My Catatan: Tokyo-Kyoto-Kobe-Osaka (Day 5 - 20/1/19)
Day 5 - Kobe - Osaka (21/1/2019)
Umeda Station, Osaka
Untuk ke Kobe dari Osaka, kami ambil "one day pass Osaka. 800 yen. Walaupun hari ni cover untuk Kobe, malam ni nak pusing-pusing Osaka. Dari Osaka ke Kobe paling murah guna Hanku Line paling murah. Dari Shin Osaka ke Umeda Station dan guna "one day pass". Cumanya naik train ni, lamalah nak sampai ke Kobe.
Kyoto - Osaka - Kobe
Sepanjang perjalanan melalui Hankyu Line, kita dapat saksikan keindahan perjalanan melalui kawasan antara Kyoto - Osaka - Kobe yang berlatar belakangkan gunung-ganang. Jangan lupa ambil "limited" ya. Cepat sikit sampai.
Kobe, Japan
Dari Tokyo ke Kyoto, singgah jap Osaka, kemudian gerak ke Kobe. Kalau nak tahu, Kobe adalah bandar keenam terbesar di Jepun dan ibu kota, Hyogo. Ia terletak di sebelah selatan pulau utama Honshū, di pantai utara Teluk Osaka dan kira-kira 30 km di barat Osaka.
Dengan populasi kira-kira 1.5 juta, bandar ini adalah sebahagian daripada kawasan metropolitan Keihanshin bersama Osaka dan Kyoto.
Sannomiya Center Gai Shopping Street, Kobe
Sampai-sampai kat sini kedai kebanyakan tak buka lagi. Cuma yang menariknya kat sini ada "Flower Street". Banyak bunga sepanjang jalan. Terdapat taman "1.17 Light of Hope" untuk Gempa bumi besar Hanshin pada 1995 di hujung jalan sebwlum ke Kobe Port Terminal.
Kobe Port Terminal, Kobe
Sepatutnya kalau nak ke Merikan Park dari Sannomiya Station tak perlu pun lalu sini. Tapi vatal nak tengok Kobe Port, pergi sini. Kalau ikutkan tak nampak apa apa pun. Tak pasal-pasal kena pusing hampir dan kena jalan hampir 2KM untuk sampai Merikan Park.
Hanshin Expressway, Kobe
Saya melalui bawah Hanshin Expressway untuk ke Port of Kobe Earthquake Memorial Park. Expressway ini adalah antara jajaran yang terkesan semasa Gempa bumi besar Hanshin. Boleh cari di internet. Dahsyatnya gemba bumi sampai tumbang lebuhraya.
Port of Kobe Earthquake Memorial Park, Kobe
Bila sampai Merikan Park, kawasan yang kita akan jumoa dahulu, Port of Kobe Earthquake Memorial Park sempena memperingati gempa bumi. Ada kesan pelabuhan dan lampun yang hampir tumbang.
Gempa bumi besar Hanshin, atau gempa bumi Kobe, berlaku pada 17 Januari 1995 pada 05:46:53 JST di bahagian selatan Prefektur Hyogo, Jepun, apabila digabungkan dengan Osaka, yang dikenali sebagai Hanshin. Ia mengukur 6,9 pada skala magnitud saat ini dan mempunyai intensitas maksimum 7 pada Skala Intensitas Seismik
Merikan Park, Kobe
Berjalan sejauh hampir 1.5 KM, barulah sampai kawasan ni. Meriken Park taman tepi laut yang terletak di bandar pelabuhan Kobe, Hyogo, Jepun.
Kawasan ini mempunyai Menara Pelabuhan Kobe, Muzium Maritim Kobe, dan peringatan kepada mangsa gempa Great Hanshin. Kalau nak tahu, nama kawasan berasal dari perkataan "American," yang biasanya diterjemahkan sebagai "Meriken" pada era Meiji.
Meriken Park juga merupakan lokasi Hotel OkuraKobe dan Kobe Meriken Park Oriental Hotel. Yang kelakarnya tiba tiba ada Starbuck kat tengah-tengah dunia. Merosakkan pemandangan.
Jangan lupa ambil gambar dekat "Be Kobe" berlatar belakangkan pelabuhan dan hotel.
Kobe Port Tower
Berada dalam kawasan Merican Park, dari jauh dah nampak. Rasanya ikon bagi Kobe rasanya. Menara Kobe Port adalah salah satu mercu tanda di bandar pelabuhan Kobe, Jepun. Menara persiaran itu siap pada tahun 1963 dan operasi ditutup dari akhir 2009 hingga 28 April 2010 untuk pengubahsuaian.
Menara Kobe Port adalah 108 m (354 ft 3.97 in) tinggi dengan jumlah 8 lapisan yang dirancang sebagai pandangan Tsuzumi yang berdasarkan drum Jepun, dan ia adalah menara pertama yang dibina menggunakan paip. Menara ini dikelilingi oleh 32 batang keluli merah sebagai lambang kapal selamat datang kembali ke pantai. Cantik juga. Macam Menara Canton Tower di Guangzhou, China.
Harborland Park, Kobe
Kawasan beli belah mengadap pelabuhan. Rasanya biasa biasa sahaja. Tak pergi pun takpe.
Hyōgo-ken, Kōbe-shi, Kobe
Berlatar belakang kawasan bukit, saya mengambil kesempatan melihat suasana bandar Kobe secara dekat. Melalui lorong-lorong kecil. Kalau ikutkan, kawasan dahulu musnah disebabkan Gempa bumi besar Hanshin, atau gempa bumi Kobe, berlaku pada 17 Januari 1995 pada 05:46:53 JST di bahagian selatan Hyogo, Jepun.
Sehingga 6,434 orang kehilangan nyawa mereka; kira-kira 4,600 daripada mereka adalah dari Kobe. Di antara bandar-bandar utama, Kobe, dengan penduduknya 1.5 juta, adalah yang paling dekat dengan pusat gempa dan terkena gegaran yang paling kuat. Ini adalah gempa paling teruk di Jepun pada abad ke-20 selepas gempa Great Kantō pada tahun 1923, yang menewaskan lebih daripada 105,000 nyawa. Jumlah kerugian dan pembangunan semula, USD 200 billion!!!
Kobe Mosque, Kobe
Dari Merican Park nak ke sini dalam 2 km berjalan kaki. Menaik bukit ya. Terasa juga penatnya.
Masjid Kobe yang juga dikenali sebagai Masjid Muslim Kobe ditubuhkan pada Oktober 1935 di Kobe dan masjid pertama di Jepun.
Pembinaannya dibiayai oleh sumbangan yang dikumpulkan oleh Jawatankuasa Islam Kobe dari tahun 1928 hingga pembukaannya pada tahun 1935. Masjid ini pernah dirampas oleh Angkatan Laut Jepun Imperial pada tahun 1943.
Walau bagaimanapun, ia terus berfungsi sebagai masjid hari ini. Ia terletak di daerah luar Kitano-cho Kobe. Disebabkan ruang bawah tanah dan strukturnya, masjid itu selamat peperangan pada tahun 1945 dan mampu bertahan melalui gempa Great Hanshin pada tahun 1995.
Masjid ini adalah antara bangunan yang terselamat semasa Gempa bumi besar Hanshin, atau gempa bumi Kobe, berlaku pada 17 Januari 1995 dan di kata Masjid pertama di bina di Jepun. Hebat bukan!!!
Dotonbori River, Osaka
Salah satu kawasan wajib datang jika ke Osaka. Sepanjang sungai ni dipenuhi dengan lampu iklan yang berwarna warni. Banyak jambatan menyeberangi sungai sebagai tarikan.
Sungai kat sini sangat bersih. Ada "river cruise" untuk sesiapa yang berminat. Percuma siapa yang ambil "Amazing Pass Osaka". Walaupun hari cuti, penuh orang ramai. Meriah dengan orang.
Dotonbari Street, Osaka
Bersebelahan dengan Dotonbori River, terdapat jalan yang penuh dengan kedai untuk membeli belah dan pusat makanan. Sangat meriah. Orang beratur untuk makan sahaja dekat 7 ke 8 buah kedai.
Cumanya kedai-kedai tak menarik sangat. Kebanyakan jual barangan ala-ala 7E atau mini market. Mungkin tarikan di sini ialah tempat makan. Tetapi masih ada kedai kedai biasa di sini seperti Uniqlo, H&M dan sebagainya.
Di sini juga banyak kedai makan berasaskan sushi, Kobe Beef dan juga makanan laut terutama ketam. Selain itu banyak gerai kecil menjual makanan tradisional Jepun.
Dotonbori Glico Signboard, Osaka
Salah satu terikan di sini ialah Dotonbori Glico Signboard. Jangan lupa bergambar seperti dalam papan iklan. Kelakar pulak tadi tengok gelagat masing-masing.
Dotonbori-Ebisubashi
Pusat membeli belah ini bersambung dari Dotonbori ke Ebisubashi. Di kawasan Dotonbori-Ebisubashi, pusat membeli belah yang agak panjang dan boleh tahan mahal. Kat sini banyak jenama terkenal. Boleh setakat tengok-tengok sahaja.
Shinsaibashi, Osaka
Dari Ebisubashi, bersambung pula dengan Shinsaibashi. Kawasan ni tak berapa menarik kedai dia. Takyah datang lah. Tapi kawasan belakang di celah-celah lorong, penuh dengan kedai makan yang menarik. Tapi boleh tengok sahaja kedai makannya.
Comments