Gosip antara lelaki ?Emmmmmmm...........


17 September 2008 : 11 30 malam: Salam semua, harap semua sihat. Hari ini aku habiskan masa dengan berkemas rumah dan berbelanja lagi. Seronok dan tertekan sebab duit mencurah-curah keluar. Bilala nak faham-faham. Seronok berbelanja sampai tak beringat langsung. Lantakla. Dah aku kerja penat-penat, belanjala gaji tu.(jangan ikut perangai macam ini).


Kali ni beli seluar sahaja sebab malas nak tengok tempat lain. Lagipun dah agak lewat. Tengah jalan-jalan jumpa kawan, apa lagi, kami pun berborak dan bergosip. Apa? Lelaki bergosip. Apa yang anda rasa bila orang baca lelaki bergosip? Anda suka bergosip. Kenapa bergosip dikaitkan dengan wanita sahaja,pelik bukan? Adakah perempuan dilahirkan untuk bergosip. Kalau lelaki, apa agaknya , ya. Di bawah ialah maksud gosip yang di ambil dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, alamat laman:


Gosip
cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~; menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip.

Di bawah adalah contoh pendapat rakyat Malaysia mengenai lelaki bergosip. Semua adalah diambil tanpa kebenaran.

http://209.85.175.104/search?q=cache:b4JEHcuf_FEJ:gingerbread53.wordpress.com/2008/06/05/5-si

Bagi lelaki, gosip adalah sesuatu yg tidak berfaedah dan membuang masa.Mereka lebih gemar memilih utk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yg tidak di perlukan. Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yg ingin kamu perkatakan



Lelaki tidak bergosip 

Contoh Kes : Bila kita kata;"eh betul ke ni?" dia pantas memoTong;pegi makan jom!dah lapar nie... " 

AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.


Lelaki tidak bergosip – sebenarnya bukan diorg tak bergosip, tapi cara diorg bergosip adalah berbeza dengan orang perempuan. Tapi kalau kene gaya, tgk aje orang yang bercakap tentang politik, kadang2 mcm takjub je dgr diorg bercakap. Kebiasaannya juga, mereka kalu ada masalah, diorg sama ada akan menyelesaikannya cepat2 atau melupakannya aje. 


Lelaki bergosip?takkan la lelaki pun nak bergosip mcm perempuan.Antara gosip lelakiialah bola sepak,perempuan/selebriti (tubuh badan dan penampilan),perempuan (sikap menggedik dan cepat perasan),s.e.k.s,ubahsuai kereta dan motosikal,politik,kerjaya dan masa depan,gajet & playstation,hobi,serta hubungan songsang (lesbian & gay).Senarai di atas adalah persetujuan kaum lelaki slepas tinjauan di atas gosip yg sering kali di bincangkan.Betul ke?Dlm bnyak2 gosip ni,gosip mana yg slalu korang gosipkn ngan kawan2?


Bergosip ialah sejenis komunikasi sosial yang popular dan menyeronokkan. Oleh itu kita suka bergosip tentang orang-orang lain, dan orang-orang lain pun suka bergosip tentang diri kita. Namun, gosip boleh mendatangkan kesan yang sangat buruk. Ia boleh menyebabkan orang-orang lain bermusuh-musuhan semasa mereka. Ia boleh menyebabkan kita dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang lain.

Untuk menjadi orang yang pandai berkomunikasi, seseorang itu berpegang pada etika atau adab berkomunikasi. Dengan mengamalkan etika, seseorang pemimpin akan dapat memelihara popularitinya di khalayak ramai dengan itu orang akan terus meminati ucapan-ucapannya, menghormatinya, dan menyokong kepimpinannya. Walau ke mana dia pergi orang suka berkawan dan berdamping dengannya. 


Amalkan etika walau dengan siapa seseorang itu berkomunikasi, sama ada berkomunikasi dengan kawan ataupun lawan.

Etika Ucapan Politik

Setiap hari, televisyen, radio dan akhbar menyiarkan ucapan tokoh-tokoh politik yang menyandang jawatan-jawatan penting seperti perdana menteri, menteri dan lain-lain lagi. Tokoh-tokoh politik berucap di dalam bermacam-macam majlis. Pegawai-pegawai tinggi pentadbir kerajaan membuat pelbagai kenyataan menerangkan mengapa
sesuatu dasar dilaksanakan. Adakah mereka bercakap kepada rakyat dengan berpegang teguh kepada sebarang etika? 

Prof. Charles Larson dari Northern Illinois University di dalam bukunya Persuasion: Reception And Responsibility, 1995 menyenaraikan kriteria etika bercakap bagi ahli-ahli politik dan pentadbir awam:

1. Jangan mengemukakan dan menggunakan bukti-bukti yang palsu, dibuat-buat, diherot-perotkan, tidak relevan dan disalahtafsirkan untuk memperkuatkan hujah-hujah dan dakwaan-dakwaan.

2. Jangan sengaja menggunakan hujah-hujah yang terlalu am, tidak logikal atau tidak ada bukti akan kebenarannya.

3. Jangan mengaku pandai, tahu atau “pakar” berkenaan sesuatu bidang padahal tidak.

4. Jangan menggunakan seruan-seruan yang tidak relevan demi mengalihkan perhatian orang, atau demi mengelak daripada dipertikaikan. Antara teknik-teknik yang selalu digunakan bagi tujuan seperti itu ialah:
a. Memburuk-burukkan peribadi pihak lawan.
b. Membangkitkan rasa marah dan kebencian.
c. Menggunakan istilah-istilah dan perkataan-perkataan daripada ajaran agama yang negatif seperti kafir, taksub, taghut, zalim, dan banyak lagi.
d. Menggunakan kiasan dan sindiran.

5. Jangan mendustai hadirin dengan menyembunyikan niat sebenar kita, kepentingan peribadi kita, kepentingan kelompok yang kita wakili atau kedudukan kita sebagai pendukung pendapat-pendapat yang kita ucapkan.


6. Jangan mengucapkan pendapat-pendapat yang kita sendiri tidak setuju atau tidak yakin.

7. Jangan berlagak kita yakin sesuatu itu tepat dan betul padahal sebenarnya ia tidak berapa tepat atau tidak berapa betul.

8. Jangan mengatakan bahawa sesuatu yang kompleks itu kononnya mudah, umpamanya dengan mengatakan sesuatu itu hanya terdiri dari dua kemungkinan sahaja, “kalau tidak itu, mesti ini”.

9. Jangan mengherot-perotkan, menutup dan menyalah-tafsirkan maklumat, kesan-kesan atau akibat-akibat yang akan dialami.

10. Jangan mendorong hadirin supaya mengaitkan idea kita atau pendapat-pendapat kita kepada matlamat-matlamat, nilai-nilai atau tujuan-tujuan yang tidak ada kaitannya.

11. Jangan menggunakan rayuan-rayuan emosi sedangkan hadirin berupaya berfikir secara kritikal. Mereka berupaya menyetujui rayuan-rayuan itu dengan sendiri.

Etika Komunikasi Interpersonal

Semua perbuatan perlu berpandukan kepada nilai-nilai murni yang dipanggil etika sebagai landasan yang menjamin perbuatan itu membuahkan hasil-hasil yang baik. Di dalam semua jenis komunikasi interpersonal, amalkan etikanya. Secara universal nilai-nilai itu ialah:

1. Bersikap Jujur
Apabila menceritakan perasaan, ceritakan dengan jujur apa sebenarnya perasaan yang dirasai. Kalau tersinggung, katakan tersinggung. Gunakan ayat “saya.” Katakan dengan jujur “Saya rasa tersinggung.” Jangan katakan tidak tersinggung. Kalau marah, katakan “Saya marah.” Kalau tidak mahu, katakan “Saya tidak mahu.”

2. Tidak Menuduh
Jangan menuduh dan mempersalahkan sesiapa. Jangan gunakan ayat “awak.” Jangan berkata “Kata-kata awak menyinggung perasaan saya.” Ayat-ayat seperti ini menuduh orang itu bersalah menyebabkannya berasa begitu ataupun begini. Ia akan menyebabkan hubungan menjadi tegang dan komunikasi menjadi negatif.

3.Nilai Bersama 
Ada kalanya seseorang berada di tengah-tengah kelompok orang-orang yang mementingkan nilai-nilai bersama. Orang Melayu adalah contoh orang-orang yang mementingkan kepentingan dan tujuan bersama, dan tidak mementingkan tujuan peribadi. Dalam situasi seperti itu, janganlah bercakap kerana hendak memperjuangkan perasaan sendiri. Ikut sama-sama bercakap demi kepentingan semua orang ataupun, lebih baik diam sahaja. 

4. Memberi Gambaran Tepat
Sampaikan maklumat dengan tepat. Jangan memberi maklumat palsu. Jangan berdusta. Jangan mengherot-perotkan maklumat. Jangan sengaja menghilangkan sebahagian daripada maklumat itu. Jangan beri gambaran yang salah.

5. Berkata Benar
Jangan sekali-kali mempunyai niat menipu dan memperdaya orang itu.

6. Mematuhi Etika
Jangan mengumpat dan jangan bergosip, apabila mendengar orang lain mengumpat, dengan lembut tegur orang itu, kalau tidak berani, tingglkan tempat itu ataupun jangan dengar. 

7.Selaras
Kata-kata mesti sama dengan apa yang gerak-geri kita ucapkan. Apabila mulut kita berkata “ya,” jangan pula kepala menggeleng-geleng. Kalau mulut berkata “tak mahu,” jangan pula suakan tangan mengambilnya.

8. Tidak Menggangu
Jangan menyampuk dan memotong orang lain yang sedang bercakap. Biarkan dia bercakap sampai habis, baru ambil giliran. Apabila orang lain sedang bercakap berkenaan satu pekara, jangan pula menyebut perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan apa yang disebutnya. Jangan buat apa-apa yang mengganggu orang lain daripada bercakap dan mendengar dengan tenang. 

9. Bersikap Positif
Jangan bercakap berkenaan perkara-perkara negatif. Jangan suka merungut dan mencari cacat-cela sebaliknya hendaklah sentiasa murah dengan penghargaan dan pengiktirafan.

Dusta, Gosip dan Umpat

Manusia banyak melakukan aktiviti bergosip dan mengumpat. Gosip ialah berbual-bual atau bersembang-sembang berkenaan hal-hal peribadi orang lain. Gosip biasanya melibatkan khabar-khabar angin. Orang-orang yang bergosip mendapat keuntungan daripada perbuatan bergosip itu. Antaranya, mereka boleh mendapat lebih banyak gosip, mereka mengalami rasa seronok dan puas, mereka mendapat lebih banyak kawan, mereka merapatkan pergaulan, mereka menaikkan status sosial diri sendiri dan ada kalanya mereka dapat mempengaruhi orang-orang lain yang mendengar gosipnya.

Bergosip ialah sejenis komunikasi sosial yang popular dan menyeronokkan. Oleh itu kita suka bergosip tentang orang-orang lain, dan orang-orang lain pun suka bergosip tentang diri kita. Namun, gosip boleh mendatangkan kesan yang sangat buruk. Ia boleh menyebabkan orang-orang lain bermusuh-musuhan semasa mereka. Ia boleh menyebabkan kita dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang lain.

Kajian-kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati orang-orang yang menyebarkan gosip mempunyai niat bawah sedar mahu supaya orang-orang yang mereka gosipkan berkonflik dan ber-musuhan.

Bergosip boleh bertukar menjadi mengumpat di dalam tiga keadaan:

1. Apabila bahan gosip itu ialah perkara yang sepatutnya dirahsiakan
Dalam bercakap-cakap dengan orang lain, kita sendiri boleh tahu sama ada apa yang diperkatakan oleh orang itu adalah sesuatu yang dia tidak mahu kita bocorkan kepada orang lain atau sebaliknya. Sebagai contoh, apabila dia bercakap tentang rasa bencinya terhadap seseorang, kita dengan sendiri tahu dia tidak mahu kita membocorkan pe-rasaannya itu. Kenyataan bahawa dia mahu bercakap hal itu pada kita bermakna dia ada kepercayaan bahawa kita tidak akan membocorkan rahsia itu kepada sesiapa pun. Jadi, kalau kita pecahkan cerita itu, ini bererti kita mengkhianati kepercayaannya. Perbuatan begini sangat tidak bermoral. Ia mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada semua yang terjejas.

2. Apabila bahan gosip itu tidak benar, iaitu fitnah

Di sini, kita tahu perkara itu tidak benar, tetapi kita ceritakan juga kepada orang lain. Sebagai contoh, bahan itu hanyalah cerita yang kita dengar dari orang lain. Kita sendiri tidak dapat membuktikan cerita itu benar.

3. Apabila bahan gosip itu mencerobohi rahsia peribadi orang lain, iaitu privasi mereka

Gosip jenis ini sangat melukai orang-orang yang digosipkan. Gosip jenis ini biasanya dimulakan dengan kata-kata “Dia kata....” ataupun “Dia fikir awak....”

Orang yang popular adalah orang yang banyak membeli saham insurans sosial. Ke mana mereka pergi, ada orang yang terhutang budi kepada mereka oleh itu, apabila mereka menghadapi masalah, mereka tahu mereka mempunyai ramai kawan yang boleh menolong. Dengan cara itu, ke mana seseorang itu pergi dia mempunyai pengikut, sahabat handai, para penyokong, pengundi, peminat dan pelanggan. Di dalam Islam, perbuatan bergosip dan mengumpat sangat dilarang oleh Tuhan dan hukumannya adalah sangat berat. Apabila seseorang itu melakukan perbuatan ini dia hanya merosakkan insurans sosialnya sendiri.


Kesimpulan dari kamu? Tepuk dada tanya akal. :)


Comments

CikSpek said…
waahh!! baguih2,info berguna.. sy tgh siasat kes gosip boyss ni.. hehe..

Popular Posts