Monday, September 29, 2008

Akhir bercuti juga: Selamat Hari Raya :)



30 September 2009:10.00 pagi: Salam semua, mesti ramai dah demam raya dah sekarang. Aku macam biasala, dah cuti-cuti ni, habiskan masa dengan tidur lambat dan bangun lambat, teringat pula masa belajar dulu. Memang masa belajar dulu memang aku habiskan masa untuk berseronok setiap masa. Bila dah kerja ni, banyak benda yang dah tak boleh dilakukan lagi. Kisah silam. Seronok ingat balik.

Kali ni aku bercuti seminggu, seronoknya, boleh bangun lewat selama seminggu, melupakan semua hal-hal berkaitan dengan kerja. Melupakan kerenah-kerenah tak tentu arah semua orang. Hilang kekecohan, tenang hati, hilang beban. Pada hari terakhir kerja pun masih ada kerja yang masih tak siap, nampaknya lepas rayala baru siap, malas nak bawa balik rumah. Bila balik, itu masanya tak kerja, oleh itu  maaf, saya tak suka bawak balik kerja kat rumah. 

Pada semua pembaca, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada semua. Minta ampun dari hujung kaki sampai hujung kaki pada semua. Halalkan makan dan minum pada semua. Rasanya setahun sebelum ini banyak betul kesalahan yang aku buat, pada Allah, kawan-kawan dan sebagainya, harap semua memaafkan diri ini yang hina dina. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

1 comment:

mp3-khapece said...

come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news