Qurban 2017 - Cambodia



5 hari aktiviti, 876 Kilometer perjalanan di bumi Khamer, 210 ekor menjadi Qurban/Aqiqah, 1 Kamera Alhamdulillah. Catitan saya di bumi Khamer.


Day 1

Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Phen

Sekian lama tidak menjejak ke bumi Kemboja, Alhamdulillah dapat bersama semula mengikut ibadah Qurban di bumi Kemboja. Disambut cuaca cerah tanpa awam, luas pemandangan Lembah Mekong. Cuaca kering dan panas sama di Malaysia.

Nampaknya kali ni hampir siap pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Phen, walaupun tidak sehebat KLIA 2, syukur disediakan surau, tandas bersih, fasiliti yang lebih mantap dan lebih banyak kedai dikelililing kawasan memdarat.

Waktu mendarat di petang hari, jalan agak sibuk. Rindu pula pada motor roda tiga, motosikal bakul depan, skuter putih, bas motor. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel dalam 10 ke 11 kilometers, tapi perjalanan ambil masa 40 minit. 

Vattanac Capital Tower, Phnom Phen, Cambodia

Sepanjang perjalanan semakin banyak bangunan tinggi dan moden. Terdapat mall mall dengan jenama antarabangsa seperti Cartier, IWC etc. Motor dan kereta bersimpang siur sehingga kecut perut tengok gaya masing-masing

Day 2

Mekong View Apartment, Phnom Phen, Cambodia

Sarapan kami mee segera dengan 3 in 1 Kopi Kluang, tiada ketupat dan lemang atau kuah kacang. Masing-masing mengejar masa sambil dok mengasah pisau untuk Qurban pagi ni.

Apartment kami tingkat 16, bila tingkap dibuka, sayup dari jauh, bunyi megah syiar Islam di bumi Khamer, Takbir raya selepas subuh. Sambil matahari naik menerangi pertemuan Sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong.

Tempat Solat Aidiladha dan lokasi sembelih satu jam dari tempat tinggal. Seawal jam 5 waktu tempatan semua sudah siap bersolat jemaah. Cuma ketiadaan air menyebabkan masing2 terganggu. Pukul 6 pagi kami mula bergerak.

Perjalanan kami kali ini diserikan bacaan takbir dalam van secara bergilir gilir memandangkan jaraknya 1 jam. Ini pergalaman pertama bertakbir sambil bergerak. Hebatnya Islam, kerdil rasanya jiwa ini. Menilai dosa dosa. Ya Allah ampunkan dosa aku yang terlalu banyak ini. Qurbankanlah jiwa ini ke jalan Mu sehingga akhir hayat.

Chroy Metrey Mosque, Phnom Phen, Cambodia

Masjid Chroy Metrey menjadi lokasi ibadah Solat dan Qurban hari ini. Masjid yang siap sepenuhnya terletak betul-betul di tepi Sungai Mekong. Disambut dengan senyuman tak putus putus orang sini, meriah rasanya. Macam Raya Aidilfitri di sini.

Cambodia Islamic Center, Phnom Phen, Cambodia

Sekolah kayu yang dulunya kelas mengajar telah ditukar menjadi bangunan  3 tingkat.  Penuh lembu memenuhi kawasan. Masuk ke dalam masjid, semuanya nampak siap sepenuhnya. Dulu dtg, walau masih dlm pembangunan, masjid ini telah digunakan sepenuhnya.

Indahnya Islam. Allah Maha Besar, walaupun khutbah dalam bahasa sini, bacaan serta alunannya betul betul menusuk jiwa dan bersungguh sungguh. Terima Kasih ya Allah atas  pengalaman ini.

Insyallah, lepas ini kami akan bergerak untuk menjalankan ibadah Qurban. Semoga berjalan lancar.

Inilah tugasan saya sepanjang aktiviti Qurban di Cambodia. 

Hari sahaja, lebih dari 50 lembu yang terlibat tidak termasuk team lain. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sekali lagi saya ucapkan Alhamdulillah, di sini aktiviti Kurban semakin baik dan kemas. Terdapat 3 pecahan team untuk memudahkan dan mempercepatkan proses Kurban.

Walaupun penyembelih didatangkan dari Malaysia, kali ini aktiviti Qurban lebih tersusun (Day 1 sahaja). Malah lembu pun nampak sihat-sihat. Tapi ganas pula kali ini. Siap sahaja sembelih, serbu org  tempatan melapah. Sekejap dah siap.

Selepas dilapah, dihantar pada kaum wanita untuk dipotong-potong mengikut agihan. Tengahari itu juga, yang disembelih sebelum Jumaat siap dan selesai. Waktu Jumaat kami rehat sebentar sambil dihidangkan daging 'raw' pakai arang batu. Perghhh...

Hari pertama dah macam-macam pengalaman yang menyeronokkan. Kali pertama dikejar lembu masa 'snap' gambar, ada lembu mengamuk sehingga ada salah seorang wakil NGO hampir terjerut leher apabila lembu melompat dan berpusing keliling pokok. Nasib baik sempat tunduk. Seram juga masa tu.

Kerja saya xdelah susah, ambil gambar je. Sebelum sembelih, nama peserta, dan selepas peserta selepas sembelih. Sebagai bukti. Sekalung tahniah pada penyembelih Malaysia yang professional dan penduduk setempat yang bertukus lumus.

Insyallah esok ada lagi. Terima kasih pada rakan rakan yang mengucapkan Salam Aidiladha dan yang last-last minit minta qurban dijalankan. Alhamdulillah. Kita bantu mana yang boleh.

Day 2

Pursat Province, Cambodia

Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam (238KM) dari Phnom Phen ke Pursat, sempadan Cambodia/Thailand, pertemuan antara Tonle Sap dan Pegunungab Cardoman. Kali ni lebih 70 ekor lembu serta kambing akan dijadikan Qurban. Kawasan Qurban tiada coverage dah jauh masuk perkampungan Muslim terpencil.

Kami mula bertolak jam 6.30 pagi waktu tempatan. Perjalanan sempat singgah ke kedai-kedai Muslim, membantu ekonomi sesama Islam. Pekena roti Perancis panas panas, memang terbaik. Banyak produk produk Malaysia di sini.

Menyusuri Sungai Tonle Sap, melalui Kampung Tralach District, kemudian Rolear Bier District, Baribour District, keluar dari Kampung Channang Province dan masuk ke Pursat District. Kawasan sekeliling pantar berubah dari bandar ke perkampungan tepi delta. Perjalanan mengunakan National Highway 5 dgn 2 lane. Tapi cuma 36 KM. Jalan seterusnya 1 lane dgn keadaan jalan yang agak tidak baik untuk perjalanan jauh.

Cuma kali ni ramai juga petugas muda. Kerja sgt rajin. Tapi kurangkanlah FB Live atau sewaktu dengannya. Naik van, turun van, makan, minum, semua nak live sampai mengganggu orang lain dan kerja. Kalau seorang dua takpe, semualah, senang cerita. Nasib baik berak tak mau live. Pastu sepanjang perjalanan dah lah jauh, dok ulang video, merakam, cakap sorang sorang. Masing gila like dan comment sampai memjerit suka. Kurang kurangkaah yer. Bezakan bertugas dan bercuti.

Dari jalan besar kami masuk ke jalan merah. Kami mula memasuki kawasan kampung terpencil. Perjalanan masuk dalam melalui jalan merah hampir 1 jam. Melambung-melambung kami dek keadaan jalan. Sekali sekala terpaksa ketepi bagi memberi laluan kenderaan yang berselisih disebabkan jalan yang kecil. Kiri dan kanan, tidak bendang, belukar atau pun rumah kayu tinggi.

Nampaknya kali ini tidak seperti semalam. Mengamuk ketua degalasi orang kita tadi. Lepas lebih 6 jam perjalanan, sampai sampai, semua lembu tak bersedia lagi. Malah belum diikat dan masih terlepas.

Dengan orang kampung dok tengok sahaja. Beberapa kali dimarahi baru nak tolong. Cuaca panas dah panas. Masing masing lagi panas. Ada lebih 70 lembu ni. Geleng kepala masing masing. Berserabut. 

Alhamdulillah selesai semua. Jom balik. 6 jalan perjalanan. 

Day 3

Mekong View Apartment 

Sepatutnya perjalanan untuk lembu hari ni 9 jam, 7 jam naik van, 1 jam 30 minit naik, 30 minit naik rakit. Tapi disebabkan faktor faktor yang tidak dapat dielakkan, tak dapat join bersama rakan rakan untuk meneruskan misi.

Misi hari ini diteruskan dengan 'hang out' di bandar sahaja. Disebabkan sudah beberapa kali datang ke mari, tempat tempat tarikan pelancongan seperti Tuol Sleng Genocide Museum, Choeung Ek Genocidal Center dah pernah datang. Jadinya kita melayan orang shopping sahaja la. 

Jujur saya bagitau, saya kurang suka shopping ni. Mesti habis masa yang berlebih lebihan. Membazir masa. Saya lebih suka, pegang kamera, jalan di lorong2 ditengah bandar atau di pasar pasar untuk melihat dan merakam aktiviti sosial masyarakat setempat.

M K Halal Restaurant, Phnom Phen, Cambodia

Perjalanan pertama hari ini, kita minum dulu. Port terbaik tutup pula pagi ni, Restoren Malayam (Kedah born owner), dekat dengan Central Market. Next destination, M K Restoren, bersebelah Night Market. Pagi ni kita pekena Chicken Pad Thai.

Svay Chrum Ferry Terminal, Phnom Phen, Cambodia

Merentas Sungai Mekong tanpa tujuan dalam hujan lebat. Berpindah dari feri ke feri kita petang ni. Disebabkan tiada aktiviti, kami ambil keputusan, "Jalan jalan hentam keromok"   Thrilll pulak naik feri tanpa tak tau nak pergi mana. Dengan hujan lebat.

Dari terminal ferry Mekong NA 6, kami ke Svay Chrum Ferry Terminal dan seterus berapa station. Dalam Google Map mengunakkan tulisan tempatan. 

Jarak perjalanan dalam 15 minit ke 20 minit. Tetapi kekerapan feri berterusan. Keadaan feri dalam keadaan baik walaupun seram juga berferi dalam hujan lebat dan air sungai berarus deras. Semua sumbat, kereta, motor, lori, motosikal, 3 roda. Tp disebabkan kekerapan yang baik, takde sampai penuh.

Mekong NA 6 Ferry Terminal, Phnom Phen, Cambodia

Semua feri di atasnya ada kedai kecil. Sama macam perjalanan di Bangladesh. Sepanjang perjalanan, agak takut gak, disebabkan Sungai Mekong yang sibuk, macam nak berlanggar aje dengan kapal pengangkut pasir. Tapi pemandu bot releks aje, sebelah tangan pegang streng, sebelah tangan pegang rokok. Layan agaknya.

Riverside, Phnom Phen, Cambodia

Tempat paling meriah dekat Phnom Phen "Royal Palace" Perjalanan dari terminal ke terminal sampai di pusat tarikan pelancongan Phnom Phen, Riveraide Park. Kawasan menjadi tumpuan pelancong asing mahu pun orang tempatan. 

Riverside yang dibina mengadap sungai Tonle Sap sangat meriah. Walaupun masih dalam kerja kerja pembinaan dan pengindahan, sepanjang jalan dipenuhi bar. Sungai dipenuhi feri feri berhias untuk sesiapa yang berhajat nak makan malam. Ada juga khas untuk makanan halal. Harga sekitar 25USD. Ni yang paling murah. Kalau yang nak lihat matahari terbenam, maka lagi mahal harganya. 

National Museum, Phnom Phen, Cambodia

Perjalanan diteruskankan melawat denan berjalan kaki ke National Museum (dah tutup), Preah Vihear Preah Keo Morakot, Wat Ounalom, Grandview Riverside dan Night Market. Meriah. Semua tepi sungai. Sambil2 tu kitaorang makan kacang rebus tunggu matahari terbenam dekat berhadapan Panaroma Makong. Cantik oooo.

Royal Palace, Phnom Phen, Cambodia

Kawasan paling havoc sekali dataran Royal Palace. Ramai dok lepak, makan makan. Siap ada tikar untuk disewa utk sesiapa berhajat nak 'hang out' tempat ni. Cumanya pencahayaan kurang menyebabkan dataran gelap sedikit. Tapi bila datang dekat penuh orang. 

Independent Boulevard, Phnom Phen, Cambodia

Kami terus berjalan kaki ke Independent Boulevard. Taman disusun memanjang yang penuh orang ramai dan kebanyakkan orang tempatan. Ada yang bermain bola, kasut roda. Ditenggah kawasan ini ada tugu peringatan yang kiri kanannya ada air pancuran berlagu dengan pancaran laser. Tapi sepanjang kat situ semua lagu English. Lebih enak kalau dimainkan lagu tempatan.

Peahabol's Brew Coffee, Phnom Phen, Cambodia

Sempat juga pekena kopi segar tempatan, depan mata kitaorang, diorang brew biji kopi. Kedai ala ala Starbucks, tapi harganya murah lagi. Peahabol's Brew Coffee House. Sedap juga rasanya. Berhadapan dengan Wat Botum.

Tapi sedap lagi kopi vietnam original. Setakat ni takde kopi yang pernah sesedap tu. Igt lagi, cawan camca sahaja saiznya, ditekan kopi bagi keluar, dan diminum tanpa gula. Syok beb.

Wat Botum, Phnom Phen, Cambodia

Dah jom balik. Kat sini dah jam 9.00 malam, sama macak pukul 10 di sana. Letih berjalan, rasa panas lak badan tadi kena air hujan. Esok perjalanan diteruskan ke Norodom Sihanouk. 230 KM atau 5 jam perjalanan dari Phnom Pehn. Kena tidur awal. Pukul 5 dah gerak. 

Day 4

Sihanouk Province, Cambodia

Misi diteruskan ke Sihanouk Province, Cambodia. Bukan destinasi yang dituju tapi amatilah perjalanannya untuk simpanan. Perjalanan kali ini betul-betul meninggalkan impak dan kesan. Jujur saya katakan, saya bukanlah orang baik-baik, tapi bila dikelililing orang-orang hebat ni, saya kutip tempias tempiasnya untuk panduan dan menilai diri.

Kata-kata salah seorang petugas, "Bumi Allah luas, mana mana tempat pun boleh kita boleh dirikan kewajipan, jangan banyak sangat beralasan. Islam itu memudahkan."

Bertolak dari Phnom Phem jam 3.30 pagi waktu tempatan, misi seterusnya ke Sihanoukville atau Kampung Som yang dikenali di kota pantai di Cambodia. Perjalanan sejauh hampir 260 KM, lebih 5 jam perjalanan.

Dari gelap gelita, terbit matahari, perjalanan mengunakan National Highway 4 merentas 3 province. Tiada tol cuma lorongnya cuma satu. Walaupun kurang kenderaan, waktu waktu ini banyak trailer dan lori minyak di atas jalan raya.
Dari perhatian saya, tandas orang Cambodia adalah bersih kalau hendak dibandingkan dengan Malaysia. 

Mulanya saya turun dari lapangan terbang, dalam hati, meatilah bersih. Tapi beberapa kali singgah di stesen minyak, kedai makan dan pusat tarikan pelancong, tahap kebersihan tandas di sini lebih baik dan bersih dari kita. Apa jadi dengan kita???

Mlop Chrey Beach, Krong Preah Sihanouk, Cambodia

Sebelum balik jom mandi pantai Cambodia. Pada mulanya saya agak skeptical, tapi cantik dan bersih pantainya. Jom mandi laut. Yihaaa!!!!

Day 5

Sihanoukville International Airport

Perjalanan berakhir di sini. Untuk pengetahuan semua, ada Air Asia direct ke kawasan ni. Insyallah, saya akan berlepas balik ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Sihanouk. 

Alhamdulillah, misi selesai. Insyallah kalau ada kesempatan dan peluang, mohon dapat datang semula suatu hari nanti ke bumi Khamer semula. 

Terus terang, walaupun pengurusan Qurban  kali ni agak tidak baik dari segi 'planning and execution', tapi takpelah, kita layankan sahaja. Mohon orang yang amanahkan lebih peka agar perjalanan lebih tersusun. Perkara 'Qurban' amanah penderma, pastikan yang terbaik selepas ini. Peace Yo!!!

Comments

Popular Posts