Fairus Khafiz menulis: Antara Minimalism, Zuhud, Zen dan "Global Warming"



Kita mampu untuk buat rumah dengan 8 bilik, tapi kita perlukan 4 bilik sahaja. Apa kata kita bina 4 bilik sahaja, 2 untuk disedekahkan pada orang yang memerlukan, dan 2 lagi untuk simpanan di masa hadapan. Ini adalah terminologi yang saya selalu gunakan bila saya berborak mengenai cara hidup “Minimalism” yang saya amalkan sejak beberapa tahun ini.

Bermula dengan membaca buku tulisan Joshua Fields Miliburn, Minimalism: Live a Meaningful Life, beberapa tahun dahulu, saya mula menerima sedikit demi sedikit idea ini dan cuba menerapkan dalam kehidupan ini. Dalam erti yang mudah, bagi saya "minimalisme" adalah cara hidup pada kadar yang minimum tapi berfungsi seadanya. Idea minimalisme sebenarnya semakin popular sejak akhir-akhir ini disebabkan “side effect” daripada aspek negatif masyarakat moden sekarang. Kita semakin berlumba-lumpa untuk “ada” untuk semua “benda” untuk memuaskan hati kita dan masyarakat. Akhirnya kita rasa kosong. Untuk apa semua "benda" ini.

Saya menerima idea cara hidup "minimalisme" kerana dekat dengan definasi Zuhud. Merujuk kepada tulisan Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady, zuhud berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya.

Beliau menyimpulkan kecenderungan manusia dan tumpuannya dalam usaha mencari kepuasan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata tanpa mengambil kira batasan hukum dan adab syara'. maka zuhud dapat memainkan peranan supaya penyaluran dan penggunaannya berlaku dengan sebaik-baiknya. Dengan itu penggunaan perkara-perkara itu bukan lagi bersifat keduniaan, tidak membazir dan tidak melampaui batas-batas hukum tetapi adalah untuk kepentingan akhirat dan keredaan Allah.

Malah saya merasakan idea minimalism sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan konsep Zen dan jika sesiapa yang ada kelapangan boleh meneliti perkara mengenai Zen Habits yang ditulis oleh Leo Babauta. Disiplin yang diterapkan dalam konsep Zen, boleh memberi inspirasi kita untuk menjalankan kehidupan yang lebih sederhana, lebih fokus dan lebih tenang.

Sebab itu saya mendefinasikan "minimalisme" cara hidup pada kadar yang minimum tapi berfungsi seadanya, yang mana gaya hidup ini dapat membawa kita kepada peranan setiap individu dalam membantu masalah “Global Warming” yang semakin meruncing. Dan saya yakin, punca kepada masalah ini adalah gaya hidup kita. Salah kita!!!

Ramai di antara kita bersikap “denial” mengenai hal ini disebabkan kita "bodoh" untuk menerima kenyataan ataupun ada kepentingan semata-mata. Nafsu kita untuk “ada” untuk semua “benda” menjadikan bumi semakin tenat. Bebalik pada terminologi sebelum ini, kalau 1 kereta cukup, kenapa perlu sampai 100 kereta. Kita membazir tenaga tanpa batas, meratah hasil perut bumi seperti tiada had, mencemar sungai, laut, tasik dan macam-macal lagi. Kenapa ini terjadi, sebab kita nak “ada” untuk semua “benda” untuk memuaskan hati kita dan masyarakat.

Jadi apa peranan kita untuk mengatasi masalah “Global Warming”, YA, kita cuba untuk bersederhana. Minimalisme, Zuhud, Zen dan banyak lagi idea yang boleh kita terapkan dalam diri kita. Setiap manusia adalah khalifah yang dilantik untuk berperanan dan peranan kita adalah ditentukan kita sendiri.

Sebab itu, ada yang pelik kenapa saya lebih suka naik kenderaan awam, kenapa saya lebih suka naik motor atau berjalan kaki untuk jarak yang dekat. Bila saya jawab untuk meminimumkan “carbon footprint”, jawapan yang saya terima “poyo je”. Gila bukan.

Malah untuk mengelakkan pembaziran tenaga, saya gunakan lampu LED yang lebih jimat, setiap peralatan elektrik saya sambungkan dengan “smart plug” untuk mengenalpasti jika ada kebocoran tenaga dan mengunakan air dengan cermat.

Untuk mengelakkn pembaziran, saya juga berhenti makan di hotel secara buffet, makan untuk keperluan sahaja. Saya bawa beg sendiri untuk mengelakkan pengunaan plastik malah membawa sendiri bekas botol air sendiri. Untuk sabun basuh etc, saya cuba untuk beli jenis isian semula.

Kenapa kita nak terkejar-kerja beli "overpriced" beg yang harganya berpuluh ribu sedangan kita boleh beli beg yang sama kegunaannya pada harga puluhan ringgit. Malah kita lebih perlukan wang tersebut untuk sesuatu yang lebih baik. Nafsu? Pandangan orang keliling?

Berbalik kepada cara hidup minimalisme, banyak tips yang boleh diguna pakai.
  • Antaranya peraturan 90/90 yang menyatakan jika kita tidak mengunakkan sesuatu benda dalam 90 hari yang akan datang, maksudnya sudah masanya untuk kita melepaskan barang tersebut.
  • Quality over quantity
  • Beli bila perlu sahaja
  • It’s ok untuk ada sedikit barang yang berfungsi dengan baik dari hutang yang bertimbun
  • Planning, planning and planning. Jangan lari fokus
  • Fikir sebelum beli!!!
  • Evaluate and examine
  • Ketepikan barang tidak perlu
  • Jangan terikat dengan benda-benda bentuk materialistic dan berhutang
  • Sedekah barang yang tidak perlu
  • Bersyukur atas apa yang ada

Ya, memang sukar untuk buat benda-benda ini, tapi percayalah sedikit sebanyak ia membantu. Salah satunya kita dapat lari dari HUTANG untuk benda yang kita tidak perlu. Kurang stress sebab banyak sangat barang, go green!!!, berbelanja dengan berhemah dan banyak lagi. Tak perlu jadi hamba dunia untuk “ada” semua “benda” untuk memuaskan hati dan masyarakat.

Tahu siapa yang benci dengan cara hidup "minimalism" ini:  "KAPITALIS!!!"




Comments

Popular Posts