Catatan #2 - Kehidupan di Tanah Tinggi Cameron Highland - "Perjalanan"
Tiada “Perjalanan” maka tiadalah "Destinasi". Tapi saya sering menghargai destinasi dan terlupa untuk menghargai akan perjalanan. Kalau dulu perjalanan saya diiringi dengan hutan
batu, jalan berturap kemas, asap hitam dengan kereta yang bertali arus sehingga
naik sesak nafas, kini dairi cerita perjalanan destinasi ke tempat berkhidmat berubah tiga ratus enam puluh darjah sepenuhnya. Maka dalam hati saya, ya! sepatutnyalah saya menghargai pengalaman perjalanan baru ini. Perlu dicatat kemas. Simpan baik-baik dalam memori. Di sini saya kongsikan perjalanan saya ke tempat kerja yang secara tepatnya 53 KM dari tempat saya tinggal dan memerlukan sekurang-kurangnya satu jam untuk sampai.
Perjalanan saya bermula seawal jam 7.00 pagi. Dengan suhu kadang-kadang mencecah hampir 15 C, berdiri saya di Pahang menunggu kedatangan kenderaan SUV 4X4. Tepat jam 7.15 pagi, kami berempat memulakan perjalanan keluar dari Tanah Rata, Pahang. Keluar sahaja simpang, bermulanya jalan dengan selekoh tajam menuruni bukit. Kilometer awal perjalanan saya dari Tanah Rata dijamukan dengan permandangan indah Ladang Teh Cameron Valley yang luas terbentang. Hebatnya kuasa Allah. Indah sungguh pemandangan. Sedap mata memandang. Tenang rasa hati.
Perjalanan saya bermula seawal jam 7.00 pagi. Dengan suhu kadang-kadang mencecah hampir 15 C, berdiri saya di Pahang menunggu kedatangan kenderaan SUV 4X4. Tepat jam 7.15 pagi, kami berempat memulakan perjalanan keluar dari Tanah Rata, Pahang. Keluar sahaja simpang, bermulanya jalan dengan selekoh tajam menuruni bukit. Kilometer awal perjalanan saya dari Tanah Rata dijamukan dengan permandangan indah Ladang Teh Cameron Valley yang luas terbentang. Hebatnya kuasa Allah. Indah sungguh pemandangan. Sedap mata memandang. Tenang rasa hati.
Tidak kurang dua belas kilometer, sampailah saya di Pekan
Ringlet. Di sinilah letaknya Empangan Sultan Abu Bakar (SAB Damn) yang airnya disalur
terus ke Stesen Janaelektrik Sultan Yussuf -JOR melalui terowong bawah tanah. Tidak
saya pernah terfikir sebenarnya sebelum ini saya berdiri di atas empangan. Yang
kita nampak cumalah pekan kecil Ringlet sahaja. Malah di sini jugalah lahirnya
pecahan Sungai Bertam yang menyumbang kepada Stesen Janaelektrik Ulu Jelai. Dalam
hati, betapa mudah mata ditipu, hanya mahu melihat permukaan sahaja, terlalu
berat untuk mengkaji apa di bawahnya.
Meninggalkan Ringlet, kini kenderaan kami menghala ke jalan Ringlet - Sungai Koyan. Lereng-lereng bukit kini hampir didominasi oleh binaan kanvas putih, lokasi penaman sayur-sayuran yang bertingkat-tingkat tingginya. Dari kaki bukit sehinggalah ke puncak bukit. Rakusnya sang Manusia. Habis bukit ditarah tarah sehingga tampak mandul.
Hampir dua puluh kilometer, dari jalan bertar luas, kini
saya masuk jalan kecil sehinggalah off road. Padangan saya kini
cumalah gaung di kiri dan kanan. Kadang-kadang diselang seli penempatan semula
Orang Asli. Keadaan kabus yang sedikit tebal menyukar perjalanan untuk sampai.
Kekadang terasa brek ditekan kuat, kekadang terasa kereta tergelicir. Berakhirnya
jalan kecil berkerikil ini, akhirnya sampailah pintu masuk destinasi saya.
Alhamdulillah. Ini destinasi saya.
Sepanjang perjalanan, kita terlalu asyik memikirkan
destinasi. Dalam sebuah perjalanan yang kita jalani terdapat makna di dalamnya.
Terkadang seseorang tidak berfikir untuk mengambil makna dari sebuah perjalanan
yang dijalaninya kerana semua tampak mudah. Padahal sebuah makna akan sangat
penting dan akan menjadi sebuah pengalaman yang berarti bagi yang mencari makna
dibalik ceritanya sendiri.
Comments