihat mak n ayah lagi.

Thanks Allah

Comments

juelee said…
syukur ko sekeluarga selamattttt
uNcLe TiEf said…
la...biler berlaku nie??
FK said…
alhamdullilah, jadi masa cuti hari buruh hari tu
minn said…
owwh..just imagine putting myself at ur situation...i dont know wht will happen..plus, they always said that women driver cant think fast!
FK said…
Alhamdullilah, masa tu more pada tindakan refleks.

Popular Posts