Kita Kuli atau Kita Dengki?-Warga asing jadi Bos

Gambar disalin tanpa kebenaran KOSMO


7 September 2008: 12.20 Tgh-Salam buat semua pembaca, terima kasih pada Amad, kerana menjadi orang pertama memberi komen bagi blog ni, sekurang-kurangnya, ada juga yang membaca. Salam Ramadhan sekali lagi pada semua. Hari ni bukan macam biasa kerana terpaksa datang kerja walaupun malas. Secara jujurnya. Aku tertarik dengan link di bawah:


Sisipan berita dari akhbar KOSMO : 7 September 2008 (sisipan diambil tanpa kebenaran):

Mereka pula jadi bos - Warga asing tentukan jenis kerja orang tempatan

KUALA LUMPUR - "Saya ketua sini. Sekarang tidak ada jawatan kosong di kaunter tapi jika mau jadi pencuci tandas, boleh isi borang ini."
Itu jawapan seorang warga Bangladesh yang bertugas di sebuah stesen minyak di sini ketika wartawan Kosmo! Ahad menyamar mencari kerja sebagai juruwang.
Warga Bangladesh yang memakai tanda nama Nadeem itu rupa-rupanya ketua kepada semua pekerja di stesen minyak tersebut dan dia diamanahkan memilih pekerja baru termasuk rakyat tempatan jika ada kekosongan.
Ia diakui seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Fahmed yang bekerja setempat dengan Nadeem dan memberitahu, dia bersama empat rakan senegaranya serta dua rakyat tempatan bekerja di situ.
"Nadeem bos kami dan dia jaga dan menetapkan tugasan kami kerana dia sudah kerja lama dan menjadi orang kepercayaan bos besar," kata Fahmed.
Ketika ditanya berapakah gaji yang diperoleh, katanya gaji pokok yang diterima cuma RM500 tetapi dicampur dengan kerja lebih masa, pendapatannya mencecah RM1,100 sebulan.
"Mula-mula kami jadi tukang cuci atau buat kerja-kerja berat tetapi selepas lama kerja, kami naik pangkat," katanya.
Senario itu bukan sahaja membuktikan dakwaan ramai tetapi dalam masa yang sama menyebabkan wartawan Kosmo! Ahad sebagai warga tempatan terasa hina seolah-olah 'merempat' di negara sendiri.
Apa lagi dalam suasana rakyat Malaysia masih menyambut ulang tahun Kemerdekaan kali ke-51 tetapi itulah hakikat yang dapat dilihat dalam sektor pekerjaan di negara ini sejak kebelakangan ini.
Ternyata pekerja asing bukan sahaja berkhidmat sebagai kakitangan pembantu dalam banyak sektor malah kini mereka diiktiraf dan diberi kepercayaan menjadi pekerja barisan hadapan di sesebuah syarikat.
Sementara itu, tinjauan ke sebuah lagi stesen minyak, senario lain pula berlaku apabila semua pekerja bawahan adalah anak tempatan sedangkan tugasan juruwang diserahkan kepada tiga orang warga Bangladesh.
Ketiga-tiga pekerja warga asing ini bekerja mengikut giliran dan tidak ada kelibat anak tempatan dapat dilihat di kaunter juruwang.
Ketika wartawan Kosmo! Ahad menyamar sekali lagi memohon pekerjaan sebagai juruwang, seorang daripada mereka lantas menjawab tiada kekosongan.
Seorang pengunjung stesen minyak yang ditemui, Azman Idris, 34, meletakkan kedudukan warga asing kini jauh lebih baik dari anak tempatan.
"Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana yang menggaji dan memberi kepercayaan kepada mereka ialah pemilik stesen yang merupakan warga tempatan," jelasnya.
Seorang kakitangan kerajaan yang mahu dikenali sebagai Rashid menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
"Memang sekarang kita boleh lihat di mana-mana stesen minyak akan ada warga asing yang jadi juruwang dan orang kita jadi tukang pam minyak atau pencuci.
"Ada yang berlagak seolah-olah mereka lebih hebat daripada kita kerana jawatan yang diberi sehingga kita tak boleh bersuara," katanya.
Rashid bagaimanapun menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha stesen minyak yang mengutamakan warga asing.

Daripada pengamatan saya, penulisan konsep berita yang begini telalu klise, terlalu pada sebelah pihak. Tiada penilian dibuat atas dasar keperincian punca dan akibat. Kisah 'warga asing' dalam masyarakat Malaysia terlalu cepat mendidih tapi terlalu cepat masam dan busuk. Kadang-kadang mereka dilihat sebagai objek daripada subjek. Bukan nak jatuh pagar belah kiri atau pagar belah kanan, cuma kadang-kadang isu begini perlu dilihat dari semua sudut, barula kita komen.

Daripada sisipan berita di atas, pelik tapi benar, kisah orang kuat berusaha tapi kita menidakkannya. Pelik bukan? Selalunya, kalau orang dah berusah, selalunya akan dapat pujian, hadiah, bahagia, seronok, senang, tenang, imbuhan dan sebagainya. Tapi kesimpulan yang cuma saya buatkan dari sisipan itu, orang yang kuat berusah tak boleh dapat pujian, hadiah, bahagia, seronok, senang, tenang, imbuhan sebab dia 'warga asing'. Di mana asas keadilan sebagai manusia normal yang ada otak. Biarkan dan asingkan sekejap sikap mereka yang berlagak, perasan macam di negara sendiri, bodoh sombong tapi kaji kerajinan mereka. Kalau adat manusia biasa, kuat berusaha tentu dapat ganjarannya.

Apakah warga kita ini jenis hati busuk? Tak boleh tengok senang? Tak boleh tengok orang dapat imbuhan dari kerajinan orang lain? Adakah kita malas? Biarpun orang itu warga asing, kalau dia dah berusaha, menjadi hak dia untuk menerima yang terbaik. Kenapa pula kita yang sibuk, bukan dia ambil gaji kita. Jangan nak salahkan orang lain kalau dah diri tu pemalas. Terima saja hakikat itu, senang bukan. Ini siap jadi muka depan suratkhabar, tajuk utama buletin, kisah utama corong berita radio, memperkatakan satu senario seperti sisipan di atas tapi tak pernah ambil pusing atas diri sendiri. Asyik-asyik nak salahkan orang lain. Tuli agaknya. Fikirla sikit.

Aku tak mahu komen pasal warga tempatan memilih kerja, ini perkara lapok, perkara yang kalau disusun agaknya, dah keliling bumi beratus kali agaknya. Kesimpulan masing-masing malas, senang saja kesimpulan dari aku. Tapi yang aku bengang kalau sifat dengki. Akibatnya seperti sisipan akhbar di atas. Tak boleh terima kenyataan awak tu pemalas dan jadi tak waras bila orang lain berjaya atas usaha keringat sendiri. Pelik tapi bodoh bukan. Janganlah kita nak klasifikasikan orang Melayu suka dengki, orang Cina suka dengki, orang India suka dengki, semua sama sahaja. Jangan nak tunjuk sana, tunjuk sini, terima sahaja hakikat itu dan duduk berfikir. Jangan jadi Pak Pandir duduk termenung sahaja. Bak kata seorang pelawak, " Lu fikirla sendiri"

Apa yang saya mahu simpulkan di sini, kenapa kita suka sekat orang yang berjaya, mendapat ganjaran atas usaha sendiri, biarla dia warga asing sekali pun, kalau orang kuat usaha, memang laya berada ditempatnya, jadilah manusia yang lebih adil, bukan orang bodoh yang suka menyalak tak tentu pasal, cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain. Tepuk dada tanya otok memasing. Renung-renungkanlah kata-kata di bawah:


"Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan"




Comments

AMAD said…
ermm teringat amad masa awal umur 20an dulu penah la kerja partime kat sebuah hotel 4 star kat area KL ni,masa mohon keje kat sana punya lah cerewet kalau pekerja tempatan yang memohon nk tgk mcm2 kelulusan,nak mcm2 sijil,tp bila amad keje kat dlm tu rupa nya hampir 70 peratus pekerjanya pekerja asing....yg pelik tu ada yang nak mengeja nama sendiri pun tak tau apatah lagi nak menulis...kesimpulannya apakah org tempatan di anak tirikan,sehinggakan kalau anak tempatan yang tak mempunyai kelulusan bermakna tak layak bekerja di situ tetapi sebaliknya bagi pekerja asing kalau tak boleh membaca pun di alu alu kan kalau nak bekerja di sana...itu pengalaman amad ler..pendapat amad kalau pendatang asing tu jadi bos sekali pun salah org tempatan sendiri kerana terlalu memilih atau terlalu bagi peluang pada org luar...
Betul, apa yang Amad katakan, tapi apa yang saya cuba sampaikan, kalau orang tu berusaha, pasti dia akan berjaya, tapi peliknya warga kita di Malaysia, suka dengki. Subjek warga asing cuma satu contoh senario saja untuk menunjukkan sikap warga Malaysia :)
-kar- said…
Tersangatlah bersetuju!
Setuju? Yang mana satu?
-kar- said…
Setuju yg kita cepat melenting dan dengki.
Amad dan Kar, camner nak baca korang puntya blog?
come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news

Popular Posts