Tuesday, November 11, 2008

Rencana : Sekolah khas untuk mak nyah

YOGYAKARTA - Rumah seorang mak nyah, Maryani menjadi sekolah pendidikan Islam untuk golongan transeksual pertama di Yogyakarta, Indonesia.

Sekolah itu diberi nama Senin-Kamis dan dalam tempoh dua kali seminggu, kira-kira 20 mak nyah yang memakai seluar jeans ketat dan skirt mengunjunginya.

Mereka mengunjunginya untuk belajar membaca al-Quran dan memahami dengan lebih mendalam mengenai agama Islam.

Di negara itu, golongan mak nyah dikenali dengan gelaran waria.
"Waria (mak nyah) adalah juga manusia, kami mahu menjadi orang yang beriman.
"Kami turut mempunyai satu hak untuk pergi ke syurga dan kami mempunyai hak untuk pergi ke neraka.

"Kami perlu mengingati Tuhan kerana kami sudah diberikan kehidupan," kata Maryani.
"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan takdir ini dan saya menjalani hidup seperti ini," jelasnya.

Maryani yang berumur 48 tahun dilahirkan sebagai seorang lelaki dan dibesarkan sebagai penganut agama Kristian Katholik.

Dia menghabiskan masa bertahun-tahun meminum minuman keras dan menawarkan perkhidmatan seks di jalanan sebelum menganut Islam dan kini mempunyai seorang anak angkat perempuan, Rizky Aryani berumur lapan tahun.

Menurut Maryani, kini adalah menjadi tugasnya untuk membawa Islam kepada rakan-rakan mak nyahnya.

Waria di Indonesia juga membawa maksud lelaki yang memilih untuk hidup sebagai wanita.

Sebahagian mereka menjalani pembedahan atau mengambil hormon untuk meningkatkan penampilan kewanitaan termasuk menanam implan bagi memiliki payu dara.Bagaimanapun, mereka tidak melakukan operasi pembedahan untuk menukar jantina.Setakat ini dianggarkan terdapat 300 mak nyah dalam komuniti di Yogyakarta.
Golongan mak nyah menjual tubuh sebagai salah satu daripada punca pendapatan.Mereka mencari pelanggan pada waktu malam di jalanan dan di landasan kereta api.Namun, sekolah Senin-Kamis yang ditubuhkan pada Julai lalu mempunyai polisi untuk tidak memberi khutbah
dan mengelak desakan kepada mak nyah supaya menjadi lelaki sejati atau wanita.

Maryani turut menyatakan dia gembira dengan kehidupannya sekarang dan tidak merancang untuk menjalani pembedahan menukar jantina.

"Saya tidak mahu menjalani pembedahan kerana saya bersyukur kepada Tuhan berhubung apa yang diberikan kepada saya.

"Jika saya telah menjalani pembedahan, saya sebenarnya melanggar kehendak Tuhan," katanya.

Guru-guru di sekolah itu adalah terdiri daripada 25 ustaz dari sebuah sekolah agama yang dikendalikan oleh Hamrolie Harun dan terletak berdekatan rumah Maryani. Seorang guru, Heri Suchaeri yang sudah berkahwin dan mempunyai anak berkata, pada mulanya dia mengajar di
sekolah Senin-Khamis dengan diselubungi dengan perasaan bimbang.

"Tetapi, apabila kami pergi kesana dan kami mengikuti kehidupan mereka, mereka turut mempunyai perasaan, mahu bersolat dan mempunyai Tuhan," katanya.

"Sasaran kami adalah dengan tidak menyatakan anda perlu menjadi seorang lelaki, kami tidak mempunyai hak untuk menyatakan sedemikian," jelas Heri.

Bagi pelajar-pelajar di sekolah itu, terdapat perasaan bersalah dan tentangan dalam sebuah masyarakat.

"Jika anda bertanya kepada saya bahawa keluar pada waktu malan adalah tidak baik, tetapi itu merupakan satu-satu caranya untuk kami memperoleh pendapatan untuk keperluan seharian," kata seorang mak nyah, Tika Aurora.

Dia yang berumur 26 tahun menyatakan demikian berhubung bayaran sebanyak AS$1.86 (RM6.67) bagi mendapatkan khidmat seksnya.

"Prinsip saya adalah jika saya menjalani kehidupan seperti ini pada masa depan,apabila tua, saya masih seperti ini," katanya.

"Kami turut mempunyai harapan seperti wanita lain. Kami berharap untuk hidup dengan seseorang bersama saya, berharap mendapatkan anak lelaki. Hidup seperti manusia biasa," kata Tika.

Bagi pelajar-pelajar itu, sekolah itu memberikan mereka peluang untuk mengikuti ajaran Islam.

9 comments:

aShaBuLz said...

apa kes? erk....mencampurkan yg betol dgn yg salah...hurm..

Khapeace Khalead said...

Biasala, manusia. Tak perfect :)

AMAD said...

sekurang kurang nya diorang masih nak dekat kan diri pada tuhan..ada bagusnya juga ada tempat macam tu...InsyaAllah akan timbul kesedaran apa bila kita dekat dgn Allah ni...Amin!!

PUTUBAMBU said...

salam kenal..!

ish..ish...
mintak2 jgnlah m'sia ada sekolah macam ni yek?

adie-ishmael said...

salam kenal...terima kasih kerana melawat ke my blog... hmm,alhamdulillah...sekurang2nya mereka ada tempat untuk memulakan usaha mendalami agama Islam dari terus berada dalam zone kejahatan yg berpanjangan tanpa ada bimbingan...namun seharusnya kita tidak terlalu liberal untuk menghalalkan apa yg telah dilarang agama...

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA KHAPEACE KHALEAD,

Satu rencana yg bagus bangat. Tapi dari pengamatan saya, ternyata waria-waria itu masih lagi keliru. Bagaimana bisa mereka mahu dekatin diri sama Tuhan walhal pada masa yg sama mereka masih mau mengekalkan identitas mereka sebagai wanita. Mereka ini benar-benar keliru. Hakikatnya mereka adalah lelaki dan sampai kapan pun mereka tidak akan pernah bisa menjadi wanita. Bagaimanakah caranya mereka mau mengerjakan amal ibadah sekiranya mereka berterusan mau jadi kayak begini, misalnya sholat. Adakah mereka akan berjilbab labuh (bertelekung) ketika mau mengerjakan sholat atau bagaimana? Saya amat simpati dengan golongan yg keliru seperti mereka. Hakikatnya, andai mereka benar-benar ikhlas mau dekatin diri mereka sama Tuhan, meeka seharusnya berubah secara tuntas (total). Mereka perlu kembali menzahirkan diri mereka sbg lelaki...karena sesungguhnya merobah ciptaan Tuhan itu berdosa besar hukumnya. Sekadar memberi pendapat. Mohon permisi.

Wassalam.

Khapeace Khalead said...

Kepada Saudara Ishan

Sebenarnya saya pun tak setuju dengan sekolah yang dibangunkan. Tapi bila ada peluang untuk mendekati Allah, itu sudah bagus, mana tahu, Allah bagi omereka pentunjuk, dan mereka berubah semula menjadi lelaki

kami said...

Bagus.. ade nyer kesedaran walau sape pun kita. Percaya pada Tuhan yg satu

uNcLe TiEf said...

giler r..sekolah nie..hahahaha..