My Catatan: Tokyo-Kyoto-Kobe-Osaka (Day 3 - 18/1/19)

Day 3 - Tokyo - Osaka (19/1/2019)


Meiji Jingu, Shibuya
Hari ni kita bertolak keluar menjelajah Tokyo lewat skit. Kaki agak sakit sebab semalam banyak berjalan. Badan pun agak panas. Untuk hari ini kita akan pergi tarikan yang lebih kepada kawasan sosial masyarakat Tokyo amnya.


Destinasi pertama, Meiji Jingu. Hampir dengan Shinjuka, komples ini bersebelah Shibuya. Komplek yang agak besar, Meiji Jingu, yang terletak di Shibuya, Tokyo adalah kuil Shinto yang didedikasikan kepada roh-roh Kaisar Meiji dan isterinya, Empress Shōken.


Meiji terletak di hutan yang meliputi kawasan seluas 70 hektar (170 ekar). Kawasan ini diliputi oleh hutan hijau yang terdiri daripada 120,000 pokok daripada 365 spesies yang berbeza, yang disumbangkan oleh orang-orang dari semua bahagian Jepun apabila kuil itu ditubuhkan.


Hutan ini banyak dikunjungi sebagai kawasan rekreasi dan bersantai di pusat Tokyo. Pintu masuk ke kompleks kuil membawa melalui jambatan Jingu Bashi. Kuil Meiji bersebelahan dengan Taman Yoyogi yang bersama-sama adalah kawasan berhutan besar.


Naien, Meiju Jingu
Naien adalah kawasan dalam, yang berpusat pada bangunan kuil dan termasuk sebuah muzium harta yang menempatkan artikel Kaisar dan Maharani. Muzium harta tanah dibina di Azekurazukuristyle.
Semasa di sini, terdapat upacara sedang dijalankan. Saya tak pasti upacara apa tapi ramai orang ke sini pagi-pagi ini.


Gaien, Meiju Jingu
Gaien adalah kawasan luar, yang termasuk Galeri Gambar Memorial Meiji yang menempatkan koleksi 80 mural besar ilustrasi peristiwa-peristiwa dalam kehidupan Maharaja dan permaisurinya.
Ia juga termasuk pelbagai kemudahan sukan, termasuk Stadium Nasional (Stadium Meiji Jingu Gaien dan kemudian, sejak 1956, di tapak yang sama, Stadium Olimpik Tokyo)


Kerana dek kawasan ini terlalu luas, tak semua tempat boleh sampai. Cuma pergi yang wajib sahaja. Lepas tu terus ke Shibuya berjalan kaki untuk ke Harajuku dan Takeshita.


Harujaku Street, Shibuya
Selepas berjalan kaki keluar dari Meiji, terus ke Harujaku. Jalan kecil ditengah tengah antara bangunan ni lebih kepada menjual pakaian dengan dengan pereka tempatan. Ramai yang bergaya dan berpakaian ala punk memenuhi jalan ini. Walaubagaimanapun, mungkin terlalu awal, banyak kedao masih tutup dan agak kurang.


Main street Shibuya
Disepanjang jalan Shibuya dipenuhu dengan kedai-kedai berjenama dan juga tempatan. Kalau nak "shopping" barangan terkenal, mungkin boleh ke sini. Banyak "mall".
Sepanjang jalan kat sini, banyak kawasan orang beratur, tak tahulah kenapa. Macam pelik juga. Tapi mungkin menunggu kedai yang hendak dilawati untuk dibuka atau mungkin ada promosi. Dan yang paling seronok, kita akan jumpa ramai yang berpakaian "trendy" di sini. Punk, ada juga yang agak pelik.


Takeshita Street, Shibuya
Kawasan ni seperti ni pasar terbuka di Ueno, cumanya barang tiruan kurang sedikit tapi lebih meriah. Tapi mungkin hari Sabtu. Sepanjang jalan beratus-ratus orang memenuhi kawasan ini. Dari pakaian, makanan, dan pelbagai barangan menarik sepanjang jalan.
Sepanjang jalan, banyak kedai yang mengadakan lelong. Ada kedai menjual baju "second hand". Sangat- sangat meriah.


Tokyo Mosque, Tokyo Camii & Turkish Culture Center, Shibuya
Indahnya syiar Islam, di celah-celah kota Tokyo, ada nur Islam di dalam kejiranan masyarakat yang mengamalkan Shinto and Buddhism kebanyakkan di sini.


Semalam saya sempat ke Masjid Assalam Okachimachi, hari ni saya diberi peluang ke Masjid Tokyo di kawasan Shibuya, Tokyo. Lagi hebat, masa saya bersolat di sini, ada kelas pengajian sedang berlangsung yang diajar orang Jepun. Alhamdulillah. Hebat, masyarakat Islam di sini.


The Imperial Palace, Chiyoda
Berada di Chiyoda, kawasan The Imperial Palace hanya boleh sampai di pintu masuk sahaja. Di keliling kawasan ini terdapat taman. Kawasan ni jauh berbeza dari kawasan sekitar Tokyo. Lebih sunyi dan lengang. Lebih skema.


Dikelilingi kawasan The Imperial Palace ialah terusan. Refleksi pada air pada bangunan tinggi mengelilingi istana ini membuatkan kawasan istana seperti betul-betul terasing. Cantik.


Akihabara Vending Machine Crazy
Kawasan pertama yang saya lawat apabila sampai di Akihabara. Seberang sungai, tepi stesen Akihabara. Jepun terkenal dengan "Vending Machine". Kadanga-kadang lokasi mesin ni macam tak logik. Pernah jumpa betul-betul tepi jalan. Saya ke sini nak tengok mesin-mesin pelik yang boleh kita geleng kepala.


Mandarake Complex, Akihabara
Antara pusat rangkaian anime terbesar di Tokyo. Kepada pengumpul "action figures", tempat ni memang hebat. Ada 8 tingkat keseluruhannya dan menempatkan pelbagai genre dari normal sampai tak normal. Kompleks terlalu besar sehingga tak boleh nak lawat semua.
Don Quijote, Akhibara
Pada sesiapa yang nak beli cenderamata berbentuk makanan, saya cadangkan ke sini. Banyak lokasi di sekitar Tokyo, saya ambil keputusan untuk datang kedai Don Quijote di Akhibara.


Akiba Cultures Zone, Akihabara
Menepatkan pelbagai "action figures". Tak sempat nak pusing semua. Tengok-tengok sahaja.


Akihabara Gamers Main Store
Dah tengok anime, kita singgah ke kawasan untuk kaki "gamers".
Radio Kaikon, Akihabara
Seperti kedai-kedai sekitar Akhibara. Menepatkan pelbagai "action figures". Tak sempat nak pusing semua. Tengok-tengok sahaja.


Waku Waku Toro, Akihabara
Untuk yang minat dengan "printed" t-shirt boleh datang sini. Tidak jauh dauh Radio Kaikon
Yodobashi Camera AKIBA, Akihabara
Besar sangat beb. Macam macam barangan elektronik. Tak larat nak pusing. Tengok-tengok sahaja.


Tokyo Disneyland Terminal Bus
Malam ni akan bertolak ke Kyoto. Dah hari ketiga baru kena sumpahan "train" di Tokyo. Disebabkan Google Map tidak dapat berfungsi dengan tepat, nak balik ke Shinjuku untuk ambil beg dari Akhirabara sesat. Memang menyakitkan hati. Masuk train ni, keluar train ni. Semua salah. Sampai satu tahap, "fed up". Dalam sejuk meenari jalan. Akhirnya sampai juga.
Rupanya sumpahan tak terhenti kat Shinjuka. Perjalanan dari Shinjuku ke Tokyo Disney Bus Terminal lagi teruk. Di sebabkan stesen Shinjuku terlalu besar, keliru nak cari laluan "train" yang betul. Pelbagai laluan tanpa bantuan "Google Map" yang bermasalah menyukar stesen yanh betul. Betul-betul bengan tadi. Dengan bawa beg lagi, dengan cuaca sejuk.
Akhirnya berjaya juga, dari Shinjuku, menaiki laluan Marunouchi, pindah ke laluan Hibara. Sampai di JR Hibara, sekali ambilkau, semua bahasa Jepun papan tanda laluan. Tekan mesin tiket, semua harga sahaja, nak rujuk stesen, jadi keliru. Dengan bantuan pekerja JR, akhirnya dapat juga tiket. Rupanya laluan JR ke Maihama Station, dengan Keiyo Line beli berdasarkan harga tetap setiap jarak.
Bila sampai Maihama, lagi satu hal, takde langsung petunjuk ke Terminal Bas Expressway. Sakit hati. Tanya orang, tak boleh tolong, bila tanya pekerja, boleh bagi bahasa isyarat sahaja. Letihlah juga keliling Disneyland Tokyo. Lagi bengang, dahlah tak jumpa mana stesennya, lagu latar belakang Disneyland tak habis habis membingitkan telinga.
Dengan bantuan pekerja, akhirnya sampai juga. Betul betul 10 minit sebelum perjalanan. Kalau tak, duduklah Tokyo lagi.

Comments

Popular Posts