Dairi: Misteri keganjilan yang aku dengar
Salam, sejuknyer sekarang ni. Asyik hujan saje. Harap berada dikawasan yang dilanda banjir agar bersabar-sabar dan berhati dalam keadaan yabg serba cemas dan kalut ini. Keseorang di rumah menyebabkan pemprosesan otak aku memerintahkan aku mengambil laptop. Sejuk dan bosan. Emmmmm...........
Hari ni sajer sudah 4 hari aku kena bedah untuk buang tosil. Dapat MC sehingga Selasa depan macam best saje bunyinya. Hakikatnya, tiap tiap harinaku menahan sakit tekak dan telinga aku ni. Baring sakit, jalan sakit, semua sakitla. Nak buat camner. Malam-malam tak boleh tidur. Pening dan tak sedap badan saja rasanya. Bak kata kawan aku, sakit penghapus dosa. So aku ambil benda ni satu yang positif. Kalau ikutkan, ada pengalaman yang lebih teruk dari apa yang berlaku ni.
Kali ni aku nak kongsi keganjilan yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni. Disebabkan tonsil belah kiri aku dibuang, telinga aku belah kiri hampir tak dengar apa. Semuanya macam double sajer. Kadang-kadang rasa macam org pekak pun ada. Tak selesa, air asyik kleluar dari telingga. Sian kan. Ingat lagi masa aku gi Tesco, punya mamat ni panggil aku, aku buat tak tahu.
Apa keganjilan yang aku nak kongsikan ni, mungkin satu khayalan aku semata-mata kot. Aku asyik dengar benda yang bukan-bukan la. Ala-ala cerita seram lak. Huhuhuhuhu, jangan gelak ok. Ni ada satu kejadian, pada malam aku tengok New Moon. Aku ngan kawan aku patutnya naik lif naik ke atas, tapi disebabkan main masuk sajer, rupanya lif ke bawah rupanya. Bila sampai ke tingkat paling bawa, cuma aku dah sepasang kekasih. Semua tak keluar. So, aku dok tekan supaya lif tutup untuk naik, tapi lif asyik terbuka sahaja.Aku tekan, sampai separuh sajer, terbuka balik. Rasa 5 Kali aku try, akhirnya baru lif tertutup dan naik ke atas. Masa tu dalam kul 1 20 pagi dah.
Bila naik kate, aku cakap ngan kawan aku, "Tengah malam-malam pun ader budak-budak main lif."
Dia terperanjat, "Bila?" Aku jawab masa tingkat bawah sekali tadi masa lif tak tutup-tutup. Dia berkerut, biar betul?
Selamba aku jawab " Betul la, aku dengar 2 3 budak ketawa main kat lif, sebab tu lif tak naik naik-naik, diaorg main tekan-tekan kot butang lif"
Denagn muka cuak" Eh, biar betul, mana ada budak-budak kat situ, biar betul, senyap je kat situ, aku dah naik seram dah ni, lagipun buat per budak-budak duduk bawah tu, semua tutup dah pintu"
Aku terperanjat, "Betul aku tak tipu, aku dengar budak-budak main tepi lif."
Aku terdiam sekejap, Emmm, aku pun tak tahu, apa yang sebenarnya aku dengar. Tapi yang aku pasti suara budak-budak. Aku ingat budak-budak tu yang menyebabkan lif tak tutup. Mungkin khayalan aku kot.
Kalau ikutkan ada gak bunyi-bunyi pelik yang aku dengar, tapi aku rasa itu semua khayalan atau kesan sebab telingga aku tak dengar. Insyallah, tak de pe pe :) Misteri Nusatara lak aku.
Comments