My complete experience : Kuala Lumpur - Hong Kong - Shenzen - Ghougzho - Shenzen - Macau - Hong Kong - Kuala Lumpur - in 7 days
My complete experience : Kuala Lumpur - Hong Kong - Shenzen - Ghougzho - Shenzen - Macau - Hong Kong - Kuala Lumpur - in 7 days
Days 7
Outer Harbour Ferry Terminal, Macau
Kami kembali semula ke Hong Kong melalui feri. Dari terminal Feri Macau, tiket HK 166. Feri sgt selesa. Cuma laut begelora sedikit.
Terminal Feri Sheoku, Hong Kong
1 jam dari Macau, sampai terminal Feri Sheoku. Kami pilih terminal ni sbb nak ke Hard Rock Cafe, Hong Kong. Ada lagi satu terminal di Kowloon. Kat sini stuck agak lama sbb immigration bukak tak byk tp penumpang yang turun ramai.
Hard Rock Cafe, Hong Kong
I'm not fan of Hard Rock, tp ramai yang setuju nak ke sini utk beli baju, kita masukkan dalam itenery. Agak jauh berjalan dr terminal MTR Hong Kong, sgt tidak berbaloi, kedainya sgt kecil. Baju pun limited. Harga bukan main mahal. Jauh murah dari Hard Rock Macau. So malas la nak beli apa apa.Hong Kong TramwaysKitaorg naik tram satu Hong Kong. Tapi tak dpt menikmati pun. Org sgt ramai. Bersesak dalam tram. Mcm semut dah. Penuh org. Dengan berpeluh, terpaksa berdiri sepanjang perjalanan sbb penumpang sgt ramai. Tapi nice experience, tak pernah naik tram. Bayar sekali, duduk la pusing satu pulau HK.
Disneyland, Hong Kong
Yihaaa!!! Tu aje nak komen.
City Gate Factory Outlet
Seakan-akan mcm JPO, byk kedai2 berjenama, tp bila tgk harga sama aje. Ramai gile org. Just cuci2 mata je. Tgk apa yang patut. Bergigil dah kaki ni dah tak larat. Mcm zombie bergerak je dah
Days 6
Terminal Feri Sheoku, Shenzen, China
Dari Dongmen, kami ambil train hingga ke Sheoku Port Ferry Terminal yang mana ada ferry ke Hong Kong dan Macau. Tiket agak mahal. RMB 200. Mungkin hari weekday, org penuh tapi tak sesak. Dijangka kalau hari minggu, memang sesak teruk.Terminal siap dgn immigration (nak masuk Macau kena ya), nampak sederhana. Delay 20 minit baru smp. Siapa nak selasa boleh guna VIP ticket yang mana 2 kali lagi mahal tiketnya.Bila masuk dalam ferry, ooo, patutla sampai RMB 200, selesa, bersih, sejuk AC, siap ada ala ala pramugari gitu. Ada kaunter makanan ringan ( kena beli la ).
Pramugari siap bagi kacang dgn plastik utk sesiapa yang nak utk elakkan muntah. Ada bekas letak barang. Ruang penjalan kaki antara seat cukup luas utk 3 org berselisih.Sebelum bergerak ada ada tunduk hormat. Ruang tempat duduk luas, dan tak crowded. Ada sistem nombor pada setiap tempat duduk, so tak perlu berebut. Cuma yg peliknya, org dalam feri tak sebising org dlm train. Semua behave.
Terminal Feri Taipa, Macau
Bersambung dgn Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Macau, antara salah satu terminal feri. Actually dari Shenzen, ada beberapa terminal ke Macau, bergantung pada mana kita duduk, since kami duduk di Taipa, kami turun di sini.Teksi kat sini ikut meter, tp mahal gila. Sgt mahal. Perjalanan pendek pun boleh cerah MOP 90 ke 100. MOP matawang Macau. Duit Macau dgn HK sm nilai, cumanya di Macau, HK boleh digunakan, tp di HK duit Macau tak laku sgt.
Saint Paul Ruin, Senado Square,Fortaleza do Monte, Museum of Macau, etc
Dari hotel, kami ke kota lama Macau, try naik Uber, ambil kau, MOP 73 ( 0.5 RM - 1 MOP ). Jalan di bandar lama Macau kecil, curam dan sesak. Macam Melaka. Org tak perlu cerita la. Ramai. Ini sebab summer holiday.Seakan akan Dataran Pahlawan di Melaka, satu kawasan yang penuh dengan tinggal sejarah penjajah. Org sgt ramai. Panas betul Macau. Berpeluh baju. Panas2.Macau Egg Tart Cake:Org cakap gi Macau, cuba rasa egg tart. Perghhhh. Memang sedap beb. 4 biji terus aku makan!!! Harga boleh tahan, satu biji MOP 10!!! Dekat RM 6 satu biji kecil. Harga barang di Macau sama sahaja di HK. Sama mahal.
Grand Lisboa and Casino Lisbon
Disebabkan bergambar di sini, sy diperhatikan, dikejarkan dan disoal siasat. Alamak sorry ya. Tak tahu lak no camera. Sorry naik lorry, padan muka.hang, huhuhu.Xde, kita x pernah masuk casino, td sblm masuk, ty member, boleh ke ambik gmbr, sbb ms nak masuk, xde gambar no picture. So kitaorg pun buat andaian je :(Antara pusat perjudian paling besar di Macau, Casino Lisboa. Nampak tak gambar belakang, penjaga tu jerit, tak boleh ambil gambar, then ada escort berbaju oren datang.Berjalan sekitar kawasan ni, kita boleh nampak MGM Macau dah byk lagi high end casino di kawasan ni. Macau belum ada train, tapi sistem bas sgt cekap dan teratur.
The Venetian
Lepas dari bandar Macau, kami ke Taipan, pusat casino yang besar 2. Naik 25X dari Lisboa, kami terus ke Taipan. Bas banyak. Dr pulau ke pulau, MOP 6.2, dalam pulau MOP 3.2. Harga fix.Another big complex with shopping mall, resort, casino, bla bla. The area just so big. Design as miniature of Venice in Italy, kita berasa2 duduk di sana dengan rekaaan bangunan dan bumbung yang begitu indah sekali.Venetian Gondola Ride:When u ask for Malaysian song, surprisingly she can sing very good version of "Chan Malican" I present you Miss Sofea from Shanghai+American college student. Special beb!!!! Terkesima jap. Main main je minta lagu td. Leh dia bantai lg ni
The Galaxy Macau
Another big complex with shopping mall, resort, casino, bla bla. Tp dah tak larat nak jalan2, too big. Sepatutnya destinasi terakhir Hard Rock Macau. Tapi tak larat beb, masa tu dah kol 1 pagi. Kaki dah lebam dah. Naik bas, balik.
Days 5
Dongmen ke Shenzen North Railways Station -. Goungzho South Station using High Speed Train:Hari ni kami plan utk ke Goungzho, tp balik hari. Dari hotel, naik train Line 1 Luobou. Naik dari Luojie, kena tukar train di Shenzen Convention Center. Kami keluar waktu pergi kerja. Penuh n sesak tp displin. So, smp habis x dpt duduk (tak logik pun nak duduk). Setiap 2 minit train akan smp. Beratur semua sebelum masuk, so xde berebut berebut. Ramai juga petugas yg menjaga kawasan ni agar semua teratur.
Cumanya, tgh2 perjalanan, sekali masuk, alamak, kuatnya bau arak. Pagi pagi sudah minum ka. Perjalanan dalam 15 minit. Compare pd HK, org Shenzen kurang bergaya. Biasa 2 aja, simple.Sampai di Shenzen Convention Center kami berlari, sbb semua dok pakat lari, hahahaha. So, naik line 2 ke Qinghu pula. Yang ni ramai tp tak sesak macam td. Boleh lah bernafas. Sampai je, train pun smp, x smpt buat apa. Mcm biasa, semua beratur dan displin.Nak beli tiket bukan something yang mudah, most of the people cannot speak English at all. Semua dalam tulisan China. Tanya sana, tanya sini. Fuh berserabut. Kami dok kena ty sorang2 yang boleh ckp English. Kerja kaunter 4, kejap kaunter 5. Masalah tulisan dan bahasa menyukarkan pergerakan. Dari 8.30 smp, smp 1 jam x siap2. Dengan org China bergaduh kat kaunter. Fuhh. Actually proses akan jadi mudah kalau ada kad perjalanan, just top up. Since kami traveler. Kena gi kaunter, buat kad sementara n passport. Communication memang terbatas. Akhirnya dapat naik gak
Canton Tower
Mcm menara Kuala Lumpur, banyak pakej. Just ambil minimum pakej paling murah. Dalam RMB 150 gak. Dapat tgk keliling Ghougzho. Menara komunikasi no 2 tertinggi di dunia, digunakan secara rasmi semasa sukan Asia last time. cantik beb menara ni. Tapi cuaca tak berapa ok. Berabuk. So gambar tak memberangsangkanSelain dari pakej, ada mcm mcm pakej, sehingga boleh jejak RMB 298. Yang mana naik sky rocket, jalan jalan kat atas platform etc.
Masjid Huisheng
Hujan lebat tidak melemahkan kita org utk mencari. Mcm mencari benda tersembunyi diruang sempit, akhirnya sampai ke Masjid Huisheng, Guangzhou, China. Memang kami suka cari masjid kalau gi travel. Berdekatan dgn Six Banyan Temple dan Guanxion Temple yang popular, nampak je menara masjid (org sini panggil lighthouse), kami yakin, inilah dia masjid.
Dalam hujan2 kami serbu masuk walaupun sesat dah hampir berjalan sejauh 2.5KM.Sgt cantik kawasannya. Tenang, very old skool. Luas. Indahnya Islam. Kalau kata org sini, masjid ini katanya antara masjid tertua di dunia, dibina oleh Said Abi Waqqas.Kwsan ni ada kedai makan Muslim, daging etc. Terdapat madrasah juga di kwsn ni
Guangzhou South Railway
Pengalaman naik keretapi or subway or high speed train Shenzen/Goungzho sgt2 berlainan dari Malaysia. First kita kena beratur panjang beli tiket (klu x beli day pass), second kena beratur panjang scan barang utk tujuan keselamatan, third kena beratur utk scan badan lg utk tujuan keselamatan (intercity train), pastu kena beratur nak masuk gate (intercity train), then kena beratur nak masuk train lak.
Fuhh!!! Masak. Banyak benda yang aku tak boleh hadam lg, maybe kalau dah duduk lama, ok kot. Org sini suka cakap menjerit jerit, bingit telinga, main rempuh je, ada potong que, meludah sesuka hati. Belum lagi part gaduh lagi.Setiap train subway setiap 1 minit ke 1 minit 30 saat shj, still ramai berlari bila exchange train n marah2 bila terlepas.
Org memang ramai. Tak kira masa. Nampak train sana smp, nampak train sini smp. Bersimpang siur. Balik dari Ghougzho, kami naik High Speed Train tp up class skit (kononnya nak merasa). Macam naik kapal terbang Business Class, kerusi leh baring habis, ada skrin multimedia, air, selimut disediakan dan sedikit makanan serta tisu basah. Jom balik Shenzen
Days 4
Huaqiangbei, Shenzen, China SEG Electronic Plaza
Hari ketiga, kami just siapkan kerja2 yang diperlu dibuat (Hal kerja x perlu bincangla). Selesai lewat petang, kami bergegas ke pusat electronics Shenzen, SEG Electronic Shopping Malls, Huaqiangbei.Last time dtg sini, rush, so x byk masa spend masa kat sini. Tapi kali ni byk masa. Pergi dari satu kedai ke kedai. Kawasan ni mostly jual something berkaitan phone. Dinasihatkan tidak membeli phone sbb terang2 pekedai tengah membungkus clone phone. Kecuali memang korang nak beli la. Tp byk lagi barang electronic lain mcm lampu led, mesin urut, kamera, drone, jam digital, speaker, dan byk lg. Harga memang murah yg amat banyak kalau nak banding kat Malaysia.
Kalau beli borong, automatically diorg akan bg diskaun. Kebanyakkan kedai sgt telus. Contohnya nak beli speaker, pekedai akan introduce yang paling ayam kepada yang paling premium. Takde sorok 2.Walaupun bukan hari minggu, sesak sgt kwsn ni. Lemas kadang2. Org sini lak jenis suka langgar2, maybe kawasan sempit antara premis. Kebanyakkan pembelian adalah secara pukal dari setiap kedai. Byk jugak warga Malaysia yang shopping pukal.
Barang yang "made in China" memang murah, tp klu diimport, harganya lagi mahal dari Malaysia. Mcm original phone, drone etc. Honestly, klu nak terapi, ni la kawasan yang saya suka. Tak minat sgt nak gi shopping mall jual baju2. Kat Malaysia pun ada. Yang best kat sini, kadang2 kita jumpa something yang lain macam skit barang electronic. Best explore. Tapi dah habis, bila pikir, apala kejadahnya aku beli ni. So, satu petang smp mlm sedikit, memang habiskan masa kat sini aje. Puas gak. Sakit kaki naik turun bangunan.
Days 3
Kowloon Area
This is my first experience typhoon. Seram juga. Keadaan Hong Kong sekarang pd dlm typhoon Nida full blast. Nampak sampah bertaburan, pokok patah, hujan lebat gile. Lepak depan lobi hotel je ni. Tgh rakam, sekali angin tolak, tergerak gak badan. Huhuhuhuhu. Pandang sana sini sbb bunyi angin agak menakuetkan, takut ada benda2 terbang. Kawasan Kowloon dah mcm ghost town dah!!!Fanling:Nak gi tgk Budhha temple n trail tapi disbbkan typhoon, tutup. So dapat tgk dari jauh shj la.
China/Hong Kong Immigration
Kami bergerak ke Shenzen melalui jalan darat. Pusat China/Hong Kong Immigration sgt besar. Ini adalah pertama kali guna kereta. Sebelum ni naik train. Actually, kalau nak ke Shenzen, boleh guna Feri, train, kapal terbang dan kereta. Dekat sahaja. Perjalanan mudah.
Dongmen Pedestrian, Shenzen China
Bandar yang cuba menggunakan replika Hong Kong. Baru jalan skit. Berpeluh peluh. Very humid here. Ramai jalan sambil angkat baju tunjuk perut. Walaupun hari ni Selasa, tempat ni sgt meriah. Kedai sepanjang jalan. Harga2 jauh lagi murah dari Hong Kong. Penuh org. Kebanyakkan kedai adalah jenama China.Tp byk peminta sedekah yg mn kebanyakkan org tua. Gelandangan juga nampak ramai dicelah2 bangunan. Bunyi hon kereta tak henti2, main belasah je. Siap ada yang gaduh sbb jalan. Agak kecoh.
Days 2
Islamic Center and Mosque Kowloon:Bersama komuniti Muslim ni bumi Kowloon. Kecil sahaja masjid. Jemaah kebanyakkan dari Pakistan tp still, Jawe ada, China ada, Nigeria ada. Ramai kanak2 lepak sambil bermain dalam kawasan masjid.Keadaan Masjid tip top. Kebersihan tip top. Cuma gelap skit. Alhamdulillah, dapat jejak. Nampak mcm ada aktiviti kelas pengajian di tingkat atas. Nak tgk tp bahagian Muslimah.
Hong Kong Space Museum,Hong Kong Museum Of Art, Hong Kong Cultural Centre.
Dalam satu kawasan n x tertarik nak masuk. Huhuhuhuhu. Lalu je. Bangunan lama. Igt nak masuk Art Gallery tp tengah renovation. Setakat snap gambar je la gamaknya.
Kowloon Park, Hong Kong Avenue of Comic, Hong Kong Heritage Discovery Centre:Satu kawasan besar, public park. Just jejalan. Nothing so speacial. Ada public swimming pool, ada public sport Center etc.Ada byk patung2 yg asal dari Hong Kong, biasa2 je. Dijaga baik. Tak nampak sebarang vandalism. Bersebelahan dgn Masjid Kowloon. Just a simple park. Kemas, bersih. Ramai warga emas melepak. Mungkin dek cuaca panas di Hong Kong. Ramai jugak yang tidak berbaju. Tengah2 hari pun still ada senaman. Very active warga emas di sini.
Hart Ave Tsim Sha Tsui Istanbul Kebab
Kebab dia mcm kat Malaysia, penuh dgn mayonis, sos, sayur. Sedap gak. Tekak Malaysia. Tak kering mcm kat Arab.Nida Typoon:Since amaran typhoon dikeluarkan, kami makan awal dan lepas ni terus balik hotel la gamaknya. Dijangka Typhoon Nida dgn saiz amaran no 8 (dijangka paling ganas tahun ni di Hong Kong) akan melanda dalam jam 10 mlm waktu tempatan.Katanya ada siren akan berbunyi 9.30 mlm.
Banyak kedai dah mula tutup, hotel/kedai dah siap2 pasang jaring dan penghadang. Jalan lengang, kebanyakkan yg ada tourist yg maybe tak tahu typhoon akan melanda. Td kedai mkn pun dok halau. Kelihatan byk iklan dgn paper A4 ditampal dipremis pasal this typhoon. Hope everything ok. Dr bilik hotel, nampak smph bertaburan atas jalan raya, pokok patah n libasan hujan.
Day 1
Hong Kong International Airport:Klu airport yang selalu menang anugerah, tak byk la nak komen. Wifi free laju giler. Smooth je. Smp2 ada yang tunjuk arah, mana nak pegi. Pengangkutan awam jelas, taxi, tren or bus. Weather just nice. Enjoy the scene. Perjalanan ke downtown Hong Kong sgt smooth. Lebuhraya. Yup, bertol. Sepanjang perjalanan, nmpk padat dan penuh apartment yg tinggi dan kecil saiz persegi ( kata driver kami)The Peak:Tak jadi naik sebb ramai sangat. Paling awal 2 jam baru smp. Tak worth it. So patah balik ke Kowloon.
Kowloon Public Pier
One of the best spot utk tgk Hong Kong selepas the peak. 2 kali datang sini, first siang. Penuh dgn org main Pokemon Go. Byk kali terlangar. Maybe juga cuti hari ini. Penuh.Lepak sekali lagi masa matahari terbenam, Allahuakbar, cantik gile. Memang cantik. Dengan lampu, laser. Good Job. Cuma makin lama makin ramai smp dah takde ruang nak snap. Byk photographer dah ready dgn tripod utk rakam sunset.
Harbour City
Ala ala pavilion. Ahhh. Boringla pasaraya2 mewah ni. Cek pakai brg pasar malam. Saje lalu lalu. Nak tgk gak.
Hankow Center:
Macam ala ala Pertama. Boleh nampak ramai pekedai Muslim. Jawa ada, Pakistan ada, Malaysia pun ada. Masuk2 kena serbu minta makan kedai, minta nak beli sim card. Rimas lak. Tempat kitaorg makan. Makanan mahal beb. Nasi Goreng je RM 34. Fuhhhh.
Mongkok
Dancing with the star. Tak ku sangka Hong Kong semeriah ni. Fuhh. Meriah beb. Auntie, Uncle, grandma, grandpa, semua goyang2!!!!Mongkok Street terkenal dgn pasar malam ( mcm Petaling Street) sepanjang tgh jalan n pasaraya besar dikiri kanan jalan. Ada byk cabang sehingga ada khas utk kasut, khas utk karok, khas utk perempuan. Cumanya hari mungkin hari Ahad. Punyala meriah, ada keluar pintu masuk Mangkok D3, sepanjang jalan, penuh live karok + menari. Ada yang nyanyi balad, pop, traditional dan paling menarik, siap ada yang menari. Sporting betul.Pukul 10, semua kedai dan pasar malam mcm nak tutup kedai. Since kaki pun dah sakit2. Just cuci mata. Then balik.
Comments