Dairi : Selamat Menyambut Awal Muharam 1431/ Tahun Baru 2009

Salam detik 1431/2009, macammana sambutan krismas ari tu, harap semua berjalan lancar. Hari krismas ari tu aku dan kawan-kawan satu tempat  belajar berkumpul kat KL untuk  gi kerja kahwin kawan aku. Walaupun kali ni ramai tak datang kerja kawin tu ( tuan badan tak jemput, so ramai la tak mo pergi) cuma beberapa orang jer datang. Aku pun tak datang, dah org tak jemput.

Tapi aku joint la kekawan walaupun tak la dapat nak joint semua program sebab aku keje hari Jumaat ari tu, so, sorry yek kekawan. Sekarang musim orang kawin, banyak dapat jemputan, tapi yang sedihnya banyak yang tak leh nak gi, sibuk sikit, harap kawan kawan paham, kerja.

Detik 1431/2009 dah nak menjelma, apa agaknya azam kekawan yek. Hari Isnin awal Muharam, jadi kena 2x ganda azam kali ni. Tapi macam posting aku sebelum ni atas tajuk ni, aku jenis tak pasang azam, kalau dah tekad tu, buat je la, tak payah la nak tunggu tunggukan. Cuma tahun ni aku berazam nak cari calon. Hahaha, serius ni.

Ok, sesapa nak tahu pasal Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah, merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Oklah, harap cuti 3 hari ni dapat spent pada benda-benda berfeadah, kikikiki, selamat  bercuti semua. Jangan lupa baca doa awal tahun/akhir tahun ahad ni :)

Comments

Popular Posts