Monday, December 15, 2008

Dairi : Azam Tahun 2009 ? emmmm apa yek

Salam semua, harap semua dah tidur, tetiba tangan ni gatal nak menaip. Sepanjang hari tadi dok kursus ajer, so takleh nak update la blog aku ni. Kursus pun mcm masuk kiri keluar mulut, huhuhuh( sangap la tu maksudnya). Tajuk best, tapi asyik dok ingat tender tak siap lagi kat ofis , emmmm, jadi lain lak yang dipikirkan.

Rasanya, seronok skit dah sihat ni, masa sakit tu, memang sakit-sakit sangat la. Syukur rasanya badan dah sihat semula. Aku pun dah start gi gym balik lepas sebulan tak pegi. Macam mula hidup baru lak, dengan azam baru walaupun tak masuk lagi tahun 2009.

Sebut pasal azam ni, aku ni jenis takdela sangat nak pasang pasang azam sebab aku rasa tak perlu la nak tunggu hujung tahun baru nak memasang, kalau apa yang kita pasang tu jadi takpe, kalau bawak lagi teruk, padahlah maksudnya. Kalau ikut dewan bahasa, azam tu:

Kata/PeribahasaTakrifSumberazamtujuan yg hendak dicapai; apa-apa yg dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan.Kamus Pelajarazam Ikemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah; berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara.Kamus Dewan Edisi Tigaazam IIteramat mulia; isimal ~ nama yg teramat mulia (nama Allah).Kamus Dewan Edisi Tiga

Jadi apa azam kawan-kawan tahun ni? Macamana azam tahun lepas, tercapai tak. Pada pendapat aku bagus la tanam azam ni. Motivasi diri, tapi jangan dok pikir berangan tanam azam tapi tak buat pe pe untuk capai azam tu. Tepuk dada tanya akal memasing.

5 comments:

aShaBuLz said...

azam sy nk bekerja ngan lebih tekun dan dpt kumpul duit!!! hahahaha~

gidong said...

azam saya selalu bahagia .. tu jerr lah hehehehe

Khapeace Khalead said...

Cayok cayok

hadi said...

Hi bro..
Anyway, ape pun fiz nye azam, i hope it can be reached within the targeted time.

Semoga berjaya dalam apa jua yang diimpikan.

Khapeace Khalead said...

Pada Hadi, hope hang pun capai yang hang nak capai. Marik kita jerit cayok cayok