Thursday, November 6, 2008

Kesihatan : Air mani meleleh bukan memancut

SAYA ada mendengar seloroh rakan mengatakan air mani hanya meleleh dan tidak memancut. Sekarang saya mengalaminya.Dulu ketika bersetubuh, air mani saya memancut, tetapi sekarang ia hanya meleleh.

Apakah masalahnya? Adakah air mani saya mampu memancut semula? Ketika bujang dulu saya sering melakukan onani.

JAWAPAN

Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ‘ejaculatory system’.Bagi lelaki muda, pancutan itu sangat kuat. Manakala bagi lelaki berumur, pancutan kurang dan pengeluaran air mani lebih kepada meleleh daripada memancut.Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut.Ia akan meleleh walaupun lelaki itu muda.Bagaimanapun, lelaki boleh mengawal ejakulasi sambil mengemut ketika melakukan hubungan.Ia akan membuatkan tekanan atau ‘pressure’ dan sistem ejakulasi meningkat. Apabila ejakulasi tercetus, air mani akan memancut.Kekuatan pancutan juga bergantung kepada otot yang mengawal ejakulasi dan didapati hormon testosterone dapat meningkatkan tekanan kepada otot.

Ejakulasi menjadi lebih dinamik apabila lelaki itu diberi hormon testosterone tambahan. Bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sebelum diberi hormon testosterone tambahan.Amalan onani yang terdahulu tidak mempengaruhi kekuatan ejakulasi. Jika onani dilakukan beberapa kali sebelum melakukan seks, sudah tentu ejakulasi ketika seks tidak sehebat ketika onani.Pengeluaran air mani sama ada secara meleleh atau memancut tidak mempengaruhi kesuburan lelaki atau mengawal kehamilan pasangan. Yang mustahak ialah air mani itu mengandungi sperma.

1 comment:

AkuMuzikFilem said...

ini entri fresh dari penulis atau copy paste?