Malaysia - Indonesia - Singapura. 7 hari, 80 destinasi, 3 Negara

Me at Henderson Waves, Singapore 

Raffles Place  - TreeTop Walk - The Southern Ridges - Mustafa Center - Farrer Park - City Square Mall - Boat Quay - Clark Quay   - Esplanade - Merlion - Singapore Flyer - Helix Bridge - Marina Bay Sand - Spectra (A Light And Water Show) - Louis Vuitton - Avalon - Henderson Waves - Mount Faber - Chinatown Heritage Centre - Sri Mariamman Temple - People's Park Complex - Chinatown - Little India - Indian Heritage Centre - Tekka Centre - Abdul Gafoor Mosque - Masjid Sultan - Malay Heritage Centre - Bugis Street - Bugis+ - Kwan Im Thong Hood Cho Temple - Masjid Kwan Im Thong Hood Cho Temple - Harbour Front Terminal Ferry - Batam Center Terminal Ferry - Mega Wisata Ocarina Batam - Rumah Kopi Fatmawati - Pantai Kampung Indonesia Ocarina - Coastarina - Masjid Jabal Arafah - Nagoya Hill Shopping Mall - Nagoya One - Pasar Jodoh - Mega Mall Batam Centre - Masjid Raya Batam - Wisma Batam - Pengadilan Negeri Batam - Batam City Council - Batam Mayor's Office - Port of Batam Centre - Johor Bahru International Ferry Terminal - Berjaya Waterfront Mall - Bazaar Karat - Forest City - Nusajaya - Johor Outlet Premium Outlet - Teluk Kemang - Bandar Port Dickson - PD Waterfront City - Klang

Catatan Harian dari 18.12 - 24.12

Singapura

Dari Batam Center Ferry Terminal, kami ke Harbour Front Center. Ferry setiap 15 minit dengan harga 236K Rupiah. Ada dua terminal di Singapore. Satu ke Tanah Merah dan Harbour Front. Jangan tersilap. Tanah Merah berdekatan dengan Changi Airport.

Me at Marina Bay, Singapore

Sampai sahaja di Downtown, Singapura, ingatkan nak solat Jumaat memandangkan banyak masjid di Singapura. Masjid terdekat dari Google Maps ialah Masjid Burhani. Tapi Masjid Burhani tidak ada Solat Jumaat. Cuma ada solat zuhur katanya. Alamak, mcm pelik je. Adakah Masjid Syiah? Saya pun tak pasti, tapi yang pasti zikirnya Ada Ya Hassan Ya Ali.

Me at Masjid Burhani, Singapura

Dari kebingungan, kami bergerak ke Bugis Street. Jalan penuh warna. Saya suka kawasan ni. Banyak kedai-kedai kecil menjual cenderamata dan perbagai barangan. Makan tengahari di sini sahaja sambil melihat orang lalu lalang.

Saya menyusuri dari kedai ke kedai, saja saja buat cuci mata. Kemas dan teratur. . Cuma agak mahal barang di sini. Barangannya dari China juga. Dari sini saya ambil MRT Bencoolen Dan teruskan ke MRT Jalan Besar untuk ke Arab Street.

Me at Louis Vuitton Marina Bay, Singapura

Perjalanan di teruskan Masjid Sultan. Walaupun banyak Kali ke Singapura ini pertama kali jejak di masjid ini. Masjidnya nampak kecil dari luar, tapi luas di dalamnya. Bentuk dalam seakan Gothic, sekali pandang seakan gereja. Warna hijau penuh sederhana. Terletak di celah celah bangunan sekitar Arab Street, penuh kedai mamak untuk sesiapa yang berhajat.

Me at Chinatown, Singapore

Dicelah celah jalan, banyak lorong dihias bersih dengan kedai hipster dengan bangunan kedai Cina. Ramai orang berhenti bergambar menjadikan kawasan sesak. Antaranya dia Muscat Street, Hj Ln dan beberapa lorong kecil.

Me at MRT Bugis, Singapore

Untuk mengambil gambar2 jenis street photography, saya teruskan perjalanan ke Little India. Dari MRT Bugis ke MRT Little India. Persinggahan pertama Tekka Market atau Pasar Jalan Kerbau. Inilah tempat saya makan pertama kali bila sampai ke Singapura.

Kawasan antara Bukit Timah dan Serangoon, banyak kedai India Muslim untuk sesiapa nak mencuba Murtabak dan Cendol. Penuh kedai-kedai berbangsa India tapi orang yang datang berbilang bangsa. Datang sini saya pekena Teh Halia dengan Roti Bawang dekat Fatimah Stall sambil dengar irama Bollywood.

Dari Bugis, ke Arab, kemudian ke India, kini di China pula. Keluar dari MRT, destinasi pertama adalah People's Food Center. Bermula sebagai tempat perlindungan bagi penjaja Chinatown. Pada 1923, tempat ni adalah Pasar terbesar di Singapura dan pernah berapa kali terbakar.

Melintasi dari MRT China Town ke Maxwell, lalu di kawasan China Heritage Park. Kawasan yang penuh dengan rumah kedai Cina yang di cat kemas. Cantik untuk dijadikan tempat untuk berfoto. Sepanjang kira2 1 Kilometer, di akhirnya Kuil Sri Mariamman yang terkenal.

Me at Clarke Quay, Singapore

Dari Maxwell Road saya terus ke Henderson Waves. Penat juga, naik bukit. Naik bas 145 turun di Mount Faber. Kalau nak pegi, waktu malam cantik. Dengan lampu. Ramai orang masih berjogging walaupun dah malam. Tenang. Dari jauh tampak Sentosa Island dan bandar Singapura di arah berlawanan. Percuma. Track ni secara keseluruhan 3.2 KM, penat beb.

Batam

Setenang air laut, sesegar udara pantai, segelap cahaya kelipan Batam, tenang dan damai. Nyaman Pak di sini. Berada di Pantai Coastarina sambil diiringi lagu-lagu aliran alternative Indonesia seperti Nidji, memang khayal rasanya. Pantai dengan waterfront, kawasan ini agak sunyi, walaupun ada kedai makan, taman kanan-kanak dan roda ferris. Keadaan agak suram. Mungkin hari bekerja.

Minum Black Coffee bersama turun matahari di Pantai Coastarina, #Batam, #Indonesia. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari pusat Nagoya Hill. Guna #Grab, dalam RP 25K, tapi masuk seorang RP 10K. Minum kopi di #RumahKopiFatmawati, harganya seperti di #starbuck. Boleh tahan mahal. Menangis sekejap. Kedai Kopi ni terletak dalam 70 meter dari tepi pantai.

Me at Pantai Coastarina, Batam, Indonesia

Di sini, teksi agak tertekan dengan kehadiran Grab, Go-Jek, Uber etc. Berbual dengan pemandu, walaupun kerajaan pusat telah benarkan, tapi Gabenor Batam masih tidak memberi kata dua. Kesannya, beberapa kali pergaduhan belaku.

Katanya lagi, Batam ramai orang luar. Orang asal Riau banyak di pinggir pantai. Di sini banyak bengkel kapal laut. Orang kapal selalu turun untuk "massage", "pub" dan makan-makan makanan laut.

Secara amnya, Batam tak seperti kota Indonesia yang pernah saya kunjungi. Keadaan bangunan tidak padat dan banyak ruang. Tapi seperti bandar Asia, masalah utama adalah pengangkutan. Kebanyakan adalah teksi dan angkutan. Penuh jalanaraya dengan Go Jek.


Me at Pantai Coastarina, Batam, Indonesia

Balik dari Pantai Coastarina, naik Grab orang asal Jawa. Katanya hati-hati dengan orang Batam. Ramai yang "penjilat". Maknanya orang yang ikut ikutan untuk dapatkan duit. Katanya mau senang, ambil saja orang Florens. Gelap orangnya Pak. Macam-macam pula.

Inilah Nagota Hill Superblock, Batam, Indonesia. Katanya pasaraya terbesar di Batam. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit dari Batam Center Ferry Terminal. Grab still haram di sini. So jaga jaga.


Me at Wisma Batam - Pengadilan Negeri Batam, Batam, Indonesia

Tadi masa sampai, kena sound dengan abang long teksi-teksi. Bayangkan, naik Grab 24K Rupiah shj, naik teksi, 70K Rupiah. 3 kali ganda!!! Jadi mcm biasa, terpaksa keluar jauh dari Batam Center Ferry Terminal sampailah ke Masjid Agung Batam.

Sepanjang perjalanan, teksi, motor, van, semua dok tanya nak pergi mana. Saya faham, tapi kadang-kadang terlalu mendesak, jadi marah pulak.

Me at Nagoya Hill, Batam, Indonesia

Berbalik pada #Nagoyahill, pasaraya besar. Pelbagai barangan. Ke sini dahulu sbbnya akan stay kawasan ni. Luas. Tapi mungkin hari bekerja, tidak terlalu sesak. Katanya pasaraya terbesar di #Batam.


Me at Nagoya Hill, Batam, Indonesia

Untuk sesiapa yang nak tahun macamana nak pergi Batam dari Stulang feri seawal jam 8, tapi, 1 jam sebelum, tiket/badan kena ada di pintu masuk. So, terpaksa ambil yang 8.45 pagi. Kami ke Batam dari Terminal Stulang Laut, Berjaya Waterfront. Ada 3 terminal ke Batam, jadi pilihlah yang betul.
Tiket dalam RM 88 termasuk tax. 

Feri setiap 45 minit, perjalanan mengambil masa 120 minit. Keadaan agak tenang. Mungkin bot pagi. Banyak kerusi kosong. Feri nampak selamat dan teratur.
Sampai di Jeti, agak kagum juga. Not my expectations. Saya mengaindaikan pekan kecil, tapi lebih besar dari Jeti Kuah. Mungkin disebabkan ada perjalanan antarabangsa, terminal lebih moden dan bersih. Keluar shj, ada pasaraya besar dan dikelilingi pusat komersial.

Johor

Geram ni. Mana nak makan dulu ni. Melahap adalah bahagian paling best masa travel. First time jejak Kilang Bateri ni.

Kita mulakan dengan Kacang Pol, jujur, ini kali pertama makan. Sedap beb. Dengan rotinya, kuahnya. Marvelous. 


Me at Kilang Bateri, Johor, Malaysia

Then kita cuba Soto Ayam Nasi Impit Ustaz, bolehlah. Tak puas hati, kita bedal Mee Rebus Hj Wahid. Kenyang beb. Tapi jujur, not my expectations. Agak kurang.


Me at Johor Premium Outlet, Johor, Malaysia

Lepas kena jeling awek JB, terbeli Dim Sum anak dara pinggitan JB. Murah. 1 dish, RM 3.90. Air kita pekena Jus Buah Naga takde gula. Malam ni tidur matilah, esok pagi2 nak bertolak gi Batam.

Lama tak bertandang ke sini. Sambil menjamu mata Negara Bangsa JDT

Comments

Popular Posts