Bosan - Boyak,Jemu,Tidak Gemar


9 September 2008 : 3.05 Ptg. Anda Bosan? Alamak, bosannya aku rasa, berada dalam pejabat yang kebanyakkan pekerjanya cuti walaupun belum raya, alasan, baik habiskan cuti sebelum tak dapat cuti nanti. Aku kebosanan bila kerja dah siapkan semua, tak ada apa perlu disiapkan kecuali laporan bulan Ogos yang sudah separuh perjalanan. Aku mengatuk tapi mana boleh tidur. Terus terang, bosan kalau tak ada kerja. Bila dah bosan, aku cuba nak tulis dalam blog ini, tapi buntu, aku pun tak tahu nak tulis apa. Ada topik yang aku sudah fikir tapi kadang-kadang perlu masa dan tempat yang sesuai, barula idea dan ayat dapat disusun betul. Malas nak tulis yang merepek, nanti semua jadi merepek.

Bosan?Apa yang kita tahu pasal bosan? Bosan itu adakah satu perasaan/emosi, atau kata kerja, gerak fikiran. Adalah bosan mewujudkan ruang atau tenaga. Adakah ia makhluk? Adakan ada aura yang terhasil daripadanya. Boleh bosan disukat atau dikaji. Apakah punca, kesan dan aplikasi bosan. Adakah ia berkaitan fizikal atau rohani atau kedua-duanya dan bagaimana bosan diamilasikan dengan akal kita. Sukar bukan memperterjemahkan bosan. Dari segi sains macamana bosan dinilai dan terangkan? Diambil dari laman Dewan Dan Pustaka Malaysia:


bosan -
sudah tidak suka atau tidak gemar lagi; jemu: Saya ~ mendengar cerita-cerita karut drpd engkau. membosankan menyebabkan menjadi bosan; menimbulkan perasaan bosan: Perbualannya yg itu-itu juga sungguh ~. kebosanan rasa atau keadaan bosan. pembosan orang yg lekas atau mudah berasa bosan.
Kamus Pelajar

bosan -
sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging; dia sudah ~ akan isterinya; ~ mendengar kisah yg sama berulang kali; membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan;pembosan mudah (lekas) bosan.

Contoh di bawah adalah pengunaan perkataan bosan dalam kerat frasa ayat di blog internet:

Manusia biasa buat aku bosan Tambah dengan isu isu dunia semasa yang memuakkan. ... Ketujuh, entri KENAPA AKU ANTI WEDDING PHOTOGRAPHER telah dikunci. Tetapi ia ... http://www.fendyzaidan.com/

-penulis bosan dengan dunia

dan masih lagi tak nampak relevan kenapa anonymity and ... Apa hal semua cerita bosan maut ni... HBO, MTV, Channel V ... cinta semata.saya lebih suka berpaksi dengan cerita manusia ...

-penulis bosan dengan cerita

Kenapa bisa begitu? Karena orang lain dapat mengenalimu ... bosan juga ya kalo gak ada temen yang selalu hibur kota ... kalau susa jadi manusia,berarti lo engga mensyukuri nikmat ... www.blog.360.yahoo.com/blog-Jc5PPswoRKcsiRMoE466PBR9UJtCiF4r?p=14

-penulis bosan sebab tiada berteman

Daripada contoh yang diberi, pada pendapat saya ,manusia sering mengunakan alasan untuk sebab mereka menjadi bosan. Secara praktikalnya dan hakikatnya, manusia tidak mengunakan bosan untuk menyatakan status pemikiran mereka, tapi lebih suka untuk memberikan kritik atas apa yang mereka lalui dengan mengunakan perkataan bosan tanpa menyedari bosan wujud disebabkan mereka. Kalau diikutkan contoh di atas, tidak ada langsung kaitan bosan dalam diri kita secara biologinya, yang jadikan bosan adalah keadaan sekeliling kita. Tapi pendapat ini mudah disangkal, keadaan 1 - A rasa tidak bosan pada B ,keadaan 2 - C bosan dengan B. Kalau B sudah dianggap bosan, kenapa pada keadaan 2 berbeza.

Kesimpulannya, bosan adalah suatu yang sangat subjektif. Allah jadikan bosan seperti satu perkara unik yang hanya boleh dinilai oleh individu tanpa boleh disukat dan dicatat dengan jayanya. Indah bukan. Anda bosan? Tepuk dada tanya otak :)


Lagu nyayian Iwan Fals (Iwan Fals (lahir: 3 September 1961, merupakan seorang penyanyi Indonesia. Nama sebenarnya ialah "Virgiawan Listianto".)

Comments

AMAD said…
Bosan...............ermm he..he.. amad pun tgh bosan gak ni...tak tau nk wat apa.......bosan giler...
Bosan, camne ye nak tolong :)
come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news

Popular Posts