Sinema: The Twilight Saga: New Moon
Salam semua, huhuhuhu, aku keluar post lagi. Mesti ader yang bosan kan, hihihihihihii. Takpe. Sajer nak tulis, tengah -tengah ader mood ni, nanti biler takde, kosong jer blog ni. Kalau ikutkan, aku sekarang cuma cerita pasal diri aku dah filem yang aku tengok. Malas nak sentuh pasal benda lain. Nak-nak pasal politik, bosan la. Paling aku menyampah pasal MCA, tak habis-habis lagi. Apala.
Takde, kali ni, aku nak bercerita mengenai, filem pecah panggung, The Twilight Saga: New Moon. Sebelum aku nak cerita pasal cerita ni, cuma nak bagitau, aku tak tengok lagi episod pertama dan tak pernah baca buku-buka dari kisah ini. Jadi pada peminat fanatik tu,jangan marah-marah kalau ader kesilapan. Buku yang mempunyai 4 jilid ditulis oleh Stephenie Meyer, berdasarkan kisah pontianak yang kacak dan cantik, filem Twilight yang dilkeluarkan oleh Summit Entertainment, mengegar dunia hiburan Hollywood.
Bersandarkan pada rating yang dikeluarkan oleh Yahoo Movie ( C) dan Rotten Tomatoes (29%) New Moon tidaklah mendapat rating yang baik dari profesional, walaubagaimanapun mendapat B+ bagi penonton biasa. Jelas menunjukkan filem ini sungguh ramai peminat fanatik, tak mustahil semua filemnya yang akan datang, pecah panggung juga.
Dari keselurahanya, cerita ni bukan jenis cerita yang aku suka. Jiwang gilas. Huhuhuhu. Agak lembab sikit. tapi aku tak terkejut sebab ramai yang komen macam tu.Lambat sangat cerita ni. Masa masa cerita dipenuhi ayat jiwang yang beremosianal. Bunyi latar berjaya menaikkan mood gembira, sedih, keliru. Tepukan bagi pengarah. Bagi aku betul-betul menaikkan mood.
Kisah yang berlegar-legar di satu tempat kadann-kadang seperti menonton drama di layar perak. Pengunaan kesan khas yang minimum pada babak yang perlu sahaja menybabkan babak tersebut meningalkan kesan. Dari keseluruhan plot, takde apa nak dibincangkan. Biasa la, cerita pontianak. Malas la na komen. Pusing-pusing kat situ jer.
Dari segi lakonan, lakonan Bella, memang bagus, mood sampai, tampak keperitan yang dibawa. nampak naif. Pelakon yang lain juga bagus nak berjaya membawa watak. Cuma solekan putih pada semua pontianak nampak over kot.
Cuma apa yang bagus tentang team cerita ni, pemasaran yg dibuat sangat bagus. Sebab tu cerita ni meletup-letup. Huhuhuhu
Comments