Dairi : Semarak Kemerdekaan dalam Ramadhan/H1N1
Salam kemerdekaan pada semua, salam Ramadhan. Diharap cuti merdeka ni bermakna bagi semua rakyat Malaysia. Tapi aku kalau cuti ni, suka habiskan masa dirumah kalau tak ke mana-mana. Rehat.
Didada akhbar, banyak sungguh mengatakan hal-hal kemerdekaan (kebanyakan akbar berbahasa Melayu) negara kita untuk tempoh ke 52. Cuma kali ni aku tengok banyak penulisan yang lebih terarah ; bagaimana dan apa seterusnya Malaysia selepas 52 tahun kemerdekaan? Aku pun jugak terfikir, agaknya apakah Malaysia selepas ini. Terlalu banyak benda sekarang berlaku di Malaysia, terlalu banyak hal, Malaysia Dulu bukan Malaysia Kini. Masyarakat berubah.
Terdapat ulasan menarik di Utusan, Berita Harian mengenai kemerdekaan tapi aku baca isinya sajer, kekadang isu sama diulang menjadi intipati rencana. Bosan. Cuma diubah jadi ayat bombastik agar laku.
Jujur aku cakap, aku susah la nak percaya dengan politik Malaysia sekarang. Bukan buka pekung di dada, tapi terlalu banyak sangat busuk dari wanginya. Bagi aku, biarla bergolak politik, tapi ekonomi jalan. Tapi aku tengok sekarang, ekonomi Malaysia " Slow Sgt la". Banyak benda kena back in track. Walaupun banyak fakta yang kata kita on track, tapi macam tak betul jer. Janganlah nak berpolitik habis ranap peluang anak bangsa masa depan yang nak hidup kat bumi Malaysia ni.
Berbalik kemerdekaan, bagi aku, merdeka adalah satu yang memeritkan dari menjadi kebangaan. Kenapa kita ada Kemerdekaan. Merdeka tunjuk kita negara lemah dulunya. Merdeka tunjuk kita bekas dijajah dulunya. Merdeka tunjuk kita pernah menjadi hamba dulunya kepada penjajah. Memang patut kita sanjung mereka yang mencari merdeka dahulunya tapi jangan la kita jadikan merdeka untuk kita menjadi orang yang suka dijajah.
Setelah diintai semarak kemerdekaan tahun ini yang sederhana disebabkan menghormati Ramadhan serta serangan virus H1N1, aku terus berfikir dan teruk berfikir, apakah Malaysia selepas ini dengan keadaan negara sekarang? Tepuk dada tanya akal.
Comments