Muzikal raya Siti


KALAU sebelum ini peminat menyaksikan program Ole Ole Siti Nurhaliza yang diadakan Hari Raya pertama tahun lepas, kali ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 29, mengisi sebuah lagi rancangan muzikal raya.

Cuma kali Siti tidak muncul keseorangan dan ditemani rakan seperjuangan lain dalam industri seni, sebaliknya Siti tampil dengan dua beradiknya, Saida dan Saerah.

Itulah kelainan yang cuba ditampilkan Siti berbanding program raya lain yang pernah membaris wajah manisnya tatkala Syawal menjelma tiba.

Sebagai pembuka tirai hari lebaran yang bakal muncul, Siti akan tampil dengan Teratak Siti Nurhaliza pada hari raya pertama bersiaran di TV3 pada pukul 10 pagi.
Menurut Siti, dia cukup teruja dapat menghiburkan peminat pada pagi Raya dengan mendendangkan lagu-lagu berkonsep tradisional sambil diiringi kakak dan adik kesayangannya itu.

SAIDA menganggap peluang berduet dengan Siti sebagai satu penghormatan kepadanya.
"Pada mulanya penerbit program ini ingin menggabungkan empat beradik - Ayie, Siti, Saida dan Saerah di dalam satu program sama.

"Ayie bagaimanapun enggan melibatkan diri, lalu Siti mengambil keputusan teruskan saja rancangan untuk tampil dengan adik-beradik lain."

Rancangan ini dianggap pertama kali Siti, Saida dan Sareah bergandingan sama di pentas sama. Dengan penglibatan mereka berdua, Teratak Siti Nurhaliza begitu berbeza, malah amat istimewa untuk ditampilkan khusus buat peminat.

"Saya pun teruja dengan program ini," kata Siti ketika ditemui sebelum berlangsungnya rakaman Teratak Siti Nurhaliza yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam awal Ogos lalu.

Sambung Siti lagi, perkara paling penting yang membuatkan Teratak Siti Nurhaliza harus ditonton peminat disebabkan lagu-lagu yang didendangkan keseluruhan berunsur tradisional.
"Program selama satu jam ini menampilkan Siti nyanyi lagu tradisional. Memang agak kekok pada mulanya sebab sudah lama Siti tidak nyanyikan lagu berentak tersebut.
"Lama- kelamaan perasaan itu dapat dibuang jauh-jauh kerana Siti sebenarnya bolehlah sikit nyanyi lagu bercorak tradisional, cuma suara dan lenggok saja yang kena diperhalusi.
SITI NURHALIZA masih menjadi pilihan utama penerbit rancangan TV untuk ‘menawan’ khalayak penonton.

"Pemilihan lagu ada yang Siti pilih sendiri. Banyak lagu-lagu yang dinyanyikan biasa didengari peminat. Ada juga lagu-lagu tradisional seperti Nirmala, Ya Maulai dan Cindai yang Siti nyanyikan.

"Ada juga segmen lain Siti nyanyikan lagu moden seperti Ku Mahu serta lagu klasik seperti Tunggu Sekejap dan Sejak Ku Bertemu yang dipersembah dengan alunan muzik asli dan tradisional.

"Ada juga beberapa lagu rakyat lain yang Siti nyanyikan khas buat audiens. Lagu-lagu ini boleh didengari dalam rancangan pada Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi," jelasnya yang kelihatan ayu mengenakan busana rona merah dan kuning rekaan Rizman Ruzaini.
Sementara itu, Saida tidak dapat menyembunyikan keterujaan untuk berduet dengan adiknya menerusi lagu Empat Dara.

"Saya anggap nyanyi bersama Siti dalam satu program sebagai peluang yang dinantikan. Memang tidak sukar untuk nyanyi sama dengan Siti, tapi saya akui sedikit gentar apabila nak berduet dengan dia.

"Maklum saja Siti ada nama dan peminat sendiri, justeru rasa berdebar itu memang ada dalam diri lebih-lebih lagi saya tidak biasa bawakan lagu tradisonal sebelum ini.

UNSUR tradisional turut diselitkan dalam rancangan selama satu jam ini.

"Berbanding adik iaitu Saerah, dia punya pengalaman dalam mendendangkan lagu tradisional. Lalu saya berharap supaya peminat dapat terima persembahan saya bersama Siti.
"Perasaan gementar itu memang ada, tapi saya janji akan berikan persembahan terbaik," janji Saida sambil matanya melirik ke arah Siti yang tidak henti-henti memberikan sokongan.
Siti juga berpadu suara dengan Saerah menerusi lagu Lenggang- Lenggok.

Bagi penerbit dan pengarah Teratak Siti Nurhaliza, Mohamad Ismadi Ismail, sebelum ini dia berpengalaman mengendalikan rancangan Hari Raya bersama Siti, Ole-Ole Siti Nurhaliza.

"Sengaja timbulkan kelainan dengan menggandingkan tiga beradik ini di pentas sama ditambah lagu yang didendangkan secara keseluruhan adalah bercorak tradisional dan fusion.

"Konsep tradisional senang mahu diadun dengan lagu-lagu Raya, malah kebiasaannya program Raya menampilkan lagu berentak perlahan dan sedap didengar terutamanya pada Aidilfitri.
"Muzik yang cuba diketengahkan memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira golongan umur.

"Antara lagu bakal berkumandang dalam program ini ialah Bunga Hutan, Joget Pahang, Joget Berhibur, Anugerah Aidilfitri, Es Lilin, Nazam Lebaran dan Joget Kasih Tak Sudah.

"Selain itu, banyak pembaharuan yang ditonjolkan. Saya tidak lagi menggunakan khidmat pemuzik terkenal yang dipimpin Pak Ngah kerana beliau berada di luar negara, justeru tak dapat beri sepenuh komitmen untuk menjayakan rakaman Raya ini bersama Siti.

"Saya panggil pemuzik baru yang dibarisi orang-orang muda berbakat besar. Kalau sebelum ini saya menggunakan khidmat penari Yayasan Warisan Johor, kini tidak lagi sebab saya dan krew produksi ambil keputusan menggunakan Swatari," katanya.

Sebelum menutup bicara, Mohamad Ismadi berharap agar peminat bakal terhibur dengan kandungan program dan lagu-lagu yang dipersembah menerusi Teratak Siti Nurhaliza pada Hari Raya pertama bermula pukul 10 pagi di TV3.

Comments

mp3-khapece said…
come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news

Popular Posts