Kuantan - Cherating - Kemaman - Temerloh ( 12, 13 dan 14 Sept 2018)


Kuantan - Cherating - Kemaman - Temerloh ( 12, 13 dan 14 Sept 2018)
Terminal Sate Zul
Katanya antara Sate terbaik Kuantan. Layan. Terletak di Jalan Alor Akar, kiranya hampir dengan pusat bandar Kuantan. Ini kali pertama saya makan sate tulang. Agak aneh sebab dah terbiasa makan sate berdaging, rasa lain macam sikit.
Kuahnya rasa rasa macam kuah kacang masa raya orang Johor. Memang masuklah tekak, cuma satenya agak kenyal sikit dan sejuk. Tak berapa lembut. Nasi impit dia terbaik, lembik lembik pejal. Sedap.
Terminal Satay Zul
No. A 2600, Jalan Alor Akar, Pahang, Taman Ruby, 25250 Kuantan, Pahang
09-568 7859
Bandar Kuantan
Di waktu lewat ni, bandar Kuantan seperti lazimnya bandar-bandar di luar kawasan Lembah Klang atau Pinang, keadaannya agak lenggang walaupun belum tengah malam.
Malam tu sempat ronda-ronda dari Masjid Sultan Ahmad Shah, Padang MPK dan lain-lain.
Masjid Sultan Ahmad Shah
Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang
014-840 3802
Kuantan Pickers and Kedai Kopi
Enjoying Kuantan night life within local talents. Superb busker plus good coffee. Terbaiklah orang Kuantan. Sedap beb!!!. Every Rabu, datang sini. Sambil layan.
Kuantan Pickers & Kedai Kopi
32, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
014-824 1102
Kuantan River Promenade
Mengingatkan saya Tanjung Mas di Muar. Kawasan lengang tengah malam. Dalam gelap, para pemancing berborak sambil menunggu umpan di tarik. Macam biasa, beberapa pasangan duduk berdua duaan dalam gelap bermadu asmara. Kalau ikutkan ada juga beberapa kali datang Kuantan, tapi ini kali pertama singgah sini.
Kuantan River Cruise
Jalan Tanah Putih, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang
Pantai Sepat
Terletak hampir 18KM dari Bandar Kuantan, saja nak lari Teluk Cempedak. Nak tengok lebih dekat kawasan pinggir Kuantan. Melalui perkampungan nelayan sambil melihat warga tua menjemur ikan kering. Tenang sahaja kawasan ni. Pantainya bersih.
Masa sampai nampak ramai pekerja berbaju oren membersihkan kawasan pantai. Yang menarik perhatian kat pantai ni, ada pokok besar sepanjang pantai yang agak menarik. Boleh rujuk gambar.
Pantai Sepat
26060 Kuantan, Pahang
Kompleks Tenun Di Raja Pahang
Dalam laluan balik dari Pantai Sepat, kompleks yang menempatkan galeri, bengkel dan pusat jualan kain tenun.
Masa tengah mencari, terpikat dengan dua jernis warna. Mana satu yang menawan hati ni, yang biru atau yang coklat. Reka corak dan ragam hias yang halus buatannya kain Tenun Pahang untuk dua dua kain nampak minimal, kemas dan rapi. Kalau di buat baju Melayu Teluk Belanga dengan Jahit Tulang Belut ni, pasti naik seri Melayu Nusantara.
Kompleks Pemgembangan Tenun Pahang Diraja, Kampung Soi
Kampung Kuala Baharu, 26060 Kuantan, Pahang
Kopitiam Hai Peng
Mendapat rujukan orang asal Kuantan, memang tak silap rekomendasinya. Roti bakar cecah kari ayam memang terbaik. Penuh sampai terpaksa tunggu giliran. Melayu, Cina, India, sama sama gelak ketawa sambil menikmati sarapan pagi cara Malaysia. Sedap.
Ya paling saya suka roti bakar kari ayam. Karinya agak "light", rempah kari tak terlalu kuat dengan cebisan ayam memang sangat "perfect" kombinasinya dengan roti bakar. Memang terbaik rasanya.
Hai Peng Kopitiam
Jalan Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan, Pahang
Pantai Balok
Dalam perjalanan ke Cherating, saya singgah melihat kawasan Pantai Balok. Tidak sebersih pantai Sapet dan Teluk Cempedak, agak banyak kelihatan botol dan sampah sepanjang pantai. Ombak agak kuat.
Pantai Balok
26080, Pahang
Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP)
Kawasan perindustrian kontroversi ni antara tempat sengaja untuk dilawati. Baru-baru ni tersebar berita Dr Mahathir minta untuk diruntuhkan "Tembok China Kuantan". Dalam 16 KM dari susur laluan ke Kemaman ikut jalan pantai, kawasan perindustrian ini luas sungguh. Dikelilingi pagar batu kelabu dengan besi tajam, memang mengundang sedikit tanda tanya. Kenapa perlu di pagar setinggi itu, berselirat kamera di setiap hujung pagar.
Saya tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di "Tembok China" tetapi dibenarkan untuk mengambil gambar di mercu tanda kawasan industri ni. Malah saya tidak dibenarkan masuk ke dalam pusat jualan MCKIP. Saya faham, mungkin disebabkan isu semasa saya dilarang. Takde rezeki.
MCKIP
26100 Balok, Pahang
Nasi Dagang Warung Peladang
Ini pertama kali saya berpeluh makan Nasi Dagang. Mungkin tersilap sukatan cili, dalam pinggan kecil lauk nasi dagang, saya kira tak kurang 5 biji cili padi. Adoi, dah kenapa. Berpeluh. Rasanya tak sesuai untuk Nasi Dagang dibuat terlalu pedas.
Warung Peladang / Nasi Dagang & Pisang Goreng
Kampung Kubang Ikan, 26080 Balok, Pahang
017-828 3673
Pantai Cherating
Angin kuat membuatkan ombak agak tak sesuai untuk mandi manada. Tak berapa sesuai nak mandi manda. Ombak agak laju dan tinggi. Budak budak cuma main kat tepian pantai sambil diperhatikan ibu bapa. Saya sendiri berguling-guling macam dugung dek ombak yang agak ganas.
Pantai Cherating
26080, Pahang
Club Med Cherating Beach
Macam biasa. Tak de apa nak komen tempat ni. Tempat tidur dengan sarapan pagi. Jom gerak makan sata.
Club Med Cherating Beach
Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, Bukit Cherating, 26080 Kuantan, Pahang
09-581 9133
Restoran Intan Seafood
Sekali lagi orang tempatan bagi rekomendasi. Letaknya tepi pantai, angin malam agak bertiup agak kencang. Berterbangan semua tisu
Masa dalam ke dalam agak terkejut juga, ada kedai makan kiri kanan jalan. Macam ala ala ada "night life" lah laluan ni. Kalau tak silap Jalan Kubur. Cuma banyak kedai kosong, mungkin bukan musim.
Dah beberapa hari tak makan nasi putih, jadinya malam ni kita cuba masakan orang Cherating. Cumanya jujur saya nak bagitau, lagi mahal dari kedai kedai atau warung di KL. Masakan seperti yang dijangkakan.
Lokasi: Intan Seafood Restaurant
LOT 995, Cherating, 26080 Balok, Pahang
017-926 6545
Kak Yah Warung Satar Kemamam
Kalau turun Terengganu, wajib makan, Satar tengah panas-panas dengan dengan Keropok Lekor Rebus panas-panas. Nama warung ni, warung Kak Yah, Kak Yah ni "friendly". Tempat ni dekat Kampung Geliga. Selalu kalau nak makan satar, kedai inilah. Sempadan Pahang/Terengganu.
Lokasi: Keropok Lekor Geliga
195, Jln Kuantan - Kemaman, 24000 Chukai, Terengganu
Bandar Temerloh
Ini kali pertama saya masuk Termeloh. Baru saya tahu, Bandar Termeloh bandar kedua terbesar selepas Kuantan di Pahang. Besar juga bandar Temerloh ni. Singgah sini nak cuba makan ikan patin yang fofular itu.
Temerloh
Pahang
Go' Bang Maju Patin Tempoyak Termeloh
Saya cuma dapat tulis catatan ni selepas 30 minit saya menghirup sampai habis kuah Patin "extra hot". Kalau tak tahan, jangan cuba, keluar hinggus. Pedasnya boleh tahan. Berpeluh kepala. Tapi puas hati. Antara masakan tempoyak yang sedap saya pernah makan.
Dari Paka terus turun Temerloh sebab tekak rasa nak makan ikan patin asli Sungai Pahang. Sebelum ni saya pernah makan di Bangi, Patin Buah, tapi ramai bagi rekomendasi ke Temerloh untuk lebih rasa. Tapi sayangnya Patin Buah tiada. Tuan kedai kata, kalau nak, kena bagitau awal. Jadinya makan patin sangkar sahaja.
Tempoyak atau tapai durian adalah seperti makanan tapai lain yang mengandungi bakteria Asid Laktik yang memberi kebaikan pada usus perut apabila makan makanan yang mentah.
Insya Allah, ada masa kita mai lagi cari patin buah.
Gobang Maju Patin Tempoyak
1/4 Mile Jalan Triang, Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang
019-956 9696
Kuala Gadah Elephant Sanctuary
Dah alang-alang, jom singgah jumpa kawan. Dalam 12 KM dari susur keluar Lebuhraya LPT. Besar juga kawasan ni. Bayaran percuma. Kalau nak menderma, adalah digalakkan.
Tiada perkhidmatan menaiki gajah di sini. Korang jangan la minta seperti itu ya, kerana di sini ialah tempat menjaga gajah dan bukannya 'dera' gajah.

Comments

Popular Posts