Rumah Saya


Setahun saya ambil untuk siapakan, cuma 3 bulan kebelakangan ini saya fokus. Alhamdulillah, orang kata hendak seribu daya, tak mahu hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri dan bantuan rakan.
Saya bermula dengan draf mengunakan perisian 3D "Sketch Up". Saya bina ruang rumah dalam perisian ini, bermula dengan wiring, pemilihan skema warna, kemudian shading dan lighting, pemilihan lampu, bulb etc. Saya membuat survey secara menyeluruh di laman web untuk mendapatkan tema "modern minimalist home decor".
Pemilihan flooring juga dibuat berdasarkan skema warna disambung dengan susun atur perabot. Saya masukkan semua detail ke dalam perisian "Sketch Up" dari sekecil sekecil suis, pilihan foto sehinggalah susun atur perabot. Saya mulakan dengan planning bagi memastikan pengunaan budget adalah minumum. Senang cerita paling jimat.
Masalah bermula bila "idea" nak diterjemahkan kepada "realiti". Saya bermula daripada survey kedai-kedai untuk mendapatkan harga termurah. Selain itu, setiap yang dibeli perlu mengikut "idea" dan perlu "under budget" Bukan mudah. Sangat susah. Hampir ditipu dengan pembekal, barang tak sama masa dapat sebut harga dan macam-macam lagi. Paling "frust" bila barang tiada dan perlu alternatif lain. Minggu ni survey lampu, next week lighting dan seterusnya.
Bagi mengunakan budget secara optimum, saya list barang agar tidak membazir atau terbuang. Ukuran perlu tepat. Contohnya untuk cat, saya akan buat pengiraaan berapa liter yang diperlukan. Begitu juga flooring, wiring, jubin bilik air dan lain-lain. Sebabnya semua barang ini dibeli oleh saya terus dari pembekal. Sebarang kesilapan adalah kesilapan saya sendiri.
Barang-barang dibeli mengikut fasa kerja yang akan dibuat. Disebabkan dah terbiasa dengan "Microsoft Project" saya pastikan planning dan budget seiring. Saya bermula dengan wiring baru. Setiap wiring perlu diuji selepas dipasang, sebab lepas ini semua dah dalam dinding. Masa kerja-kerja hacking, beberapa kali dimarah dengan jiran sbb, saya buat hari minggu. Nak buat macamana. Kerja diteruskan ke toilet, plaster ceiling dan penukaran pintu.
Kerja kerja di atas tak semua saya buat sendiri. Untuk plaster ceiling dan piping toilet saya perlukan bantuan. Begitu juga kerja kerja memecah jubin toilet asal. Setelah siap kerja-kerja sebelum ini, pemasangan jubin toilet dilakukan. Kemudian saya mulakan proses melicinkan dinding untuk coloring. Ambil masa dan memenatkan.
Guru saya You Tube. Hahahaha. Macamana pun banyak juga kesilapan yang saya buat. Contohnya saya terpaksa cat semula rumah disebabkan tersilap pengunaan cat primer. Benda basic pun boleh salah. Cat balik. Sakit badan jugalah buat kerja kerja mengecat ni. Berapa banyak layers lah nak buat.
Setelah siap, ini masa yang saya paling suka, pasang lampu. Sebab masa ni, dah nampak bagaimana shading yang kita pilih akan naik. Sampai ambil cutilah. Bengang kalau ada short kat mana-mana wiring atau bulb rosak. Kena pergi kedai balik tukar. Then buat tiang pemisah. Playwood digabung digam. Untuk finishing, tampal dekat pelekat kayu.
Siap lighting, flooring pulak. Ni pun ambil masa. 3 hari sebab bukak balik sebab tak kemas. Baru belajar katanya. Saya gunakan Solid Hardwood untuk ruang tamu, bilik. Untuk Vinyl, saya gunakan di dapur dan kawasan hadapan tandas. Untuk pastikan skema warna adalah sama, sekali lagi saya guna "Sketch Up". Saya dapatkan sample dan masukkan dalam 3D modeling.
Ok, seri dah naik. Masa untuk dekorasi. Saya mulakan dengan pemasangan bingkai gambar. Saya gunakan 32 photo yang saya ambil sendiri mengikut tema. Black and White, landscape view, people portrait, best photo, moment dan tribute. Nasib baik Fotokem bagi baucer printing, saya save dalam RM 600++ untuk printing. Bila dah siap, dah gantung, pasang lighting, cunlah. Suka sangat.
Seterusnya perabot, saya cuba untuk menerapkan "modern minimalist home decor". Pengunaan perabot mesti ada nilai tambah pada ruang. Tidak perlu beli semua jika tidak digunakan. Lagipun rumah saya duduk sekarang dah banyak sgt barang. Nanti double perabot pula.
Pemilihan perabot juga telah dipilih semasa planning, dah saya terpaksa survey di IKEA untuk memastikan mengikut planning. Pemasangan perabot juga mengambil masa kerana ada yang perlu dipasang sendiri dan digantung. Contoh kitchen cabinet, tv cabinet, sink, toiler cabinet, mirror dan lain lain. Sekali lagi kena marah dengan jiran sebab buat bising masa drilling.
Then siap, masanya untuk sentuhan, langsir semua dibeli di Nilai 3, murah berbanding ambil upah atau di kedai home decor. Jauh beza. Saya sebenarnya tak suka langsir. Cuma ruang balkoni sahaja gunakan langsir. Yang lain gunakan birai. Lebih nampak ringkas dan modern.
Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Mulanya macam tak percaya juga. Dalam hati, boleh juga aku buat benda benda ni semua dgn tangan 4 kerat ini. Kira boleh bertukang rupanya aku. Hahahahaha.
Bila kira-kira balik, saya dapat jimat yang amat sangat!!!! Ini kerana sebelum mula kerja, saya ada dapatkan sebutharga. Harga untuk ubah suai adalah 3 kali ganda dari apa yang saya belanjakan!!!! Semua resit saya simpan untuk track budget.
Lagi satu, knp saya ambil keputusan utk buat sendiri, banyak kontraktor tak mahu ikut design yang saya buat. Katanya yang dicadangkan lebih cantik. Tp sebenarnya bila ikut kata kontraktor, kalau ada ribuan RM, semua boleh jadi. So, sbb dah frust, lebih baik buat sendiri.
.......................................................................
Post saya ini hanyalah cuma berkongsi keseronokan bertukang sendiri dari A sampai Z. Banyak benda saya belajar dan kesabaran adalah kunci untuk melakukan kerja mcm ini. Sampai satu ketika, dalam hati kata "sudahlah, penatlah nak fikir. Baik buat benda lain" Tapi sikit-skit saya pujuk diri dan kerja pun jalan balik.
Lagi satu, terima kasih yang membantu. Kalau takde org bantu, tak jalan juga. Terima kasih atas pinjaman tenaga dan masa. Terima kasih juga yang pinjamkan peralatan. Sayang semua
Yes!!!!, saya berjaya. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri. Dari kosong rumah ni, skit skit, Alhamdulillah, siap.
PS: Untuk info, saya bukan bekerja bahagian Interior Designer. Ini hanya hobi, disamping itu, saya pemain photography, boleh lawat hasil kerja saya di facebook.com/fairuskhafizphoto 😉😉😉



















Comments

Popular Posts