Cuti- Cuti Malaysia: Pulau Perhentian - Kota Bahru ( 29-1/9/2020)


Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS), Kuala Lumpur

 

"Worth it" untuk ke Perhentian waktu puncak orang bercuti!!! Jangan mencuba jika ada tidak sesabar Kasim Selamat..... Dah macam PATI dah rasa hari ni. Orang terlalu ramai!!! Nasib baiklah view kat sini mengubat hati....

 

Lupa yang travel kali ni cuti umum yang panjang. Ramai rupanya serbu sini. Sesak bukan main. Patutnya dari rumah ke Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan patutnya cukup masa, tapi lagi 10 minit patutnya bas gerak, baru sampai. Nasib baik bas delay 20 minit. Sempatlah buang yang patut. Sebab perjalanan akan ambil masa dekat 8 jam untuk sampai ke Terminal Kuala Besut. Tiket bas sehala dalam RM 41

 

Ingat episod jalan sesak dah berakhir, rupanya semakin parah. Jalan Genting Sempah berdikit dikit naik. Jalan terus sesak sehingga ke Bentong. Dan kemuncaknya sebelum masuk Raub, ada "roadblock". Masa tu jam baru jejak jam 1 pagi Kira-kira 45 minit terperangkap. Lepas Raub, jalan dah beransur "clear" tapi hujan selebat lebatnya sepanjang perjalanan. Akhirnya, jam 8 baru sampai. Bertolak dari TBS 10.20 malam. Maksudnya 10 jam perjalanan.

 


Terminal Bas Besut, Terengganu

 

Bila sampai terminal Besut, kena jalan kaki dalam 800 meter. Bila sampai, punyalah ramai orang dah. Tempat letak kereta yang terhad jadi kawasan ni dah "stuck". Penuh orang. Cuti cuti Malaysia ni masing masing. Kawasan jeti penuh dengan bangunan, jadinya nampak sesak. Kereta dah tak boleh bergerak. Dalam hati, nasib lah naik bas. Senang sikit.

Lepas beratur mendaftar, katanya tunggu, nanti akan dipanggil untuk naik feri. Tanya pukul berapa naik ni, sebabnya kalau tahu masa yang tepat, boleh minum-minum. Tapi hampa, katanya tunggu sahaja. Malas nak layan, kami pergi minum sahaja. Lapar beb. Malam tadi tahan makan sebab duduk dalam bas 10 jam. Banyak kedai makan, kawasan ni tapi banyak masih tak buka. Ramai yang nak masuk pulau dok melepak menunggu bot.

 



Terminal Jeti Besut, Terengganu

 

Dah dekat 3 jam menunggu. Takde panggil xde apa. Kami pun tak sure apa dah jadi. Semua orang dah mula marah. Bayangkan masa beli tiket, katanya pukul 8 lepas semua ada, terus jalan. Ini dah pukul 11. Naik "international flight" pun tak lama menunggu macam ni. Kalau lewat, apa salahnya bgatau jam berapa. Ini semua tertunggu. Bila tanya bila nak bertolak, katakan "TUNGGU". Sebab ramai orang. Camne ni, dah bertahun-tahun, takkan tak boleh arrange. Come on lah, no mesti jenis semua tamak ambil maksimum "Customer", akhirnya semua carca merba. Saya berurusan dengan 010 9760390, Perhentian Trans Holiday Sdn Bhd. Bila tanya, bot dari Perhentian dah bertolak tak? Tak boleh jawab. Jawabnya kitaorang takde jawapan dan dah tertanya - tanya, apa ni ke hal ni!! Lepas, sure takkan berurusan dengan bot ni.

 


Jam dah pukul 12 tghari, bot asyik dok bagi pelbagai alasan. Ada yang nak bertumbuk dah. Tak pasti apa masalahnya. Kawasan menunggu makin panas. Makin ramai budak menangis dan tertidur kepanasan. Cerca merba segalanya. Ada suara antara keluarga yang meninggi dan mahu mintak balik duit. Sebenarnya saya sendiri dengar yang bot akan sampai pukul 1 ptg. Kenapalah minta kami datang jam 7.30 pagi!!! Alasannya isi minyak, isi minyak. 5 jam kot. Kejap suruh tunggu sini, kejap suruh tunggu sana. Kejap cangkung, kejap berdiri.

Dari pemerhatian saya, memang bot masuk pukul 1. Sebabnya diorg bawa keluar orang dari Pulau. Kalau ini kaedahnya, kenapa nak paksa semua daftar pukul sebelum 8, dah kenapa. Kalau bagi tau awal awal, ada yang boleh drive lambat sikit. Gila apa. Dah semua tunggu 5 jam. Dah akhirnya, masing2 senyum terpaksa. Bot datang jam 12:55 minit. Hahahaha. Katanya sebab Covid19, kena kurang orang dalam bot tapi gamaknya maximum yang masuk.

Ingatkan episod PATI dah habis, bila sampai ke Pulau, ada yang keluar, ada yang masuk, masalahnya yang masuk nak balik lagi ramai. Kena berdiri pulak dalam bot. Sesak, takde ruang. Penjarakkan hancur!!!

 

Akhirnya jam 1.45 ptg sampailah kami. Kelihatan ramai yang dalam keadaan bengis menunggu bot yang tidak kunjung tiba. Masa check in hotel, ada pasangan Mat Saleh hampir-hampir bertumbuk sebab terlalu lama menunggu.

So, hari ni kita round2 ja Pulau Perhentian Kecil.

 


The Bharat, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

 

Disebabkan tidak banyak pilihan hotel mungkin disebabkan cuti umum, saya duduk di sini. Untuk backpack macam saya, harganya agak mahal. Selalunya kalau nak pualau nak basic sahaja tempat tidurnya. Walaubagaimanan oklah resort ni. Ada jeti dan pantai sendiri. So malam-malam boleh lepak hujung jeti. Lagi satu, kat sini ada pondok teksi air, jadi senang nak ke mana-mana.

 

Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

 

Disebabkan jadual dah lari, letak beg di bilik hotel, terus sahaja ke Long Beach untuk makan dan untuk naik ke Windmill Pier. Long Beach ini memamg havoc. Memang meriah. Mungkin disebabkan cuti umum, penuh orang sepanjang pantai walaupun tengahari terik. So kalau yang nak meriah dan cuci mata, boleh duduk sini. Ada dua tiga hotel yang saya perasan yang “high end” dan ada juga “glamping”. Pasal harga makan kat sini, biasalah, mahal. Disebabkan ramainya irang, dekat 1 jam baru sampai air dan 1 jam 30 minit baru sampai makanan. Biasalah tu. Nak buat macamana.

 


Kincir Angin Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

 

Perjalanan berjalan kaki sejauh 1.5 KM sebelum sampai ke Kincir Angin Pulau Perhentian Kecil dari pantai Long Beach. Naik bukit tetapi tak terlalu curam. Naik perlahan-perlahan. Ramai yang viralkan kawasan ini sehingga kawasan wajib jika ke pulau. Kalau nak tahu, Kincir Angin tu dah tak berfungsi. Malah diberitahu solar panel pun tak berfungsi disebabkan berlaku kecurian kabel. Fasiliti di sini sangat berbahaya. Saya akan ceritakan di bawah nanti dengan Panjang lebar.

 

Teluk Keke, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

 

Turun dari Kincir Angin Pulau Perhentian Kecil dalam 6 petang, jadinya saya ambil keputusan nak mandi laut sambil tengok matahari terbenan. Salah satunya di Teluk Keke. Berada di Perhentian Besar, nak ke sini kita naik teksi air. Sampai sampai terus terjun. Dah tak tahan sangat. Tapi malangnya tak dapat nak tengok matahari terbenam sebab cuaca nak hujan dan bot teksi tu kata, kena balik. Kalau hujan atau ribut, berbahaya pula.

 

Mama's Restaurant, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

 

Terletak bersebelahan dengan The Bharat, Pulau Perhentian Besar, ini tempat saya makan malam sepanjang berada di Perhentian. Nak makan di hotel pasti mahal. Makan di sini berpatutuan dan fresh!!!

 

Kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

 

Selama tiga hari di Pulau Perhentian ini saya makan di Kampung Pasir Hantu. Salah satu perkampungan nelayan di pulau ini. Meriah. Banyak kedai makan dan sedap-sedap deh. Yang penting murah. Nak makan di hotel, mahallah. Naik teksi air sahaja ke sini. Terdapat Masjid Ar Rahman yang baru dibina di tepi pantai. Cantik sebab warna putih, bila waktu petang, warna menjadi macam “gold”.

 

Kat sini ada Medan Selera Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil, Perhentian Café dan mini market. Jangan lupa beli roti untuk bagi makan ikan nanti.




 

5 Point Snorkelling, Pulau Perhentian

 

Saya ambil basic 5-point kawasan snorkelling seperti dalam pakej. Mungkin disebabkan orang ramai, kami bertujuh naik teksi bot sahaja yang mana bagi saya tidak selamat dan berbahaya. Disebabkan teksi bot, naik turun untuk snorkelling agak tidak selesa. Kena sentiasa stabilkan bot. Dari segi coral, kebanyakkan hampir mati walaubagaiamana pun ikan banyak.

 

 

Perkara pertama yang saya suka Perhentian, "ikan-ikannya jinak merpati". Cuma bawa roti, keluar bilik, masuk pantai, berkerumun ikan. Kedua, banyak pilihan pantai, semua pasir putih belaka. Yang ketiga, "teksi air".

 

Salah satu benda yang saya suka di Pulau Perhentian ini ialah "teksi air". Bagi saya, murah, cepat, harga berpatutan(dah fix) dan boleh gi mana-mana. Sebut je. "Water taxi" adalah public transport public paling "best" kat sini. Cakap je nak gi mana. Rasa "thrill" melambung-lambung naik bot kecil.

 


Perhentian Island Resort Beach, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

 

Pagi ni lepas layan sarapan pagi Gulai Ikan Tokol dengan Nasi Dagang dekat Kampung Nelayan, pastu mandi di Pantai PIR, saya ambil keputusan untuk ke kawasan kincir angin dari laluan laut pula. Hari pertama dah hiking dekat hampir 2 km dari Long Beach ke Windmill Pier. Bila sampai bawah, ada jeti dekat bawah sekali tapi disebabkan fasiliti tangga yang sangat bahaya, saya tak jadi turun. Dari jeti hotel ke sini, ambil masa kejap sahaja dan perjalanan sehala RM 15. Kawasan ini di Perhentian Kecil.

 




Windmill Pier Jetty, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

 

Tempoh hari, bila dari atas Windmill Pier, melihat ke bawah, Wow!!! memang "magnificent" pemandangannya. Tapi bila dari bawah ikut laluan air/laut, cuba gambarkan dengan batuan pulau dan air jernih yang tenang, memang "superb" view dia. Lawa weh!!!

Dengan ombak yang tidak terlalu kuat, perbezaan warna ke dalaman dasar laut yang menyebabkan perbezaan warna biru gelap dan biru cerah then ada hijau-hijau sikit, serta pokok hutan hujan Khatulistiwa membelakangkan pemandangan, tambah lak biru awan, tempat ni memang berpotensi besar.

 

Macam bangga bila memikirkan betapa indah keindahan yang Allah beri kepada masyarakat Malaysia untuk menikmati pemandangan sebegini. Lagi-lagi hari ni 31st Ogos, lagi terasa kemeriahan Kemerdekaan.

 

Perbagai bentuk batuaan, pokok yang menghijau dan 2-unit Janaelektrik Kincir Angin, keseluruhan kawasan ni memang "viral" untuk dijadikan "feed" media sosial. Selain ada yang snorkeling, ada yang bermain kayak dekat kawasan ni.

 

Cerita dari pemandu teksi, katanya Pulau Perhentian ini dibuka oleh Batin Mina. Menurutnya lagi, orang sini percaya yang Panglima Dayak (makhluk halus) turut membantu membuka pulau ni. Tambahnya lagi, kawasan Windmill Pier ini antara kawasan kediaman Panglima Dayak dan ada orang tempatan yang pernah berjumpa di kawasan. Terdapat banyak gua juga di kawasan ini. Kalau dijadikan cerita mitos, boleh kasi lagi "up" tempat ni boh!!! Banyak aja kawasan pelancongan menggunakan cerita mitos untuk menambah "perisa". Malah ada diletakkan dalam pamplate.

 

Bagi saya, kawasan "Windmill Pier" yang berada di Perhentian Kecil ini banyak potensi untuk dijadikan tarikan bertaraf antarabangsa. Lawa Wey!! Masyuk Ganu macam ni. Boleh tambah income juta juta ni.

 

"Ada juga kemalangan dekat kawasan ni, minggu lepas ada jatuh jeti, tak tahulah macamana" Ayat ini adalah ayat pertama yang keluar dari pemandu teksi air bila sampai di kawasan ini.

 

Niat tulisan ini bukan nak menceritakan keburukan, tetapi jika ada mana-mana pihak yang bertanggungjawab, ambillah tindakan segera untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini di kawasan "Windmill Pier" Ini. #tourismterengganu

Untuk sesiapa yang pernah datang kawasan "Windmill Pier" pasti sedia maklum dan dapat menilai keadaan fasiliti di sini.

 

Kita mulakan dengan tangga. Keadaannya memang sangat merbahayakan. Ada anak tangga yang pecah dan berlubang. Bila turun ke bawah, ada anak tangga yang dah hilang. Ramai yang mengambil risiko untuk melompat anak tangga yang hillang. Kat bawah tu batu tu!!! Kalau jatuh, boleh bawa maut.

 

Kedua, pemegang tangga atau "guard rail". Hampir semua sambungan berkarat dah ada yang patah. Ada yang terdedah tajam dan sangat merbahayakan. Ada yang berani mati nak bergambar bergayut atau duduk di atas palang pemegang yang hampir reput dek sebab berkarat. Kalau tengah duduk, patah, boleh jatuh!!!

 

Ketiga, lantai "pier". Banyak yang pecah dan berlubang yang sangat besar. Seram sejuk bila tengok ramai yang melompat untuk ke lokasi bergambar. Dengan gaun kembang, topi besar, cermin mata gelap, sanggup melompat lubang besar. Bahaya sungguh. Sangat berisiko!!!

Keempat, di bawah sekali "Windmill Pier" ini, terdapat jeti yang telah pecah dan terpisah dari tapak jeti yang telah senget dan separuh tergelam. Ada pelancong yang melompat untuk terjun ke jeti walaupun kelihatan jelas stuktur jeti yang telah pecah sehingga menampakkan tetulang yang tajam. Kalau tersusuk, macamana tu....

Sayang sekali bagi saya, kawasan seindah ini, tapi fasilitinya dalam keadaan berbahaya dan boleh membawa insiden kemalangan. Pelancong yang datang dah tak kisah dah. Asal boleh bergambar untuk "upload" di media sosial. Lompat pun lompatlah.

Tulisan saya bukan niat untuk kondem mana-mana pihak, tetapi sempena kemerdekaan kita ni, Merdeka kanlah fasiliti pelancongan. Ayuh kita jadikan "yang terbaik" untuk industri pelancongan kita. "MALAYSIA PRIHATIN". Jom sediakan fasiliti yang prihatin. Bahaya beb kawasan ni.

 

Ps: Jangan buat apa yang saya buat, disebabkan struktur jeti yang separuh senget dan tenggelam, saya melompat dari teksi ke Jeti dan tergelincir jatuh. Then hampir terhempas kepala dengan anak tangga tajam.




 

Kota Bahru, Kelantan

 

Sobat Kelantan, guano gamok? Ambo tumpung jale Pasar Siti Khadijah deh. Saing royak bare sini comel loteh, manih leting pastu kemah keming. Ambo tumpang lalu, deh.


 

Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan

 

Alhamdulillah, salah satu sebab saya naik ke #KotaBahru sebenarnya nak belikan my Dad sampin baru. Katanya sampin yang ada dah lusuh. Tak cantik kalau pergi majlis kahwin katanya. So paham-pahamlah dah bagi "hint". Hahahaha. Jadi kali ni saya belikan songket asli Kelantan. Saya jenis kalau dah jatuh cinta dengan corak tu, puas lah gawe tukang kedai dok kata ini lagi sesuai, ini lagi cantik. Ini juga pilihan hati. Berbanding corak Songket Terengganu, songket Kelantan banyak corak bunga penuh. Ok kan corak ni?? Tak nampak orang muda sgt? Harap-harap my dad sukalah



Terminal Bas Kota Bahru

Masa untuk balik. Naik bas jam 8.30 malam, sampai Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS), Kuala Lumpur jam 5.00 pagi. 8.00 pagi masuk kerja. Hahahahaha. Layan…

 

Comments

Popular Posts