Dairi : Aku, Siti dan Penipuan Kad Kredit Melalui Telefon
Salam semua, harap semua sihat. Aku jer sakit skit skrg ni, sakit perut + selsema. Harap tak berlarutan, takut juga pasal HINI ni. Kat tempat aku kerja, ada anak staf yang disahkan menghidap HINI ni, seram sejuk jugak la.
Kali ni aku nak kongsi skit pasal pengalaman kecil tempoh hari. Pada satu petang, adalah sorang minah ni, namanya Siti, dia call. Nama yang keluar kat phone : Private Number. Aku pun angkat dan dia mula mempekenalkan diri dengan terganggap-gagap. Aku dengar sajer, sampai satu ayat: " Kita di sini nak buat upgrade pada kad En, semua pemegang VISA n Master Card kena buat sekarang, boleh buat pengesaham"
Dalam hati aku " What!!!!!!!!!!!" Ini mesti kes tipu, so aku ambil jalan mudah malas nak layan, aku tak minat. Aku dah cakap tak mau dengar, tapi agaknya dia pekak, minah ni dok membebel lagi. So, aku pun letaklak la phone.
Dia call lagi tapi aku buat tak layan, tak angkat. Esoknya dia call, tapi disebabkan aku sibuk aku cakap la aku sibuk. Aku dah ckp aku tak minat. Aku cakap la aku dah pernah tipu sama macamana dia buat. tapi dia naik minyak, menidakkan segala apa yang aku cakap. Last sekali aku tanya, kenapa call tak tunjuk nama, kenapa nak guna private no, dia senyap. Pastu dia sambung balik membebel dan nak akunya no kad kredit untuk pengesahan. Aku pun letak sebab dia tak paham2 bahasa. Pastu dia kol, kol, dan kol lagi. Aku tak angkat.
Akhirnya aku dah tak tahan, aku pun angkat la, aku cakap aku tak minat dan jangan ganggu aku lagi. Tiba-tiba dia menjerit " Saya takkan ganggu lagi la!!!!!!!"Tut Tut Tut...........................
Sejujurnya, aku pernah ditipu dulu pasal benda-benda mcm ni, kad pelancongan, abis RM 400 semata -mata beli kad yang tak boleh guna langsung. Nak telefon balik syarikat tu takde no yang keluar,orang tu bagi no pejabat, tapi no tu tak wujud dah, bagi alamat syarikat pun sama. So,aku ambik benda ni buat pengajaran.
Sebenarnya aku kesian, kat orang macam ni. Terdesak, itulah ayat paling sesuai untuk mengambarkan orang seperti. Mungkin mereka yang buat panggilan ni tahu kerja ni sebenarnya dok menipu orang, tapi still nak kerja jugak sebab nak duit. (tapi bukan semua menipu). Manusia jenis ni takde pilihan, kerjanya mudah dan memperdayakan. Cuma kena licik la. Mulut kena manis. Tapi bos diorg ni mesti lagi licik dan jahat.
Diorg punya modus operasi mudah jer, terima panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard. Pastu mintak maklumat kad kita, akhirnya kita ditipu.-http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0402_helpful_guides/tips_article.php?intPrefLangID=2&intTipID=15
Aku nak marah gak pada mulanya bila orang yang bertindak macam ni kat aku, tak pasal pasal nak marah kita lak bila kita tak minat. Adalak macam tu. Tapi bila fikirkan semula, memang dah diorang berkerja untuk menipu, yang menentukan untuk tidak ditipu adalah kita. Kalau orang macam ni kena tangkap, keluar pulak orang lain yang buat benda yang sama. So, kita la yang kena hati-hati. Sapa tak mau buat duit percuma kan? Tepuk dada tanya akal.
Hati-Hati
Comments
apapun selalunya diorang attack dak student. member ramai dah kena dulu..
what else can we do? precautions...hoho.
Dah cakap tak nak, tak faham jugak,
Ni yang orang kata, bodoh tak leh diajar, pandai tak leh diikut.
Hehehe, emo la pulak, sebab pernah kena.
-Awang-