Catatan hari ketiga (Thailand, Laos, Myanmar) - 25/2/18




Catatan hari ketiga (Thailand, Laos, Myanmar) - 25/2/18
Mae Sai Border Checkpoint, Thailand Border
Kami masuk ke Myanmar melalai jalan darat. Cuma nak singgah sahaja. Nak rasa macam keadaan di sana. Tiada bayaran dikenakan dan tanpa sebarang masalah.
Thailand - Myanmar Border (Ruak River)
Border dipisahkan dengan Ruak River. Kami berjalan kami melintasi sungai. Tak besar mana pun sungai. Sebahagian sungai kiri kanan rumah bertingkat. Boleh main-main baling barang sahaja.
Pemanduan di Thailand dan Myanmar berbeza, banyak kali kereta dan motor hampir terlanggar disebabkan nak menukar lorong.
Tachileik, Myanmar (Burma) Myanmar Immigration Border
Good Morning dari Myanmar. Baru masuk border dah kena "pau", 500 baht bila nak masuk ke Myamar. Dasyat. Kami bersembilan orang, so 4500 baht. Nak jadikan cerita, boleh pula salah seorang dari kami minta diskaun. Alamak, korang ni.
Macam-macam. Kesudahannya kami disoal siasat ke dalam bilik hijau. Lagi parah salah seorang dari kami ambil video (sape suruh) semasa melalui border. Habis semua gambar diperiksa.
Lepas dibawa bilik sempit hijau, akhirnya bayar sahajalah seorang 500 baht. Habis cerita. Tapi passport kami diambil. Risau jadinya. Ada karang kena culik kat sini. Dibaginya cuma sehelai kertas hijau. Masing2 redha sahajalah.Bagi duit di sini terang-terangan. Mungkin caranya di sini begini.
Tachileik, Myanmar
Cuaca di sini agak sejuk. Pemanduan belah kiri. Tampak berbeza dari Thailand antara Myanmar. Nampak lebih ramai berbaju tentera, berkain pelikat lelakinya. Barangan antara sempadan pun nampak berbeza. Nampak macam stress je di Myanmar.
Saya kurang tahu pasal Buddha tapi di Myanmar "Monk" lebih ramai dan berbaju merah gelap. Orangnya lelaki perempuan pakai bedak sejuk. Ada juga nampak beberapa kedai atau restaurant Muslim.
Memorial Park, Tachileik, Myanmar
Sempat singgah di Memorial Park, Tachileik, Myanmar tapi saya kurang pasti tempat ni. Sempat singgah di pasar pagi sekitar kawasan ini. Kebanyakan menjual buah buahan selain baju dan barang elektronik.
Doi Tung Royal Palace
Bye bye Triangle Golden Gate. Dalam dua hari ini, Alhamdulillah sempat singgah Laos dan Myanmar tanpa sebarang masalah. Destinasi terakhir sebelum bertolak balik perjalanan 5 jam ke Chiang Mai. Doi Tung Royal Palace, Mea Fah Luang Garden dan Doi Tung Tree Canopy Walk.
The Doi Tung royal villa, residence Mother Srinagarindra. Villa ini dibina untuk "summer residence" dan sekarang muzium yang boleh dilawati. Tempat ni dijaga baik. Licin kayu berkilat. Di sini kena berpakaian menutup aurat dan tak boleh ambil gambar.
Mea Fah Luang Garden
Taman botanical di lereng bukit, The Doi Tung royal villa. Setiap lawatan dengan harga berbeza. Kawasan ini seperti kompleks. Cuma kena bertahan, jalan antara tempat agak jauh. Kena jalan kaki.
Bayaran adalah berbeza-beza, ada tiket lump sump, boleh juga beli satu-satu. Satu tempat dalam 90 baht. Cuma kedai cenderamatanya agak mahal. Tapi biasa, pusat tarikan pelancongan.
Choui Fong Tea, Mae Chan Tea House & Plantation
Selepas berpenat lelah di Doi Tung Royal Palace, singgah jap di Choui Fong Tea, Mae Chan Tea House & Plantation. Tempat ni perjalanan balik ke Chiang Mai. Jadi kami ambil peluang untuk singgah.
Walaupun kawasan tak seluas Cameron Highland, mcm tempat baru dibuka. Macam lebih pusat tarikan. Cantik tempat ni. Kemas. Ada kedai teh ala ala Boh Tea Plantation. Cumanya ramai orang di cafenya.
Dari jauh, nampak juga beberapa buah lagi cafe. Cumanya kami sampai waktu tengahari. Agak panas terik juga. Cuma beberapa orang berada ditengah ladang nak mengambil gambar.
Chiang Rai ke Chiang Mai
Lepas ni ke Tea Plantation, pastu berlepas balik. Alamak 5 jam perjalanan, sakit belakang. Perjalanan keluar dari Chiang Rai agak sesak, begitu juga bila mula masuk ke Chiang Mai.
Perjalanan lancar, beberapa kali singgah di RnR. Tandas percuma dan sangat bersih. Hebat orang Thailand.
Khuntoke Halal Restaurant
Sampai di Chiang Mai, kami sekumpulan makan dia Khuntoke Halal Restaurant. Ramai juga Malaysia di sini. Kawasan makan yang selesa dan kami duduk bersila.
Sambil makan kami dihidangkan dengan tarian traditional Thailand. Yang menariknya setiap persembahan ada cerita. Cumanya tak fokus sebab lapar tak makan tengahari.
Makanannya sekepala 300 baht. Ada ikan 3 rasa, tom yam putih, som tam, ayam Kari, ulam, budu, cencalok, Nasi putih, buah buahan dan macam-macam lagi. Siap tambah. Kami bertolak awal balik sebab nak kejar Hard Rock dengan Night Bazzar.
Hard Rock Cafe Chiang Mai
Disebabkan ramai yang minat, kita singgahlah sebentar. Betul2 bersebelah dengan pusat tarikan.
Chiang Mai Night Bazar
Kawasannya meluas banyak tempat, kali ini lebih banyak pilihan. Harganya juga murah dari Chiang Rai. Meriah, ramai pelancong asing. Riuh rendah. Kat sini belikan buah tangan untuk family.
Lepas ni pergi massage. Jom kita.Ehem Ehem....
Untuk lebih info, boleh ke Swarm dengan ID Fairus Khafiz untuk perjalanan, IG Fairus Khafiz untuk lebih gambar, Facebook Manager dengan ID Fairus Khafiz Photo untuk info perjalanan.

Comments

Popular Posts