Kena 'paw' buat kali pertama


Kat sinilah kena 'paw' buat kali pertama dalam hidup. Teringat zaman remaja dulu. Kelakar ada, sedih pun ada cerita ni. Dulu kalau nak naik bas kat Pudu, turun stesen Komuter Kuala Lumpur, akan lalu laluan panjang tepi Ibu Pejabat Pos Malaysia.
Waktu pagi masa tu, sabtu. Tengah lenggang kangkung, baru nak balik asrama. Tiba-tiba kena tarik ke tepi tembok. Katanya nak duit. Pastu siap buka beg, ada tali, ada pisau, ada beberapa helai baju lusuh. Kalau tak mahu bagi, nanti aku cucuk dengan pisau sampai mati katanya.
Tapi masa tu, tak rasa takut, rasa kesian pun yang datang. Tukang 'paw' tampak agak berumur, pakaiannya lusuh lagi tidak terurus. Tapi lagi kesian kat aku, cuma ada RM 10, cukup-cukup tambang bas ekspress balik asrama. Betul takde duit. Duit nak beli jajan pun takde.
Dengan muka ikhlas lagi sadih, aku pun bagitau, saya pun takde duit. Cukup-cukup tambang bas balik asrama. Duit nak makan tengahari pun takde. Dibekalkan cukup untuk tambang bas sahaja. Balik asrama baru makan.
"Ye ke nak, sian lak pakcik tengok, nah RM 1.70, ni aje pakcik ada, dah sarapan ke belum ni anak ni" aku tak ambil duit tu sebab kenapa lak nak ambil. Senyum aje, dalam hati, dah ko kenapa lak ni. Tadi dia nak 'paw', sekarang dia lak nak beri duit.
Katanya, kalau adik ada apa apa masalah kawasan ni, cari pakcik. Belajar rajin-rajin, jangan menyusahkan mak bapak. Jaga solat, jangan jadi macam pakcik. Katanya dia jaga kawasan ini. Apa apa hal, cari pakcik.
Sejak hari tu, tak pernah jumpa lagi pakcik tu. Masa tu tak paham kenapa pakcik ni selekeh dan duduk sini. Bila dewasa, baru paham erti gelandangan. Agaknya pakcik antara gelandangan kawasan ini.
Selalu cakap kat diri sendiri, tak semua orang bertuah. Mungkin kita bertuah dengan dikurniakan suami/isteri, anak anak yang hebat, rumah tersergam, kereta besar etc. Tapi itu mungkin ujian bagi kita sampai kita lupa bahagian orang lain. Pakcik tadi ujiannya begitu pula.

Comments

Popular Posts