Catatan Hari Pertama 23/2/18 - Thailand, Myanmar, Laos
Catatan Hari Pertama 23/2/18
Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai
Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai bukan seperti sangkakan. Pada mulanya, saya rasakan keadaannya seperti Bangkok yang hiruk piruk, tapi agak meleset. Chiang Mai lebih tenang, selesa dan kurang sesak. Jalannya selesa, teratur dan bersih (mungkin awal pagi). Tiada hon2 sepanjang jalan.
Wat Phra That Doi Suthep
Terus dari lapangan terbang, kami bergerak ke Doi Suthep–Pui National Park.Kawasan ini menempatkan Wat Phra That Doi Suthep, Buddhist temple, dan Bhubing Palace, Istana Musim Sejuk King Bhumibol Adulyadejand dan keluarga.
Sepanjang mendaki, pemandangan kiri kanan adalah pokok-pokok "tropical savanna climate" yang kering. Jaraknya sekitar 30 ke 40 minit dari lapangan terbang. Jalan agak berselekoh tapi keadaan jalan dalam keadaan sangat baik.
Sampai2, beratur untuk tiket kabel car. Boleh jalan kaki kalau larat. Walaupun Jumaat, orang agak ramai. Takdelah tinggi sangat. Kebanyakannya pelancong China. Meriah dan binggit.
Di atas puncak bukit, satu kompleks Buddha. Agak besar, cukup dgn kedai cenderamata, kafe, dan pemandangan Chiang Mai dari atas bukit. Walaupun bagaimana pun, keadaan berkabus (jerebu) mencacatkam pemandangan. Ini kali pertama kali saya lihat Patung Buddha dibuat dari Jed.
Kebanyakan kenderaan awam di sini seakan Jeepneys di Filipina. Tiket juga jelas ditunjukkan bagi memudahkan pelancong. Mungkin official teks atau bas mini. Semua diwarnakan merah. Tampak bersih dan meyakinkan. Setakat ni cara pemanduan masyarakat sini, baik dan tak tergesa-gesa.
Kedai Makan Halal Chashu Noodle
Lepas turun dari Wat Phra That Doi Suthep, perjalanan diteruskan untuk makan tengahari. Banyak kedai halal sekitar Chiang Mai. Walaupun bagaimana pun mungkin selera tak kena, rasa berapa sedap. Makan Mee Kari rasanya. Yang sedapnya Kopi Ais, manis sangat-sangat. Kalau nak minum, kena dengan ais, kalau tak boleh naik kencing manis.
The Phae Gate
Singgah sebentar antara 4 gate paling popular di Chiang Mai. Pintu masuk kota lama yang masih ada di tengah kota. Dikelilingi terusan, tampak kesan runtuhan. Cuma singgah sebentar ambil-ambil gambar.
Perjalanan dari Chiang Mai ke Chiang Rai
Perjalanan sejauh hampir 200KM dengan jarak perjalanan hampir 3 jam 30 minit. Melalui lebuhraya tanpa tol, perjalanan amat baik sekali. Walaupun terdapat sedikit kesesakan disebabkan naik taraf jalan raya. Cuaca di sini amat panas dan kering.
Sampai sahaja di sempadan Chiang Rai, perjalanan melalui Khun Chae National Park. Mungkin cuaca panas, seperti melalui kawasan musim luruh kawasan ini. Jalan mula banyak selekoh.
Mae Kachan Hot Spring and Geyser
Dalam perjalanan ke Chiang Rai, singgah sebentar di sini. Seperti kawasan rehat, ada beberapa telaga air panas. Ramai penjual telur puyuh/ayam sekitar telaga, selain kedai makan, cenderamata dan pakaian. Dia punya telaga air panasnya, membuak-buak macam air pancut.
White Temple, Wat Rong Khun
Wat Rong Khun atau dikenali White Temple merupakan privately-owned Buddhist Temple yang dibina pada 1997 oleh Chalermchai Kositpipat. Dibina atas duit poket sendiri, tempat ni antara menjadi tarikan utama di Chiang Rai. Walaupun sudah lama dibuka, kawasan sekitar sangat bersih dan teratur.
Kompleks terbahagi ubosot, a hall of relics, meditation hall, art gallery, dan kuartes untuk monks pernah dilanda gempa bumi dan terdapat bahagian yang tidak dapat dibina semula disebabkan kerosakan teruk.
Bandar Chiang Rai
Kehadiran kami disambut hujan dengan angin kuat. Beberapa jalan tutup kerana banjir kilat dan pokok tumbang. Jalan agak sesak disekitar bandar mungkin disebabkan hujan. Bukannya bandar besar, kiri kanan jalan Chiang Rai dipenuhi kedai-kedai. Kebanyakan jalan cuma satu lane menambahkan kelewatan. Kalau ikutkan dah terlambat dari jadual asal.
Pa Yai Muslim Restaurant
Ya Allah, pedasnya!!! First time makan Nasi Putih Daging Chiang Rai. Berhingus. Tak boleh teruskan beb. Pedas!!! Satu benda yang kami perasan, portion makanan kat sini setengah dari kita di Malaysia. Ingatkan masa di Chiang Mai, memang kedai tu bagi skit. Kalau kat Malaysia tak cukup ni.
Satu lagi, masing-masing ingatkan nak pelahap Tom Yam, rupanya kawasan ni, Tom Yam tidak available. Banyak kat sini, ayam atau daging, mungkin juga Mee. Nasi Goreng kat sini diperah limau nipis. Tapi satu yang sama kat Malaysia, roti telur bubuh susu sejat.
Kopi susu dengan teh susu memang terbaik. Tapi igt, klu yang sejuk, kena dengan ais yang banyak. Manis gila babas. Boleh terbabas gula dalam badan.
Center Point Night Bazzar
Tidak jauh dari hotel, betul2 di tengah kawasan bandar, perjalanan diteruskan dengan menerusi Night Bazzar. Seakan-akan downtown di Kuala Lumpur, tapi lebih "local". Banyak produk hand made yang murah-murah. Seronok tengok.
Dari baju, kraftangan, massage center sehinggalah gerai jus, meriah rasanya. Di tengah-tengah Bazzar, terdapat restaurant yang dihiburkan dengan penyanyi tempatan dan persembahan kebudayaan. Malah yang seronoknya, ramai pekedai memakai pakaian traditional. Menarik sekali.
Bagi pengamatan saya, harga-harga di sini agak murah, rambang mata. Tapi memandangkan saya bukan jenis nak membeli, setakat melihat sahaja. Perjalanan diteruskan dengan urut kaki. Syok!!!
Untuk lebih info, boleh ke Swarm dengan ID Fairus Khafiz untuk perjalanan, IG Fairus Khafiz untuk lebih gambar, Facebook Manager dengan ID Fairus Khafiz Photo untuk info perjalanan.
Comments