My Catatan: Tokyo-Kyoto-Kobe-Osaka (Day 2 - 17/1/19)
Day 2 - Tokyo (18/1/2019)
Shinjuku Station Terminal Bus, Shinjuku
Perjalanan bermula jam 7.35 pagi. Bayaran bas 1700 yen sehala Shimo Yoshida. Selalunya orang ke Lake Kawaguchi terus, tapi saya ambil untuk ke sini dahulu untuk ke Arakurayama. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 45 minit.
Dari kota batu Tokya, saya melalui Chou Expressway. Melalui masuk kawasan Uenohara, pemandangan bertukar kepada bukit-bukit. Warna coklat mendominasi sepanjang jalan. Ini disebabkan musim sejuk yang menyebabkan daun pokok tiada.
Dicelah celah perjalanan mula kelihatan puncak Gunung Fuji. Cuaca cerah hari ni jelas menampakkan gunung berapi ikon Jepun.
Arakurayama Sengan Park
Ramai yang tak perasan yang Arakurayama Sengan Park ini boleh pergi tanpa ke Lake Kawaguchi dahulu. Beli tiket dari Shinjuku sampai Shimoyoshida Station tepi lebuhraya. Turun dan jalan menyusuri lebuhraya melalui perkampungan kecil di kawasan Shanmachi.
Cumanya cuaca berangin dan sejuk agak menyiksakan. Berjalan kaki pula hampir 1.1 KM sebelum sampai di Arahama Shrine.
Bila sampai di kaki bukit, dah nampak dah Gunung Fuji. Untuk naik ke Arakurayama Sengan Park, kena menapak naik bukit. Agak tinggi juga. Setiap tingkat kita akan nampak Gunung Fuji berlatar belakangkan pekan Shanmachi. Cuaca yang cantik membuat pemandangan Gunung Fuji jelas.
Chureito Pagoda, Arakurayama
Di atas ini terdapatnya pagoda yang selalu menjadi bahan cetak iklan yang berlatar belakangkan Gunung Fuji. Disediakan platform untuk sesiapa yang nak bergambar. Kat atas ni juga terdapat kawasan berjalan kaki mengelilingi tempat ini. Tandas pun ada. Bersih macam biasa.
Shimoyoshida Station, Fujikawaguchiko
Untuk ke Kawaguchiko Station, satu stesen yang paling dekat dari Arakurayama Sengan Park. Melalui kawasan kejiranan Shanmachi, kita akan melalui kawasan perumahan. Dikelilingi kebun-kebun kecil, comel je kawasan ni. Bayangkan pagi-pagi tengok Gunung Fuji bila bangun tidur.
Kawaguchiko Station and Terminal Bus Fujikawaguchiko
Untuk ke sini, kena menguna laluan Fujikyoko Line. Bukan sebahagian dari Metro Tokyo atau Toie, bayaran ke Kawaguchiko Station dari Shimoyoshida Station dalam 300 yen. Stesen je comel je. Kecil sahaja. Keretapi dalam 15 ke 30 minit sekali.
Lake Kawaguchiko, Fujikawaguchiko, KawaguchikoNatural Living Center, Fujikawaguchiko
Naik sahaja Red Line, terus ke sini dahulu. Taoi tak masuk. Kalau naik bus Red Line, ini adalah yang paling jauh dari Kawaguchiko Station and Terminal Bus Fujikawaguchiko. Perjalanan mengambil masa dalam 27 minit bergantung pada kesesakan jalan raya.
Oishi Park, Fujikawaguchiko
Destinasi kedua adalah Oishi Park. Saya cadangkan untuk musim sejuk, kawasan ini agak hambar. Semua pokok tak berdaun. Agak kosong kawasan ni. Tapi saya ambil kesempatan ambil Gunung Fuji berlatarbelakangkan Lake Kawaguchiko. Cuba main air tasik, sejuknya.
Kawaguchiko Forest Museum &Kawaguchiko Music Museum Fujikawaguchiko
Cuma singgah sahaja. Bersebelah. Nak masuk agak mahal. Jadinya tengok dari luar sahaja.
Hotel Koryu, Hotel Asafuji, Hotel Mifujen
Hotel hotel ni saya singgah bukan untuk masuk tapi pemandangan hotel ni betul betul menghadap Gunung Fuji. Ada laluan penjalan kaki. Saya ambil keputusan untuk berjalan kaki sepanjang tasik sehingga pekan.
Ensoleille Excursion Ship Pleasure Boat Kawaguchiko
Sempatlah juga naik cruise pusing tasik. Dalam 900 yen, kalau nak naik Mt. Kachi Kachi Ropeway, 1400 yen. Saya tak naik sebab terlalu ramai orang.
Sepanjang naik cruise, rasa tak selesa sebab angin sejuk terlalu kuat. Rasa terlalu sejuk. Tangan nak pegang kamera pun tak selesa. 20 minit sahaja.
Kawaguchiko Town
Bagi menghabiskan masa, saya jalan sekitar bandar kecil Kawaguchi. Ada kedai makan Halal rupanya sini. Ada juga kedai yang menjual Ramen Halal.
Shibuya Crossing
Malam ni kita jalan-jalan tengok antara "crossing" jalan raya yang agak popular di dunia. Bila dah tengok dengan mata sendiri, betullah, ramai betul orang menyeberang jalan. Mungkin juga disebabkan stesen Shibuya dan kawasan tarikan membeli-belah menjadikan " crossing" menarik. Sekali bergerak, dekat ratusan orang bergerak.
Tokyo Tower
Nak ke sini kena jalan sedikit dalam 600 meter dari stesen Akabasnebashi. Agak membukit tapi bila dah sampai memang cantik sistem lampu Tokyo Tower. Sebelum ni nampak dari dalam TV atau komik, kali ni betul-betul depan mata. Sebelum Tokyo Skytree, Tokyo Tower merupakan antara "trademark" bandaraya Tokyo.
Comments