Dair; Minit-minit pembedahan
Jam menujukkan jam 9.00 pg, seorang jururawat agak montok datang membawa sepasang baju, sehelai jubah biru laut bertali bersama sarung hijau cair singkat. Dengan memberi senyuman, jururawat tersebut terus beredar mengharapkan aku menukar pakaian. Emmmm, awal lagi rasanya. Patutnya pukul 10.30. Aku pun malas nak pakai awal-awal, terus menerus mendengar Hot FM di siaran 8TV.
Jam, pukul 9.30, aku ambil keputusan untuk menukar pakaian. Dipakainya aku sarungnya dulu. Tapi bagaimana ikatnya, ikat kain pelikat macam tak cantik, perut besar sangat. Tak muat. Akhirnya aku ikat cara memakai kain batik, dilipat disisi pinggang agar tak telerai. Kali ni baju pula, emmm, tali dihadapan atau tali dibelakang. Aku putuskan tali di depan, berusahala aku mengikat riben agar senang dibuka, siap akhirnya.
Sekali lagi jururawat datang untuk melihat aku. Tetiba ketawa kecil keluar, aku pakai terbalikla baju, hahaha, aku pun ketawa sambil menahan sakit tekak dan telingga aku. Buat apa nak malukan? Ini kali pertama aku pakai baju ini. Tak salahkan. Jururawat beredar bila aku membuka ikatan riben. Nak ketawa, tekak sakit.
5 minit kemudia dia datang lagi, “ Ok, dah siap? Contact Lens, jam, cincin semua tanggal ya, seluar dalam sekali” Apa, seluar dalam sekali, Emmmm, “ Seluar dalam sekali?” Lagi sekali dia tersenyum manis, “ Ya Encik, seluar dalam sekali ya” Sekali lagi aku tertawa dalam hati.
Beredar kini dia kembali lagi, dia bertanya pasal seluar dalam sambil berseloroh. Aku buat senyum. Buat benda lawak minah jururawat ni. Sekali lagi dia menegur, “Sandal tak perlu bawa, nanti kita tolak pakai troli, seluar dalam dah tanggal kan?” Eh, melebih-lebih pulak lawak dia ni.
Sebenarnya aku nak buat pembedahan sikit, nak buang tonsil. Tunggu punyalah sampai setahun, baru dapat bedah. Dah lama aku menderita, tapi rekod tak cukup, jadi aku kena tunggu. Tanggal, 01/12/09, aku akan jalani pembedahan buang tonsil. Dari kecil aku memang dah ada tapi tak serius la sangat. Tapi sejak 2-3 tahun ni makin menjadi-jadi dan tahun ni ajer aku dah
Tonsil atau tonsila palatina adalah bahagian dari sistem kelenjar getah bening yang berada pada sisi kiri dan kanan bahagian belakang rongga mulut. Seperti kelenjar getah bening lainnya, amandel adalah bahagian dari sistem kekebalanyang menjaga tubuh manusia dari infeksi, khususnya infeksi saluran nafas atas dan telinga.
Aku dibaringkan di atas troli, dibentangkan selimut tebal sambil 4 orang jururawat memasukkan lebih selimut di celahan badan. Kepala aku diletakkan penutup kepala. Terdongak aku melihat syiling. Penuh orang dikeliling berborak-borak. Aku malas nak pasang telingga. Lagipun telingga kiri aku memang tak dengar. Sekali ditanya, seluar dalam dah tanggal. Emmmmm……
Datang seorang doktor lagaknya membawa fail. “ Siapa nama kamu?” Wah! Macam disoal mungkar dan nangkir pulak. “ Tahu pasal pembedahan hari ini? Merokok? Ada alergi? Dah buang air besar? Dah buang air kecil? Dah baca perjanjian semua?” Aku tak bersuara, hanya menjawab dengan mengeleng ke kiri ke kanan atau mengangguk sahaja. Ditunjukkan semua dokumen yang pernah aku tandatangani, dah aku sekali lagi menganguk sahaja.
Troli mula ditolak, melalui tingkat 4 ke 4 buah lif, dari siling, tampak samar-samar refleksi aku yang memakai penutup kepala. Macam kelakar sahaja. Masuk lif, semua senyap. Kali ni lagi jelas muka aku terpampang di siling lif. Montelnya. Itula, asyik makan jer, bersenam malas. Sempat lagi aku mengomel sendirian walaupun jantung mula berdegup pantas ni.
Aku dibawa di tingkat 2, kelihat satu pintu tertulis dewan bedah. Setelah dibuka dari dalam, baru pintu terbuka. Malap. Yang penting, tak macam dalam cerita Grey Anatomy pun. Tiada pun doktor berlari ke sana ke mari. Hanya kelihatan doktor dan jururawat bertutup kepala semuanya, berborak sedikit sambil melihat papan putih. Tempat tu agak menyeramkam.
Aku dipindahkan ke troli baru dan terus dibawa ke satu penjuru. Kalau dikira, lebih 6 orang memeriksa fail dihujung kaki. Aku membiarkan saja. Jam sudah 10.10 pagi dan kini 10.20. Aku mengesotkan badan ke kiri dan ke kanan sehingga kain selimut terbuka. Datang seorang jururawat berniat membetulkan di sisi kiri. Kini di sisi kanan, tanpa beralih ke kanan, hanya mahu menceritakan pengalaman benar, dada jururawat tu bergesal-gesel dengan perut aku yang membusung ni. Hahahahaha, tak tipu.
Semasa dalam bilik persedian pembedahan, terdapat 3 orang lain turut senyap menanti giliran masing, seorang wanita melayu dengan muka pucat sekejap ke kiri ke kanan sambil mata tertutup, kanak-kanak cina yang asyik bangun bercerita dengan ibunya dan akhir sekali remaja perempuan yang Nampak takut serta tak bermaya. Aku lak, tahlah, takde cermin masa tu nak tengok.
Jam sudah 10.30, Dr Suraya, pakar bius datang menerangkan kesan-kesan daripada bius yang akan dibuang. Setelah ditandatangani perjanjian, aku mula ditolak bersama troli. Aku dimasukkan di teater pembedahan 3, kecil sahaja biliknya. Sekali lagi, tak macam dalam cerita Grey Anatomy pun. Ada 4 orang kesemuanya. Seorang lelaki, seorang makcik, seorang wanita muda dan Dr Suraya.
Mendongak ke atas, dua set lampu bulat, sepasang dan berlima dinyalakan, makin berdebar aku. Diletak tangan kiri dan tangan kananku penyepit terus ke meter, kini dada kiri dan kanan aku diletakkan pelekat. Selepas berbual sedikit, lelaki tadi memegang tangan kiri aku mencari urat. Ditampar-tamparnya beberapa kali, lalu datang Dr Suraya menyuntik tajam. Aduh, sakitnya dalam hati.
“OK, bolehla nak mengucap ke? Nak doa ker? Harap semua berjalan lancar, kejap lagi awak akan tidak sedar diri.Ok.” Salah seorang dari mereka meletakkan penutup mulut. Aku khayal dan terus tertidur……seingat aku, aku bermimpi.ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Aku digegarkan, aku terjaga, bila kau membuka mata, semua dideapan aku bagaikan kebawah, sempat aku membaca, bilik pemulihan. Kelihatan juga remaja tadi yang masih terbaring. Terasa sakit ditekak, pedih sangat. Aku terlelap lagi ……
Kini aku betul-betul sudah terjaga, terasa sakit pada tekak aku, jam sudah 12.30. Lama juga ya. Aku disorong kembali ke tingkat 4. Aku dibawa ke bilk kembali. Jururawat mengucapkan tahniah. Semua berjalan lancar. Tonsil berjaya dibuang. Dibawanya tonsil tadi, dan wahhhh, besarnya. Aku nak simpan tapi dia nak buat eksperimen. Yeke. Tapi yang aku pasti tekak aku sakit sangat.
Aku terbaring keseorang, memandang cermin berehat, syukur alhamdullilah.
Comments