Dairi: Kena bedah lagi da
Salam sabtu, harap semua sihat. Aku baru bangun, masih di atas katil. Sarapan tersedia ada dengan menu hotdog, redbean, tomato, sawi, beras gandum, jem strawberi serta milo panas. Sedap juga ni. Terima kasih pada kekawan yang datang dan ade yang tidur menemani aku kat sini. Terharu den.
Masih berada ditempat sama, bangunan sama, aras sama, jururawat dan doktor yang sama, kali ni aku dijadualkan untuk berada selama tiga hari. Kejap lagi, keluar ler aku.Dah kali kedua aku masuk hospital dalam masa 2 bulan ni. Ujian dari Allah. Kali ini pun aku masih menjalani pembedahan.
Setelah pemeriksaan dibuat pada selasa, didapati gengendang aku bocor dan menyebabkan nanah keluar dari telingga. Pembedahan untuk mengantikan kulit gengendang perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengelakkan nanah masuk ke tengkorak. Patutla aku rasa pening kepala.
Pembedahna kali lebih singkat, dari masa aku bius sehingga aku sedar, 2 jam sahaja. Kali ni takdepun getaran debaran macam tu. Doktor pun tak memberikan panjang lebar pasal bius etc. Aku cakap aku dah pernah dibedah sebelum ni. Diorang paham.
Setelah dibuka balutan pada bahagian kiri telingga aku, habis dicukur, macam kelakarlak. Sebahagian kulit kepala aku disiat bagi mengantikan gegendang yang rosak. Dalam telingga, ada kesan darah kering. Doktor cakap biarkan saja. Nanti benda tu hilang sendiri.
Syukur pada Allah kerana tiada apa yang berlaku sepanjang pembedahan kali ini. Kali ni pun tak sakit sangat, cuma rasa pedih kat telingga kekadang dan badan rasa panas. Tapi semua ok. Thanks pada doktor, jururawat dan kekawan.
Okla, cukup la kali ni. Salam dari bilik 455.
Comments