Dairi:Shoot dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Salam, semua, harap semua sihat dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Lama rasanya tak berada dalam dunia maya internet. Tapi kalau dihitung, masa yang berlalu, tak sempat langsung nak dikira. Cepat. Ramai cakap sekarang ni zaman akhir zaman, sebab masa tu bergerak cepat. Lagipun banyak hadis yang mengukuhkan, betapa hampirnya kita dengan hari perhitungan. Bila dengar dan amati dalam hati, takut rasanya.Macamana ya kalau tak sempat kita bertaubat.
Kesempatan masa cuti minggu ni dihabiskan berada di Masjid Shah Alam, mendapat ajakan dari kawan sekerja, jam 530 ptg baru bergerak dari rumah. Keadaan sekeliling gelap mendung, tapi dek kerana semangat nak pergi, gerak la juga kami bertiga.
Petikan dari Wiki:
Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.Sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor, baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w. dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia.Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia
Bila sampai, hujan mula rintik, terpandang rumah Allah, dengan bumbung biru besar, apalagi, ambik ajer la gambar, seronok gak, hujan pun tak apa. Sikit sajer. Walaupun kawasan masjid, kelihatan banyak keluarga menghabiskan sisa petang bermain di sekitar masjid. Alhamdullilah. Shoot aku, banyak kawasan sekitar masjid. Keadaan awan yang tak berapa mengizinkan menyebabkan gambar kurang berseri.So tak ambik pun gambar awan. Alhamdulilah, semua puas hati.
Sabda Nabi saw “Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid utk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Sorga.” Namun masjid dalam arti yg sangat luas adl semua bumi Allah SWT ini. Hal ini sesuai dgn sabda Rasul saw “.. dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yg suci- mensucikan .”
Comments