Saturday, August 30, 2008

Sehari Sebelum Merdeka - Jalan Jalan Kuala Lumpur


30 Ogos 2008 : 9.10 Malam: Salam. Sehari sebelum Merdeka, aku menghabiskan masa bersama adik aku minum petang ni sebuah kedai donut di Klang Lama. Donut dan kopi, RM 6.00. Agak ok. Lazat dan menarik. Aku mula cuti dari Jumaat kerana dah lama tak cuti. saja ambil cuti. Nak buang masa dan masa ini aku ambil jalan jalan di Kuala Lumpur. Jalan jalan di Kuala Lumpur? Apa yang anda semua fikirkan. Sesak, masam, busuk, kotor, serabut, geram, tertekan, kereta, motor, benci, pemarah, bodoh, tolool, kuranh ajar, lori, lubang, parit, debu, gila dan lain lain. Semua memang ada dan kadang-kadang tak terfikir dalam fikiran kita.


Kenapa jalan jalan di Kuala Lumpur teruk, bagaimana agaknya kerajaan tempatan bertindak. Rasanya, kesesakakan di Kuala Lumpur sangat hodoh dan parah dan kini semakin berulat, lumpuh dan iab. Kenapa sampai sekarang makin, adakah tiada tindakan yang konkrit dalam otok fikiran mereka yang dilantik dalam merancang bandar Luala Lumpur. Bukan anti siapa, tapi kalau dah rakyat bayar untuk kamu kamu yang menjadi pemikir dalam menyelesaikan masalah, kerjala betul-betul. Komen ini dipetik dari satu blog:


"Buat salah minta maaf,buat salah minta maaf…….Duit minyak rakyat kena tanggung sebab sangkut dalam kesesakan lalu lintas siapa yang nak bayar. Kecil-kecil tak nak mampus dah tua , jadi menteri menyusahkan rakyat. Jangan jadi menterilah kalau makan gaji buta dan menyusahkan rakyat. Rakyat pun ada hati dan perasaan. Sekali terguris……selamanya kami akan ingat."


Dalam contoh di atas, jelas mereka yang marah atas kesekan jalan raya di Kuala Lumpur. terlalu banyak blog blog yang bengang dengan keadaan, masalahnya sampai bila? Aku rasa ramai dah tahu pasal pemotongan subsidi minyak dan belanjawan yang terbaru dalam meningkatkan sistem pengakutam awam. Kita dapat lihat dan tunggu saja. Mana kesannya, tak tahula, adakah masyarakat tidak dapat berfikir, tidak dapat mentalaah apa yang berlaku di sekeliling keadaan sekarang, biarpun media nak siar cerita apa, tapi kita rakyat Malaysia punya cukup, mata, telingga dan akal dalam menilai.






"Penyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dilakukan memandangkan sebahagian dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL1984) perlu disemak disebabkan pembangunan dan perubahan ekonomi yang pesat di luar jangkaan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Sesetengah pembangunan utama tidak dijangkakan dalam PSKL 1984. Pembangunan seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ke Putrajaya dijangka akan menggalak dan mempengaruhi perubahan serta pertumbuhan masa hadapan Kuala Lumpur. Dengan kepesatan globalisasi, Kuala Lumpur akan berhadapan dengancabaran-cabaran dalam era baru pembangunan antarabangsa. Kuala Lumpur perlu bersedia untuk berperanan di peringkat antarabangsa yang bersaing pada abad ke 21. Dengan perubahan yang telah berlaku dua puluh tahun kebelakangan ini dan yang dijangkakan pada masa hadapan untuk pembangunan yang holistik dan urus tadbir yang cekap, maka adalah wajar untuk menyediakan satu pelan struktur baru bagi Bandar Raya ini."

Diharap dengan ada pelan ini, keadaan Kuala Lumpur, aku tahu kerajaan tempatan nampak masalah yang dihadapi masyarakat, tapi mana tindakanya. Keterujaan dengan lawatan mengejut Pak Lah untuk mencuba pengangkutan awam di Kuala Lumpur:




KUALA LUMPUR: Setting aside protocol, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi took rides on the Komuter and LRT rail services from Serdang to the city centre yesterday to get a feel of the transport problems faced by the public. He came away dissatisfied.


Throughout the one-hour journey, during which he switched trains, the prime minister noted the congestion, especially during the peak period, and spoke to his fellow passengers to get their feedback.Speaking after disembarking at the Masjid Jamek LRT station, he said he was not satisfied with the rail services and wanted immediate improvements to be made.He said the existing services were not systematic, there were not enough coaches and coverage was not comprehensive, leaving many areas not serviced."I saw the plight of people using the trains to get to work every morning. They were jostling to get on board every time a train arrived. There appeared to be no system.


"I'm not happy with this because the people are not getting satisfaction from riding the trains. This we must fix," he said."I found the trains really packed with so many passengers. Some had waited for three trains and yet could not board."There's no queue. People push their way in, women with children and old people are pushed aside." Abdullah, who was not accompanied by officials from the two rail services, arrived at the Serdang Komuter KTM station at 8.15am but could not get on board the first train that arrived because it was packed.He got on the next train, which arrived 15 minutes later, and headed for KL Sentral, the modern transportation hub for the various rail services.There he also had to wait a while to switch to the Putra LRT service to get to the Masjid Jamek station because again, the first train to arrive was full.In both trains, the prime minister, dressed in a red batik shirt with golden print, had to stand although passengers offered him their seats. Upon arrival at the Masjid Jamek station at 9.15am, he chatted with the public and bought several types of local cakes from sellers there before leaving. Abdullah said he would give his attention to efforts to improve the quality of both rail services. He said trains that were not punctual and people scrambling to get into the trains caused problems to other passengers."There were many more suggestions given by passengers." I will strive for improvements. I will propose changes."


Daripada apa yang telah disimpulkan oleh Pak Lah dari kisah beliau dalam perjalan mengunakan pengangkutan awam di Malaysia, bertindaklah, jangan harap masyarakat nak patuh dahulu, pemikir pemikir yang telah diberikan gaji beribu ribu dalam menjalankan telaah dalam kes ini, tolongla, kami masyarakat semua tiada sijil, diploma, ijazah, sarjana, kedoktoran dalam perancangan bandar, kami terdiri daripada , pencuci tandah, jurujual pekerja kilang, perniaga, penyanyi, jurutera, nelayan, cikgu dan sebagainya , walaupun siapa kami, dengarlah, kami masyarakat yang lama dahagakan perubahan dalam sistem jalan raya di Malaysia, kerajaan! Bertindak. Walaupun sesiapa yang naik kerajaan, bertindakla. Kepada semua, selamat jalan jalan Kuala Lumpur.

Cuma untuk berkongsi maklumat, cuba baca isi karangan punca punca kesekan lalu lintas yang diambil dari contoh untuk isi karangan peperiksaan PMR dan SPM dari:



Budak budak PMR pun dah tahu sebab-sebabnya, tepuk dada, tanya akal :)

1 comment:

Khapeace Khalead said...

come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news