My Catatan: Tokyo-Kyoto-Kobe-Osaka (Day 1 - 16/1/19)
Day 1 - Tokyo (17/1/2019)
Haneda Airport International, Tokyo
Perjalanan bermula jam 14:25 dari KLIA2. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan flight tak penuh, sebelah pun orang duduk. Sampai di Haneda awal 20 minit. Perbezaan waktu Tokyo dengan Kuala Lumpur 1 jam.
Tepat jam 10 malam waktu Tokyo dengan 7c, terasa angin sejuk. Malam ni tidur di sini sahaja. Bergelandanganlah kami. Penuh orang. Lagi sekali, macam di Australia, saya ditahan di "custom". Kena soal siasat, jika ada bawa barangan terlarang etc. Kena check seluruh badan. Beg kena periksa. Tanya ada bawa senjata api dan macam macam lagi. Adakah disebabkan janggut aku?
Hampir 15 minit, semua selesai, terus ke Tourist Center. Saya ambil pass train untuk tiga hari terus khas utk "tourist". 1500 yen. Di sini juga disediakan tempat solat di aras 3. Siap ada interkom nak masuk. Tak boleh duduk sini lama lama, ada penjaga yang akan periksa. Lepas solat terus cari "port" tidur. Level 3 memang penuh, jadinya kami lepak di level 2. Banyak kosong.
Tandas. shower room, 7E, charging station, semua ada. Ini kali pertama pakai tandas di Jepun, canggih betul. Mangkuk tandasnya siap dipanaskan dan boleh siap kawal kelajuan air pancur dan pengering. Berangin. Hebatkan.
Sepanjang lepak dan tidur di Haneda, semuanya bersih, tertib. Terasa "vibrant" cara kerja masyarakat Jepun, dari Immigration sampailah pekerja am. Cumanya terganggu dengan bunyi mesin-mesin yang bercakap-cakap secara berterusan. Banyak sangat "vending maching" kawasan level 2 ni.
Tokyo Monorail - Haneda - Hamamatsunho Station
Perjalanan bermula dari jam 6 pagi. Dari Haneda Airport saya ambil Tokyo Monoroil sehingga Hamama Station. 490 yen. Kalau dah ambil pass Tokyo Metro dengan Toei, laluan ini paling murah. Lepas ni dah tak perlu beli tiket. Perjalanan mengambil masa 20 minit dan kebanyakkan melalui kawasan air. Cumanya tak berapa jelas disebabkan cuaca masih gelap.
Oedo Line Daimon Station
Jarak dalam 290 meter dari Hamamatsunho Station. Pertukaran untuk ke Shinjuku Station. Masa ni baru keluar rasa cuaca Tokyo yamh sebenar. 5C. Sejuk beb. Walaupun dah pakai semua baju dalam dgn seluar, masih sejuknya terasa.
Shinjuku Station, Shinjuku
Dalam perjalanan ke Skytree Tokyo, klu kita bersesak sesak naik LRT di KL, kat sini lagi dasyat. Kalau orang kata tin sardin tu padat, kali ni tahap lagi dasyat. Sampai tak boleh bernafas. Selagi boleh tolak, masuk dan masuk. Tapi taklah ganas. Tak berebut. Cuba dia punya "push" tu lain macam. Yang dalam "train" akan keluar dulu, yang luar akan tunggu. Menyeksakan betul. Dahlah tersilap arah, lagi parah. Kena patah balik.
Tokyo Skytree, Sumida
Salah lokasi wajib bagi saya. Kalau ke mana-mana saya suka naik tower pada hari pertama. Orang kata nak tangok dari atas apa yang kita nak lawat.
Bermula dengan 2040 yen (mahal wei!!!), Tokyo Skytree antara menara telekomunikasi yang mempunyai aras tinjau yang banyak. Cumanya untuk naik ke atas, kena tambah lagi duit.
Pagi ni penuh dengan budak sekolah. Pekerja kat sini memang terbaik. Cumanya banyak spot dijadikan kawasan bergambar berbayar, jadi kawasan tinjau terhad. Lagipun cuma satu aras sahaja yang memberikan pemandangan 360. Aras lain terdiri daripada cafe.
Asakusa Station, Asakusa
Memang agak mengelirukan dan pening kepala sistem "train" kat sini. Terlalu banyak "line" dengan operator yang berbeza-beza. Di Tokyo sahaja, ada Tokyo Metro, Toie Subways dan macam biasa JR. Tak semua tiket boleh guna. Itu belum lagi, lain lain operator. Agak mengelirukan.
Asakusa, Taito
Merupakan kawasan wajib datang. Ada yang mengelarkannya kawasan Tokyo lama. Paling menarik di sini ialah Senso-Ji, Buddist Temple yang didedakasi kepada Bodhisattva Kannon
Selain itu, dalam kompleks ini ada Kaminarimon, Asakusa Hanayashiki, Asakusa Shrine, Sensō-ji Goju-no-to, Denpoin-dōri, Hōzōmon dan banyak kawasan yang berkaitan dengan Buddist. Tak sempat nak pusing semua sebab lapar sangat.
Nakamise-dōri, Asakusa
Kawasan kedai-kedai yang menjual pelbagai dan kebanyakkan barangan berbentuk cenderahati dan barangan tempatan. Mungkin kawasan pelancongan, harga agak terlalu mahal. Kecuali makanan.
Asakusa Culture Tourist Information Center
Salah satu kawasan "hot spot" untuk tengok Tokyo Skytree dari aras 8 bangunan ni. Ramai tak tahu tempat ni. Ada cafe coffee untuk yang nak borak-borak sambil melihat sekitar Asakusa.
Masjid Assalam Okachimachi, Okachimachi
Berada di kawasan kejiranan Okahimachi, masjid ini agak masuk dalam dan di celah-celah bangunan. "Trademark" masjid ni, kubah biru. Ramai orang Malaysia singgah solat. Ramai juga "solo travellers" ke Tokyo. Sempatlah berborak dua tiga orang. Masa di Haneda pun, ada juga yang bergerak solo. Perempuan pun ada. Cayalah. Berani.
Ayam Ya Okachimachi
Restoren halal yang berhampiran dengan Masjid Assalam Okachimachi. Walaupun tepi jalan, kedainya agak tersorok. Kedai Ramen halal di kawasan ini. Nak order, pakai "vending machine" ya. Harga kalau banding dgn Ringgit Malaysia, memang mahallah. Tapi dah lapar sangat. Kita pelahap ajalah apa yang ada.
Ameyoko Market, Ueno
Anatara kawasan pasar yang saya tak jangka. Dari makanan, barang "branded", "fake branded", alatan elektronik sehinggalah kedai permainan video, semua ada di sini dengan konsep pasar terbuka. Rasanya sepanjang 1 km dari hujung sampai ke Ueno Park. Kebab pun ada jual.
Saja tengok-tengok, ada yang menjual coklat. Harganya agak murah. Tapi tak belilah, cuma tengok-tengok sahaja.
Ueno Park, Ueno
Banyak kawasan dalam Ueno Park ni tapi kaki dah tak larat nak melangkah, lagipun cuaca semakin gelap dan sejuk mula sampai ke tulang. Antara kawasan yang sempat dilawati kat sini, Tokyo National Museum, Ueno dan Hanazonoinari Shrine.
Walaupun musim sejuk dan kawasan ni sejuk, masih ramai dengan orang. Ada yanh datang untuk ke "temple". Ada juga dengan keluarga. Meriah juga.
Shinobuzo Pond
Di tengah tasik ini, ada Bentendo Temple. Kalau musim biasa, ada ribuan lotus memenuhi kawasan tasik. Tapi buat masa sekarang, penuh dengan pokok mati.
Kalau orang kata cuaca sejuk seronok jalan, tp sebenarnya tak juga. Terlalu lama terdedah pada kesejukkan dan kita jenis cuaca panas, badan senang kena demam. Kelapa rasa panas, kaki rasa perit, dah hidung naik merah dah. Minta-minta janganlah demam.
Terminal Bas Shinjuku, Shinjuku
Memang orang Jepun ni memang aku tabik. Dari lapangan terbang, sampai lah ke perkhidmatan bas, memang terbaik. Nak di jadikan cerita, esok bas balik dari Lake lake Kawaguchi nak tukar sebab macam terlalu lewat.
Walaupun kaunter dah tutup, pekerja masih assist sehingga berjaya. Memang terbaik.
Kabukicho Shinjuku, Shinjuku
Pada sesiapa yang pernah pergi Phuket, kawasan ini sebenarnya macam gabungan Bangla Road dan Patong beach, cumanya keadaannya lebih terkawal. Beroperasi 24 jam dan koreake adalah tarikan utama. Saya cuma boleh tengok-tengok sahaja.Yang bezanya di sini, neon papan iklan yang sangat hidup dan menarik.
Sepanjang perjalanan semalam, ramai juga yang mabuk dan pertama kali saya lihat kawasan yang penuh dengan sampah iaitu "smoking area". Di sini, satu kawasan khas didirikan khas untuk orang merokok.
Omoieda Yokocho, Shinjuku
Di sini letaknya lorong lorong kecil yang menghidangkan makanan popular Jepun seperti Sushi dan lain-lain. Boleh tengok aja. Selain diselang seli dengan kedai permainan judi, karaoke, hotel, dan pelbagai kedai unik, kawasan ni macam boleh jumpa macam macam benda tersembunyi
Comments