Monday, September 22, 2008

Kebaikan Berpuasa : Mari kongsi

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". 
(al-Baqarah, ayat 183)

22 September 2008 : 10.06 pm: Salam semua, penat betul hari ini, sebenarnya mengantuk tapi malas la nak habiskan masa dengan tidur, bagus juga kalau menulis diblog ni. adala sedikit input. Sepanjang 2 hari lepas, aku habiskan berbuka puasa dengan kawan-kawan. Semuanya di Mid Valley, orang cukup ramai, sampai naik bengang pun ada. Rakyat Malaysia semua dah mampu. Tempahan kena buat dari 4.00 petang, baru la dapat tempat, datang lambat, selamat la. Sepanjang berada kat sana memang la ramai terserampak dengan kawan-kawan, dari kawan satu kampung sampai kawan-kawan satu tempat kerja. Meriah sungguh rasanya.

Pada semua, maaf la kalau tak ada subjek yang ak dibincnagkan buat masa sekarang. Kerja agak sibuk, nak menulis tapi agak sibuk, malam selalunya penat. Idea penulisan macam ni saja yang dapat saya tulis. Tak ada isi langsung, kadang-kadang membazir masa pun ada.  Sekadar berkongsi maklumat, aku ambil tulisan ini dari 

Dengan tajuk Kebaikan berpuasa, hayati dan amalkan : )

Dalam Islam, berpuasa adalah satu ibadah yang wajib dan ia merupakan rukun Islam ketiga sebagaimana menurut firma Allah dalam surah al Baqarah, ayat 183 yang bermaksud “wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. Daripada ayat ini, umat Islam itu berpuasa dengan menahan makan dan minum serta menjauhi segala perkara yang boleh membatalkannya kerana menuruti perintah agama.

Namun apa yang lebih penting sekali difahami daripada arahan agama ini adalah sikap umat Islam untuk menghayati puasa itu di samping sebagai satu ibadah, tetapi mempunyai implikasi hikmah yang lebih luas lagi dengan mencakupi aspek perubatan dan kesihatan, pemakanan, perekonomian, pembasmian kemiskinan dan keadilan serta perpaduan sosial dan banyak lagi. Ada kemungkinan yang besar bahawa umat manusia tidak akan mengetahui apa itu puasa jika Allah sendiri tidak mengajarkan kepada mereka apa itu puasa. Oleh sebab itulah amalan berpuasa bukan sesuatu yang asing, atau sebagai satu amalan yang sudah sebati dan sinonim dalam ajaran yang terkandung dalam semua ajaran agama Samawi, iaitu agama yang diturunkan oleh Allah.

Maka itu, kita mendapati para pengikut yang berpegang kepada ajaran dalam Kitab Zabur, Injil dan Taurat sehinggalah Al Quran, berpuasa sebagai satu ibadat yang diarahkan oleh Allah. Walaubagaimanapun, sudah tentu terdapat perbezaan dalam amalan ini antara Islam, Kristian dan Yahudi. Pada dasarnya, kewajipan berpuasa yang dituntut oleh Allah ke atas umat Islam yang berakal dan cukup umur dari kalangan lelaki dan perempuan adalah supaya mereka dapat meningkatkan lagi ketakwaan mereka kepada Allah. Ketakwaan yang diperolehi ini nanti akan menjadikan mereka lebih takut, patuh dan taat serta hormat kepada Allah. Mereka akan berasa takut untuk melakukan kejahatan ataupun meninggalkan suruhan Nya, malah sentiasa pula terdorong untuk melakukan kebaikan dan melarang kejahatan. Dan kesan ketakwaan ini akan memberi kekuatan spiritual kepadanya bukan sahaja di bulan Ramadhan ini, tetapi juga di luar Ramadhan, malah selagi mana hayat ini di kandung badan.

Dalam Islam, puasa sebagai satu ibadah, di samping sebagai satu proses penyucian dosa dan pembersihan jiwa serta untuk peningkatan ketakwaan kepada Tuhan, ia juga merupakan satu bentuk rawatan kepada sistem tubuh badan khususnya dikenali sebagai proses detoksifikasi. Inilah antara lain hikmah dari amalan berpuasa. Detoksifikasi atau penyahtoksidan adalah satu proses di mana pelbagai jenis bahan beracun atau bahan toksik dikeluarkan dari tubuh badan manusia bagi tujuan pembersihan.

Tetapi dari manakah atau bagaimanakah bahan-bahan toksik ini boleh memasuki badan kita? Sebenarnya sama ada disedari atau tidak, punca utama bahan-bahan toksik ini memasuki badan adalah melalui mulut dengan memakan makanan sama ada yang telah tercemar atau pun yang mengandungi bahan-bahan tambahan lain yang tidak sesuai untuk badan seseorang di samping faktor pencemaran persekitaran. Tubuh badan manusia sebenarnya mempunyai mekanisma semulajadi tersendiri dalam membersihkan organ dalaman badan dari bahan beracun. Sebagai contohnya, hati adalah organ terbesar yang berfungsi untuk mengkumuhkan segala sisa yang ada untuk dibuang selain ginjal, pundi kencing dan sistem darah. Dan di manakah pula peranan puasa dalam proses rawatan bentuk ini? Sebenarnya berpuasa turut membantu tubuh badan kita mengkumuhkan bahan-bahan toksik berkenaan yang sudah tentu tidak diperlukan oleh badan kita malah boleh mengakibatkan pelbagai gejala pula jika dibiarkan. Dari segi kesihatan, bagi merawat gejala keracunan, satu agen lain yang bersifat antitoxic atau pun bahan lain yang mempunyai nilai komposisi antitoxic yang lebih kuat harus digunakan bagi tujuan penyahtoksidan atau pun meneutralkan keadaan.

Selain dari ini, kaedah membiarkan keupayaan semulajadi badan untuk menyahtoksik dengan mengurangkan kadar pengambilan bahan-bahan yang toksik atau membantu badan membersihkan bahan-bahan berkenaan secara semulajadi juga digunakan walaupun agak lambat tetapi amat berkesan di samping tiada kesan sampingan (adverse effect). Dengan cara inilah bagaimana amalan berpuasa itu dilihat dapat memainkan peranannya bagi tujuan detoksifikasi dan pembersihan tubuh badan bagi pengekalan kesihatan yang optimum. Inilah antara hikmah puasa yang amat jarang sekali dihargai oleh orang-orang yeng berpuasa.

Puasa sebenarnya mampu meningkatkan lagi keupayaan tubuh badan bagi tujuan penyahtoksidan dan pembersihan. Seseorang yang berpuasa telah memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban makanan. Ketika berpuasa juga, aktiviti pembersihan badan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari kolon, buah pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga. Pembersihan sisa toksin dalam kolon umpamanya amat penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan pencegahan barah usus dan RasululLah s.a.w sendiri mengamalkan aktiviti pembersihan kolon ini di mana berpuasa amat berkesan bagi tujuan ini.

Jika ditinjau dari sudut pemakanan, tabiat pemakanan seseorang individu memainkan peranan yang amat besar sekali dalam menentukan kesihatan dan tahap morbiditi mereka. Ini kerana secara jelasnya, apa juga makanan yang mereka ambil akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan tubuh mereka malah juga terhadap kewujudan penyakit tertentu. Dan kaedah pengawalan pengambilan makanan tertentu dapat pula meningkatkan kesejahteraan mereka di samping mengurangkan risiko penyakit tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berpuasa mampu mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah serta kandungan lemak dalam badan. Ini secara tidak langsung berkesan dalam mengurangkan risiko diabetis (khususnya Type II Diabetes), hipertensi dan strok.

Seseorang yang berpuasa akan mendapati pembakaran kandungan lemak dalam badan dapat dijalankan secara lebih sempurna lagi. Proses ini berlaku di mana lemak-lemak tersebut digunakan untuk menghasilkan tenaga mereka yang berpuasa dan lemak-lemak inilah merupakan satu-satunya sumber tenaga yang ada pada ketika itu. Dan sudah pasti proses ini amat baik bagi mengurangkan kesan tidak elok akibat dari peningkatan kolesterol, berat badan berlebihan dan obesiti.

Dalam surah al Maa’idah, ayat 88 Allah mengkehendaki setiap orang-orang yang beriman itu hanya memakan makanan yang halal dan baik sahaja sebagaimana firman-Nya bermaksud “dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah berikan kepada kamu dan bertakwalah kepada Allah, yang kamu beriman kepada-Nya. Unjuran hanya memakan makanan yang halal lagi baik adalah satu keperluan bagi orang-orang yang beriman. Makanan yang halal lagi baik akan meningkatkan kesejahteraan dan menghindarkan kemudharatan seperti penyakit, keracunan dan sebagainya.

Oleh itu, tanggungjawab mereka bukan sahaja memastikan makanan yang mereka ambil itu halal dan baik serta segar atau bersih, tetapi juga mampu mengoptimakan tahap kesihatan mereka. Tetapi hakikat yang berlaku di kalangan ummah kini adalah di mana terdapat mereka yang berupaya mendapatkan makanan yang halal dan sempurna, segar dan baik tetapi masih ditimpa mudharat dan penyakit daripada makanan berkenaan. Ini bermakna mereka perlu mengambil kira beberapa aspek yang lain berkaitan pemakanan seperti tidak makan secara berlebihan, makan apabila perlu sahaja dan hanya memilih sumber dan khasiat makanan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan demi kesihatan dan kekuatan.

Dan semua aspek ini sebenarnya terkandung sebagai hikmah yang terselindung dalam ibadat puasa yang perlu dihayati secara mendalam oleh umat Islam. Dan yang lebih penting adalah mendapatkan kesan detoksifikasi dari amalan berpuasa ini secara berterusan dan berpanjangan. Begitu juga, mereka perlu menyedari bahawa bahan-bahan toksik boleh berpunca bukan sahaja dalam bentuk makanan yang dimakan, tetapi apa jua yang boleh mencemari kesucian bulan Ramadhan seperti perkataan yang tidak baik yang menjadi punca kepada fitnah dan pendustaan serta penyelewengan. Artikel ni ditulisOleh Khairul Azhar Idris (Fellow IKIM ).Dalam Islam, berpuasa adalah satu ibadah yang wajib dan ia merupakan rukun Islam ketiga sebagaimana menurut firma Allah dalam surah al Baqarah, ayat 183 yang bermaksud “wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. Daripada ayat ini, umat Islam itu berpuasa dengan menahan makan dan minum serta menjauhi segala perkara yang boleh membatalkannya kerana menuruti perintah agama.

Dan semua aspek ini sebenarnya terkandung sebagai hikmah yang terselindung dalam ibadat puasa yang perlu dihayati secara mendalam oleh umat Islam. Dan yang lebih penting adalah mendapatkan kesan detoksifikasi dari amalan berpuasa ini secara berterusan dan berpanjangan. Begitu juga, mereka perlu menyedari bahawa bahan-bahan toksik boleh berpunca bukan sahaja dalam bentuk makanan yang dimakan, tetapi apa jua yang boleh mencemari kesucian bulan Ramadhan seperti perkataan yang tidak baik yang menjadi punca kepada fitnah dan pendustaan serta penyelewengan. Artikel ni ditulisOleh Khairul Azhar Idris (Fellow IKIM ).

Terdapat laman-laman lain :

4 comments:

gidong said...

panjangnya .... adoiii apa2 pun selamat berpuasa hehe

Khapeace Khalead said...

Tu la, Dani masuk Islam la, nanti leh puasa :)

AMAD said...

betul...betul..betul..puasa ni banyak kebaikkan nye contohnya mcm amad sendiri,ada org ckp sape ada sakit gastrik tak boleh puasa,amad pun ada gastrik tp dlm bulan puasa ni amad rasa gastrik amad ok jer...Fiz Thaxz 4 the informasion!!

Khapeace Khalead said...

come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news