Sunday, August 17, 2008

Permulaan dari Aku : Ditulis Oleh Khapeace Khalead


Salam semua. Aku membuka lebaran baru dalam hidup ini dengan melahirkan satu perkara yang aku dah lama ingin buat, kini tercapai akhirnya. Aku akan bangunkan pusat luahan hati secara percuma amnya dalam blog ini. Secara jujurnya aku ingin sangat mencuba penulisan blog walaupun tertanya, adakah saya berbakat? Bebas menulis tapi bukan berkarya, itu pegangan aku. Aku bukan dari orang bahasa, akau orang acuan sains. Pada asasnya blog ini, akan tidak wujud satu pun senario ketetapan yang aku tetapkan , apa saja skop, aku akan cuba catitkan dalam blog ini. Mungkin tiada siapa akan membacanya. Tapi siapa kisah, aku tulis untuk kepuasan diri. Aku sebelum ini ada mencuba menulis di blog blog seperti di laman web sosial Friendster dan Myspace, tapi aku bosan, aku perlukan ruang yang lebih besar.Maka inilah tempat yang aku rasa sesuai. Mungkin ya atau mungkin tidak.


Sebelum itu, biarkan aku perkenalkan diri aku, aku Khapeace, boleh panggil saya Peace - Keamanan. Asal dari Malaysia dan kini masih ada kat bumi bertuah ini. Ada dua kaki, yang boleh berjalan dua tangan yang boleh mengapai, dua telinga yang boleh mendengar, dua mata yang boleh melihat dan satu sahaja mulut yang boleh merasa. Aku ringkas, seringkas langit biru tanpa awan, suka berangan, suka duit, suka kesihatan, suka cerita, suka menulis, suka bercakap dan banyak suka. Umur belum lagi dan agak jauh dari angka 30, masih mencari jalan ketetepan, selalu keliru, degil, malas mendengar nasihat, kuat kritik, kadang kadang pemalas, kadang kadang rajin, ikhlas dan bosan meminta. Suka bebas, suka berdikari. Tak suka dadah, tak rokok, tak suka alkohol, tak suka penipu. Suka sukan tapi tak main sukan, suka musik tapi tak suka nyanyi, suka filem tapi kuat mengkritik. Gemuk, pendek, buncit (aset). Tidak belajar lagi, tidak berkawin lagi, tidak berjodoh lagi, tidak sakit lagi.


Pada semua, objektif aku mudah, menjadikan blog ini dikenali, lalu boleh menjana pendapat akau melalui iklan. Kita tengok. Aku akan cuba mengkritik, memuji, menghina, memperbodohkam , mengherdik segala apa sahaja yang terlintas difikiran aku. Siap la semua. Aku mohon sesiapa yang membacanya mendoakan ya. Doa lebih 40 orang selalu makbul. Lagi satu, penulisan dalam blog ini akan semua berbahasa Melayu. Sebabnya mudah sahaja, aku anak Melayu. Kenapa nak menulis dalam bahasa lain. Setuju? Saya setuju. Pembaca semua, aku mulakan penulisan ini dengan BISMILAH :)

1 comment:

Khapeace Khalead said...

come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news