Cuti-Cuti Malaysia:Beserah, Kuantan,Pahang, Malaysia


Beserah ialah sebuah mukim dan bandar pantai yang terletak di daerah KuantanPahangMalaysia.

Cara untuk ke sini

Pantai Beserah atau Pekan Beserah, salah satu desa nelayan di Pahang, dihubungi dengan jalan darat dari Kuantan atau Kemaman. Ia terletak 8 km dari Kuantan menuju Kemaman, Terengganu oleh jalan pesisiran laut. Juga dapat dicapai dengan perkhidmatan awam seperti teksi atau bas awam.
Pekan ini terletak pada latitud 3°51'26.51"U dan longitud 03°21'51.16"T.




Asal usul nama

Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil "Beserah" sehingga sekarang.[perlu rujukan]


Kegiatan ekonomi setempat

Beserah adalah sebuah desa nelayan dan dikenali sebagai pengeluar dan pembekal berbagai produk hasil dari laut contohnya ikan masin. Tapi apa yang banyak orang tidak tahu satu teknik yang sangat unik dari nelayan Beserah adalah mereka menggunakankan kerbau (yang tidak biasa dilihat di tepi pantai), untuk pemunggahan ikan dengan perahu ke tempat pendaratan ikan. Beserah terletak hanya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuantan. Perusahaan kain batik dan perusahaan kecilan kraftangan dari kerang laut dan tanaman tempatan (kelapa) dapat ditemui di Beserah




[sunting]Aktiviti setempat

Di pantai di Beserah, pengunjung dapat menangkap ikan, membuat "keropok lekor" dan sebagainya Selain itu, berbagai aktiviti air dapat dilakukan di Pantai Beserah, seperti berenang, meluncur, berjemur dan berlayar.

Comments

Popular Posts