Emosi Ramadhan

25 September 2008 : RAMADAN sudah menghampiri pertengahan bulan. Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini semestinya dinanti-nantikan seluruh umat-Nya di muka bumi ini. Memang benar apa yang dijelaskan. Kehadirannya bukan sahaja mampu membentuk peribadi insaniah, malah menjana emosi manusia agar sentiasa terkawal.

Ibadat puasa menuntut kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga malah, anggota yang lain juga hendaklah turut berpuasa. Ini bermaksud, menyekat kejahatan percakapan lidah dan anggota tubuh daripada menyakiti orang lain terutama pasangan suami-isteri.

Namun, pertengkaran adalah suatu perkara yang tidak boleh dihindari. Jika ia tidak berhati-hati, masalah kecil akan menjadi besar. Sebagai contoh, disebabkan terasa lapar dan keletihan, kadangkala menyebabkan perkara kecil seperti membeli juadah berbuka atau mencari destinasi berbuka juga boleh menimbulkan pertengkaran.

Untuk menghindari hal yang tidak diingini ini berlaku, semak beberapa tip dalam mengharmonikan suasana rumah tangga, pada bulan Ramadan ini.

*** Tenang

Ambil sedikit masa untuk menenangkan fikiran kamu apabila perasaan ingin marah semakin menjelma. Kamu seharusnya pergi ke tempat lain atau ke satu sudut yang dapat mententeramkan jiwa amarah dan lepaskan ledakan itu di sana.

Sekiranya perlu, ambil waktu untuk pulihkan semula keadaan walaupun dalam masa yang lama. Setelah keadaan kembali tenang, temui kembali pasangan dan selesaikan masalah secara profesional dan bukannya dengan cara bertikam lidah.

Paling berkesan, sekiranya pasangan menimbulkan kemarahan atau membuat sesuatu yang boleh mencetuskan pergaduhan seperti mencerca dan berkata kesat kepada kamu, jangan kamu menyahutnya. Sebaliknya, hendaklah kamu berkata: 'saya sedang berpuasa'.

*** Hindari berkata, 'selalu' dan 'tidak pernah'

'Kamu selalu bersikap begini' atau 'kamu tidak pernah sedikitpun memahami perasaan saya'. Ucapan seperti ini seringkali terlontar dari mulut kamu mahupun pasangan pada setiap kali kemarahan memuncak. Padahal, penggunaan kata-kata seumpama ini akan mengeruhkan lagi keadaan kamu berdua. Hindari ucapan sedemikian atau cuba luahkan dengan cara yang lebih spesifik dan jelas.

*** Jauhi kata 'putus'

Walau apa pun masalah yang dihadapi, pertengkaran bukanlah faktor utama berakhirnya sebuah perhubungan. Jadi, janganlah sesekali kamu mengakhiri dengan mudah perhubungan yang dijalin sejak sekian lama atau mendeklarasikan hubungan kamu yang telah berakhir.

Fokus perhatian kamu pada intipati masalah yang sedang berlaku. Jangan biarkan diri hanyut dibawa arus emosi yang tiada kesudahan dan titik noktahnya.


Comments

come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news

Popular Posts