Jalan -Jalan Melaka, Malaysia







Hari ni jejalan Bandau Melaka. Dari Alor Gajah terus masuk Air Keroh. Singgah makan Asam Pedah Restoren Melayu Melaka. Melekat pedas asam dia. Dengan perut penuh, jalan kaki berkilometer sambil lalu Kampung Morten sampai ke Bandar Hilir. Singgah sekejap di The Stadthuys sambil makan cendol pulut durian.
Tak kenyang lagi, makan kuih keria Melaka dengan burger China dekat Jonker Walk. Sambil sambil tu tengok-tengok Hard Rock Cafe. Ramai betul orang.
Dari Admiral Cheng Ho Gallery, menyusuri tepian bukit National Heritage Department's Southern District Office of Kota Melaka, Malaysia Architecture Museum dan seterusnya mendaki St Paul's Church.
Dari atas bukit, puas melihat Kota Melaka yang pernah gemilang terus ke bawah melihat Kubu A Famosa. Sambil melalui Proclamation Of Independence Memorial, terus ke Padang Dataran Pahlawan.
Bila hari semakin magrib, cepat cepat balik ke susur penjalan kaki melihat matahari terbit di sebalik Sungai Melaka. Melalui kedai hispter dan hotel butik, terasa vibrasi kota pelancongan Melaka. Ramai pelancong dan warga tempatan menikmati malam Melaka.
Beca mula menghidupkan lampu. Azan Magrib berkumandang dari Masjid Kampung Kling. Binaannya yang berbentuk pagoda menzahirkan kepelbagain kebudayaan dalam masyarakat Malaysia.
Belum kenyang lagi, malam ni terus sahaja ke Umbai. Kawasan makanan laut antara yang terkenal di Melaka. Selain Umbai, ada juga tempat lain yang menarik untuk di cuba. Setakat ini saya pernah Alai, Serkam dan Sungai Duyung. Tapi Umbai paling meriah.
Malam ni kita pekena lagi sekali Pari Asam Pedas. Kenyang betul. Lagi kenyang bila berulam nasi lemak. Memang terbaik. Malam ni balik terus tidurlah nampaknya.

Comments

Popular Posts