Sinema : UP - Satu lagi animasi yang berbaloi-baloi

_Salam dalam hujan. Kat tempat aku dah 2 3 hari hujan berterusan, nasib baik la takde banjir kilat. Tapi ramai tul ynag sakit skrg ni, termasuk aku gak. Huhuhu.

Tgh malam tadi aku dok gi tengok satu lagi animasi keluaran Walt Disney. UP. Pas abis cerita tu, aku dok pikir, camna la animasi keluaran syarikat ni mesti dapat mempamerkan kisah yang tak pernah mengecewakan. Bagaimana agaknya diorang buat brainstorm untuk dapat kekalkan momentum perceritaan animasi yang konsisten.

UP bagi aku diceritakan dengan pendekatan yang lebih dewasa yang mana lari sedikit konsep kebiasaan animasi. Watak dan prob yang digambarkan tak extravaganza tapi penuh dengan sentuhan magis tampak bermakna bagi setiap plot yang diambil. Bunyi latar belakang kali ni hanya runut muzik tanpa ada sebarang lagu berlirik dimainkan, agak lari dari konsep animasi biasa yang selalu dimeriahkan dengan lagu-lagu. Mungkin pengarah nak dapatkan mood kot. Shoot animasi ni lak ala ala cerita Yasmin Ahmad, suka ambik gambar statik bagi suatu ruang untuk menghasilkan mood plot.

Secara keseluruhannya, cerita ni memang bagus cuma burung warna pelangi yang digunakan sebagai haiwan yang dicari-cari oleh pengembara terkenal (salah satu watak antogonis) agak tak sesuai, mungkin pengunaan haiwan yang nampak lebih aneh lagi ok ko. Burung yang digunakan tu nampak cam burung kasawari je???. Tak unik pun.

Gi la tengok. Bak kata Amy, berbaloi-baloi.

Comments

Popular Posts