Cuti-Cuti Singapura by Fairus Khafiz




JB Sentral, Johor Bahru, Malaysia 


Pada mulanya nak parking sini, tapi mimpi di siang hari aje lah. Penuh. Sampai berlapis. Tak tahulah pun berapa dah penuh. Satu hari RM 12. Nak tak nak parking kat luar. Sun Parking paling banyak. Kena menapaklah sikit. Satu hari RM 12 juga, takde bumbung semua. Jauh juga hari tu. Penuh gile. Bagi sesiapa yang lupa tukar duit kat sini ada banyak "money changer" 24 jam. Dah pusing satu kawasan ni, harga tukaran adalah sama sahaja antara Ringgit Malaysia dengan Singapore Dollar. 3 kali beb. Banyak masyuk orang Singapura kalau datang Malaysia.

Disebabkan bas SBT Singapore sampai dulu, kami naik sahaja yang ni. No 160 ke Kranji MRT Station. Kalau ikutkan Marsaling paling dekat dengan Woodland Singapore check point. Harga tiket sekarang RM 1.70. Dulu RM 1.00 sahaja kot. Untuk sesiapa yang naik bas, terdapat lorong khas untuk kenderaan awam, jadinya tak terlalu lama menunggu nak merentas Tambak Johor. Tapi balik dari Kranji ke JB Sentral naik Cuaseway, RM 3 pulak. Mahal pula. Pelik je. 


The Johor Bahru Customs, Immigration, and Quarantine Complex (CIQ) Tak habis masa banyak kat sini sebab sekarang dah pakai auto gate. Orang pun masa tu tak ramai. Sampai-sampai memang ada pintu kosong. Dari JB Sentral nak masuk ke auto gate ni jauh juga, sebab besar CIQ ni. Lepas immigration, leh cari bas. SBT or Cuaseway. Boleh naik dua dua. Saya turun di MRT Kranji.

Tambak Johor, Malaysia-Singapura 

Perjalanan dari Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor yang penuh kontroversi ini dan aliran trafik yang teruk. Dengan air mati Selat Terbrau, 3 paip besar merentas jambatan serta kesesakan yang agak membosankan, pada pendapat saya sudah masanya Tambak Johor dibina baru dengan ekosistem yang lebih baik. 

Kalau dari Malaysia, Johor Bahru melepaskan kita dengan bandarnya, tapi memasuki Singapura kita di sambut dengan serombong merah putih, stesen janakuasa. 

Woodland Singapore Immigration Point, Singapore 

Kita dah biasa dengar hebatnya Singapura dari kebersihan, tapi agak terperanjat bila sepanjang perjalanan dari Woodland ke MRT Kranji, banyak juga plastik, botol air, tin bersepah sepanjang lorong penjalan kaki. Sesuatu yang mengejutkan. 😅😅😅😅 

Untuk yang naik bas dan beli secara manual, pastikan anda simpan tiket tu sebab lepas immigration, kita akan naik bas no yang sama. Pemandu bas akan minta kita tunjukkan tiket. Dulu saya pernah hilangkan tiket masa balik dari Singapura ke Malaysia. Kena bayar balik😔😔😔. 



MRT Kranji, Singapura 

Tiket dari Kranji ke Changi Airport dalam SD 2.70. Pada mulanya nak ambil Singapore Pass. Harga satu hari SD 20, dua hari SD 26 dan tiga hari SD 30. Tapi bila dah kira-kira, lebih baik beli tiket secara asing, sebab tak banyak tempat nak pergi. Dulu ada simpan kad ala ala macam Touch N Go versi Singapura, tapi dah tak ingat mana tah simpan. Buang dah kot. 

Untuk sistem pengangkutan awam di Singapura, saya bagi "full mark". Antara negara yang berjaya membina intergasi pengakutan awam paling effisen. Gerabak, bas atau pun stesennya, bersih dan kemas. Tepat dan cekap. 

MRT Changi Airport, Singapura 

Dari MRT Kranji ke MRT Changi, kita akan melalui 3 jenis jajaran, North South Line (Red), turun di Bishan untuk Circle Line (Brown) ke Paya Lebar untuk menukar ke jajaran East West Line (Green) untuk ke stesen terakhir di Changi Airport. Perjalanan mengambil masa yang agak lama juga. 

Sepanjang perjalanan, awalnya kita akan melalui pangsapuri menghala ke tengah pusat bandar. Tak dinafikan, bersih, kemas dan tersusun. Setiap bangunan di cat kemas, jalan rayanya segak tanpa berlubang, padang rumput yang terpotong kemas. Hebat kerajaan Singapura membentuk sosio masyarakat yang berdisplin. 

Tapi saya tak pasti, dulu ada yang bagitau, kat Singapura ni 'haram' gantung baju kat jendela tingkap. Tapi banyak aje yang bergantung. Hahahahaha. Zaman dah berubah kot. 

MRT Bishan, Singapore 

Turun sini untuk naik jajajan seterusnya. Kalau di Malaysia, punyalah bising dengan orang berborak, main telefon, main permainan video atau bercakap melalui telefon. Di Singapura, sama sahaja tapi pada tahap yang boleh lagi diterima. Ada juga yang buka lagu secara terbuka, malah ada yang berborak (remaja) dengan perkataan yang agak nakal. 

Dari sini, kita akan melalui jajaran East West Line melalui Paya Lebar, Eunos, Kembangan, Bedok dan behenti di Tanah Merah. Untuk ke Changi Airport, kena tukar gerabak ke sana pada platform terminal bersebelahan. Kalau tak keluar, dapatlah jalan naik train sampai Pasir Ris.


The Jewel, Changi Airport, Singapore 

Jajaran East West Line di Changi Airport tamat di terminal dua. Ini adalah destinasi yang nak sangat saya pergi. The Jewel. Ini kali pertama saya ke sini. Jauh beb!!! Betul ke tempat ni sehebat seperti yang dikata dan dengan tag harga 1.3 billion SD!!!??? Adakan meng "wow" saya dan semua yang datang. Jom kita explore. 


Sampai sahaja MRT Changi Airport , jelas papan tanda, dengan logo yang seakan donat, The Jewal. Senang sahaja tempat ni untuk sampai. Baguskan. The Jewel terletak ditengah-tengah antara Terminal 1, 2, 3 dan 4. Sampai-sampai, saya ambil keputusan untuk berjalan kaki. Ada Sky Train dari satu terminal ke terminal lain. Perjalanan dari terminal dua ke The Jewal taklah berapa jauh. Lagipun dengan penjalanan kaki berhawa dingin, tak ada masalah. Ramai juga orang. 



Bila masuk je pintu The Jewel, Wow!!! itu dia yang kita cari, HSBC Vortex Rain!!! Berbaloi?? Yup berbaloi.

HSBC Vortex Rain, Changi Airport, Singapore 

Gigihkan nak sampai sinikan!!!! Dari parking kereta dekat kawasan JB Sentral sampai ke bangunan The Jewel, lebih tiga jam jugalah. Walaupun mengambil hampir 3 jam dari Johor Bahru, naik bas, masuk immigration, keluar immigration, naik bas balik, naik sampai 3 jajaran MRT, berbaloi datang sini. Sebab percuma!!! Hahahaha. 



Berbaloi? yup!!! Cantik bangat. Puas hati. Walaupun dari luar agak macam bangunan donut, tapi bila dah masuk. Hebat. Jalan keliling tempat ni pun dah puas hati. Nasib baik tak beli tiket "conopy walk" atau "conopy park". Kawasan ni pun dah ok. Tapi untuk sesiapa yang nak masuk taman dan tarikan lain, ada dekat hampir 5 taman berbeza dengan harga masuk lain-lain. Bayar aje lah. 



Agak terperanjat juga sebab ingatkan kawasan ni dalam terminal, tapi rupanya sesiapa pun boleh masuk. Dikelilingi oleh hutan hujan, ramai mengambil peluang untuk bergambar. Waktu ni tak berapa ramai, jadi puaslah buat macam-macam gaya. Keliling kawasan ini penuh dengan kedai-kedai. Jadi kalau dah tak mahu tengok tempat ni, boleh jalan-jalan cuci mata atau "window shopping" Kita boleh lihat pemandangan Rain Vortex dari L3 sampai B2. Banyak kedai berada antara B1 sehingga B3 yang betul-betul bersebelahan dengan Rain Vortex. Sambil-sambil minum tu, layan. 



Ramai juga yang datang semata-mata nak tengok tempat ni. Terminal 1, Changi Airport, Singapore Dah rasa macam dalam "shopping mall" dengan lobi hotel. Tak rasa macam lapangan terbang walaupun hakikatnya ramai yang menolak troli. Sedap je suasana. Papan tanda jelas, tandas tip top. Memang terbaik 👍 



Sky Train, Terminal 1- Terminal 3,Changi Airport, Singapore

Wow, itulah suara yang tak perasan yang bila naik Sky Train, Terminal 1- Terminal 3,Changi Airport, Singapore akan melalui Rain Vortex dengan lebih dekat. Since benda percuma, dua 3 trip saya lepak dalam gerabak untuk menikmata Rain Vortex. Kalau naik dari terminal 1 - terminal 2, tak lalu. Jangan salah naik. Tapi kalau salah pun takpe, pendek sahaja perjalanan. Hampir 2 jam duduk pusing-pusing jom gerak balik pusat bandar.


Aljaunied, Geylang, Singapore 

Assalamualaikum & Good Morning Geylang. Nak tanya orang Singapura, tempat ni kenapa macam sesuatu sangat. Sebab yang ramai jual ubat seks dan bersepah "adult shop". Then banyak premis yang semacam dengan wanita seksi. Opsss. Tanya je. Manatau leh melawat. Dah2, jom cari sarapan. Selalunya kalau ke Singapura, duduk di Bugis sahaja, tapi kali ni dalam apps, kawasan kat Aljaunied lagi murah. Rasanya kali pertama sampai kawasan ini. Mengingatkan saya Bandar Ipoh dari segi suasana dan rekabentuk bangunan. 

Di sini ada MRT Aljaunied, West East Line. Pagi-pagi jejalan kawasan ni nak cari sarapan. Banyak juga botol arak, plastik putih dan tisu bertaburan. Kawasan ni macam tempat XXX je. Malam tadi nampak ramai wanita seksi dan banyak premis yang lain mcm je. Kedai "sex toy" atau "adult shop" bersepah-sepah. Sepanjang menghala ke hotel, di penjalan kaki, ada yang menjual ubat kuat, rokok kotak Dan barangan elektronik. Rumah kedai kebanyakkan menjual barangan telefon, pakaian, buah-buahan, "cyber cafe" malah banyak juga kedai dewasa. Kat sini banyak restoren cina. Mamak banyak sini. 


MRT Aljaunied - MRT Bayfront 

Lepas rehat dan letak barang, terus sahaja ke Garden by the Bay. Tak apa yang menarik. Cuma nak kongsi, terdengar perbualan orang Malaysia masa Changi Airport. "Malaysia planning so so so stupid la, need to walk so far to other station" Mungkin kalau dia kena tukar jajaran di MRT Bugis dari East West Link ke Downtown Link, masti dia cakap "Singapore planning also stupid" Aku menyampah sikit orang duk kutuk negara sendiri sampai guna perkataan keaat. Ingat, pepatah Ada mengatakan, 'Hujan emas di Negeri orang, Hujan Batu di Negeri sendiri, baik lagi Negeri sendiri. 

Lagi yang tak berapa nak seronok naik MRT bile ticket by ticket, kadang-kadang naik malas nak beratur nak beli tiket. Saya beratur hampir 30 minit untuk beli tiket kerana orang terlalu ramai dan mesin tiket cuma sedikit sahaja. Lagi parah bila ramai pelancong macam saya yang agak tidak mahir dalam mengunakan mesin tiket. Makin lamalah masa nak menunggu.  

Garden by the Bay, Singapore 

Orang kata, ini antara tempat wajib kalau datang ke kawasan Bayfront. Tapi perlu diingatkan, cuaca Malaysia dengan Singapura sama sahaja. Jadinya panas dan lecunlah juga berjalan tengah-tengah panas kat kawasan ini. Luasnya 101 hectares (250 acres)!!! Dan merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden. 



Sepatutnya lepas melawat Flower Dome dengan Cloud Forest, nak pusing-pusing, tapi dibatalkan sebab macam keletihan berjalan. Layan tengok dari jauh sahaja. Sebabnya dari Bayfront MRT ke kawasan taman lain sebenarnya agak jauh. Ada shuttle bus disediakan tapi bayarlah SD 3. Membazir je kot. 

Flower Dome, Singapore 

Kalau beli tiket dekat kaunter, untuk dua Taman iaitu Flower Dome dan Cloud Forest, harganya dalam SD 28. Tapi banyak apps yang jual secara online. Jadi dapatlah RM 68. Kalau beli kat kaunter dalam, mau dekat RM 84. Dapat jimat sedikit. Untuk info, Flower Dome is the largest glass greenhouse in the world!!! 



Walaupun ini kali kedua saya masuk ke sini, saya kagum dengan usaha Singapura dalam pemeliharaan flora. Apa yang dilakukan oleh Singapura sedikit sebanyak memberi peluang untuk rakyatnya malah orang dari luar negara bersama untuk menikmati keindahan fauna. Kedua-dua taman ini dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 9 malam, tapi pukul 8 malam, waktu terakhir untuk masuk. Masa keluar tadi jam 8.10 malam nasih ramai yang cuba masuk. 



Cloud Forest, Singapore 

Sebenarnya saya amat kagum dengan pembangunan Garden by the Bay dan bagaimana kerajaan Singapura merialisasikan pembangunan negaranya untuk mengadaptasi "Garden City" ke "City in a Garden", dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup bersama kehijauan dan flora di bandar secara lestari. Sedikit info untuk korang-korang semua, cewahhh. Gardens by the Bay dibina ini bertujuan untuk menjadi ruang rekreasi luar bandar utama Singapura dan ikon kebangsaan. 



Kini Garden by the Bay sudah menerima hampir 50 juta pelancong setahun serta menerima pelbagai pengiktirafan. Hebat bukan. Luasnya 101 hectares (250 acres)!!! Dan merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden. Berbanding taman yang lain seperti #FlowerDome, saya lebih suka ke Cloud Forest. Sebab rasa lebih dekat, sejuk, misteri dan rasa dekat di hati. Sebab konservatories ni replicate tropical mountain regions antara1,000 metres (3,300 ft) and 3,000 metres (9,800 ft) above sea level, yang mana berada South-East Asia, Middle- dan South America.  



Konservatories yang direka oleh #WilkinsonEyre dan #GrantAssociates, bertujuan untuk mempamerkan teknologi tenaga lestari yang cekap tenaga dan menyediakan ruang edutainment semua cuaca di dalam satu taman. 



So, boleh lepak lama-lama kat sini untuk dapatkan udara yang segar. Kalau beli tiket dekat kaunter, untuk dua konservatories iaitu Flower Dome dan Cloud Forest, harganya dalam SD 28. Tapi banyak apps yang jual secara online. Jadi saya dapatlah RM 68 melalui #Wonderfly. Kalau beli kat kaunter dalam, mau dekat RM 84. Dapat jimat sedikit. 



 Marina Bay Sand, Singapore 

Kawasan ni melawat je. Kaki dah tak larat. Hujung minggu macam ni, ramai betul orang. Ramai duduk melepak sahaja. 



Kebanyakkan pelancong luar. Dah jom lah balik, nak makan. Lapor. Mufiz Restaurant, Geylang, Singapore Mamak je kot. Yang lain tak nampak kat kawasan ini. Malam ni kita pekena nasi briayani, SD 6.50, dengan Masala Dosai SD 2.00. Pekena dengan limau ais SD 1.80. Teh tarik SD 1.30. Teh O, SD 1.00. 

MRT Aljaunied - MRT Kranji

Hari minggu, gerabak tak berapa sesak untuk jajaran ini. Ramai orang lebih ke arah Marina Bay Sand. Dari Aljaunied ke Payar Lebar, tukar di sini untuk Bishan untuk jajaran Circle Line (Yellow). Harga tiket ke Kranji SD 2.6. Kita akan lalu, Mac Pherson, Tai Sang, Bartley, Serangoon, Lorang Chuan dan behenti di Bishan. Semua bawah tanah. Bosan skit. Satu benda yang perlu dipuji, banyak maklumat yang saya perolehi berkenaaan SMRT malah saya dah hafal 7 visi untuk Land Transportion sehingga 2040. 



Keadaan line, gerabak terawal/terakhir, waktu bertolak, CCTV yang berlambak-lambak, papan tanda yang jelas, tandas yang bersih. Perjalanan North South Line paling jauh saya naik. Dari Bishan, Ang Mo Kio, ke Yio Chun Kang, Khatib, Yishun, Sembawang, Admiralty, Woodland, Marsiling dan Kranji. Suka laluan ni sebab lalu atas. So dapat tengok pemandangan Singapura. Tak bosan.  





Comments

Popular Posts