Dairi: Bertatih manjadi matang
Salam semua, emmm, lamanya tak menulis ni. Penangan Farmville memang dahsyat, teruk aku hanyut macam org tak betul, 24 jam bercucuk tanam. Gilos. Tapi mcm pernah aku tulis sebelum ni,aku memang hantu game. Pernah dulu aku tak tidur 3 hari, 72 jam main SIM 3000, giler kan. Bile pikir-pikir, camner la aku leh tahan dulu. Muda lagi kot.
Berbalik pada masa sekrg, byk benda yang berlaku sejak akhir2 ni, baik kerja mahupun kehidupan peribadi. Betul ckp org, dewasa menjadikan kita matang. Matang menjadikan kita dapat menilai sesuatu/membuat keputusan mengunakan pengalaman, bukan lagi emosi atau gerak hati. Dewasa itu mencabar, kesabaran, berfikir dan berhemah antara rencah yang perlu bagi memastikan kematangan kita tak silap.
Buat masa sekarang, dah berminggu aku kerja sabtu dan ahad, memang penat, tapi tanggujawab. Semua kerja akan habis awal April kalau takde apa apa yang berlaku. Masa nilah nak kutip pengalaman. Kalau malas, memang tak dapat. Tapi aku ni memang jenis malas kot.Hihihihihi.
Rasanya, banyak tul jemputan kahwin ni, tak ingat dah saper yang kasik. Bukan taknak pergi, tapi kerja. Takut je aku kawin takde sape sape datang coz bengang aku tak datang. Kawan2, sorry k. Kerja, nak buat camner. Dah la masa standby aku gak.
Nampaknya setiap Jumaat, wajib dah main badminton skrang, Cewah. Nak promo diri lak kan. Huhuhuh, Memang tak pandai, main belasah jer la. Selalunya, sapa partner aku, mesti kalahnya, huhuhuhu. Nampak sangat aku tak berbakat. Tapi sebenarnya, aku sekarang mencari persatuan yang berbentuk macam MERCY, yang memberi pertolongan. NGO alam sekitar ker. Ada idea, sajer nak join.
Oklah, kawan, nanti sambung balik k
Comments