Catatan #1 - Kehidupan di Tanah Tinggi Cameron Highland



Apabila saya di Cameron Highland, satu perkara yang jelas berubah adalah bagaimana saya menggunakan dan mengaplikasikan “masa”. Dari kehidupan dengan persekitaran landskap kota batu, bandar yang penuh sesak dan kini di kawasan tanah tinggi lebih santai dan menghijau, Cameron Highland sedikit sebanyak merubah pola “masa” saya sebelum ni. Bukannya di sini  jam menjadi lebih banyak dalam sehari berbanding di tanah bawah cumanya sebelum ini ini saya mempunyai banyak pilihan untuk “membuang masa”. Di sini tiada lagi tarikan panggung wayang yang setiap minggu dengan cerita terbaru, duduk “lepaking” di kedai hipster yang makanan tak sedap langsung, menghabiskan masa kedai kopi sambal “membawang”, sembang di Gymnasium tanpa bersenam, atau pun pusing-pusing pasaraya tanpa sebab.

Bila difikirkan balik, banyak sangat masa telah dihabiskan tanpa sebab. Tidak ada pencapaian pun yang saya capai. Terlalu banyak masa telah saya habiskan. Mungkin sekarang ini masanya menghidupkan “passion” suatu ketika dahulu. Menulis dan melukis. Menulis apa sahaja yang saya suka atau lukis sahaja apa yang saya suka. Tanpa batasan. Ya, saya mesti mula menulis.

Comments

Popular Posts