Balik Kampung 2008

3 Oktober 2008 : 12.15 Tgh : Salam semua, selamat hari pada semua, hari aku nak rehat sebab keletihan. Raya kali ini balik kampung. Seronok sangat. Dah lama tak balik rasanya. Dah dekat 3 tahun, kali ni balik, seronok betul. Gambar-gambar di bawah ialah gambar-gambar yang diambil sepanjang balik kampung. Banyak sangat gambar sampai tak tahu nak letak yang mana. Muar. Kampung Jorak. Bukit Pasir dah banyak yang berubah tapi yang ada juga yang tak berubah. Keluaraga. saudara mara, kawan, terima kasih semua. Selamat Hari Raya. Gambar kat bawah ni tak teratur.
 
Inilah pekan Bukit Pasir, masa tu sangat panas, banyak kedai-kedai  baru dibuka. Meriah. Tapi yang betul-betul yang berubah ialah keadaan manusia kat situ. Nak tahu!!!! Tempat tu dah macam pekan warga asing, terlalu banyak orang Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Indonesia. Jadi takut pun ada, nak ambil gambar, tapi tak berani.
Inilah pejabat pos pekan Bukit Pasir, masih tak berubah, masa kecil-kecil dulu, selalu kena pergi pejabat pos ni bayar bil elektrik dengan air. Naik basikal saja, jauh sangat dari kampung aku, sebab tu masa muda-muda aku kurus. Hahaha.

Walaupun bannyak dah berubah tapi ada kedai-kedai lama yang masih berdiri, kedai-kedai inilah yang aku lawati sejak aku kecik-kecik. Datang naik basikal sahaja. Jauh


Inilak kawasan perkuburan di Kampung Jorak. Makin luas dah. Aku sekeluarga sempat datang menjenguk kubur saudara mara.

Ni ialah kubur nenek kesayangan aku, rindu bila mengingatnya. Sebenarnya, masa kecil aku di besarkan oleh nenek, sebab tu aku sayang sangat kat dia. Tapi masa aku tingkatan 3, nenek meninggal, masa tu sedih sangat. Nak nangis pula rasanya.

Inilah pokok duku dan buah-buahnya. dahan kecik ajer, tu yang bahaya sikit, aku suka lagi panjat pokok manggis sebab dahan dia melintang dan besar. Duku ni mencabar sikit. Nak tahu tak, buah duku boleh mencengah kanser dan Indonesia, langsat disebut duku. Nak tahu lebih lanjut : http://budiboga.blogspot.com/2006/05/buah-duku-mencegah-kanker-kolon-dan.html

Puncak tertinggi pokok duku, aku berjaya juga naiknya walaupun bersusah payah macam orang gila, biasala, orang gemuk panjat pokok.


Inilah gambar tangan aku masa di atas pokok. Nak tahu, aku berjaya memanjat pokok duku ni walaupun berat badan yang berkolo-kilo, berjaya. Tapi yang kelakarnya, aku pitam sebab pengunaan tenaga berlebihan, terbaring aku sekejap.


Pada petang raya, satu keluarga pergi panjat pokok duku, banyak juga la dapat, bila masuk dalam bonet kereta sampai rendah kereta, lalu bonjol, terkenala. Teruk betul. Seronok, penat sampai pitam.

Ni ialah kubur nenek kesayangan aku, rindu bila mengingatnya. Sebenarnya, masa kecil aku di besarkan oleh nenek, sebab tu aku sayang sangat kat dia. Tapi masa aku tingkatan 3, nenek meninggal, masa tu sedih sangat. Nak nangis pula rasanya.

Inilah Mee Bandung Muar. Sedap, pelik, bila balik KL takde pun yang dapat buat macam ni, tak sama la. Yang ini memang hebat, kuah dia, memang cukup sedap.

Gambar ni gambar kat kawasan rumah, saja ambil, pada hari itu, cuaca sangat panas, macam tak berubah, Muar memang panas, mungkin kedudukan dekat dengan pantai. Kalau perasan, dalam gambar ini ada pokok durian, pisang dan pokok buah bacang.


Salah satu gambar kesukaan aku, tak tahula, kalau kamu rasa biasa ajer, tapi suka dahan mati yang ada dalam gambar tu. Macam seram saja.


Inilahla gambar yang paling aku suka sepanjang raya di kampung, gambar dalam gambar tu gambar anak buah aku, macam mengimbau kembali zaman duluy, belari balik ke rumah. Indahnya..................



Tak ingat nama jalan ni tapi seronok tengak bunting yang digantung ditepi jalan, dari dulu sampai sekarang mesti nak pekerja, dari kilang perabot sampai ke kilang elektronik. Masalahnya ada ke remaja orang Malaysia nak kerja kilang.Sdmua nak jadi penyanyi atau pelakon.

Malam hari raya pertama selepas berparti dengan kawan-kawan satu kampung, aku sekeluarga datang ke Tanjung Mas melihat bazaar yang yang belum ditutup, antara kedai yang dibuka, ialah kedai kasut. Aku beli 2 pasang "crough". Kat KL susah nak cari, ada, tapi mahal sangat. Kat sini RM 10 sahaja.

Tertarik aku dengan seluar yang digantung, menarik dan berkilauan. Tapi dalam hati aku, sapala ibu bapa yang akan beli untuk anak-anak mereka. Kalau ada, nak tengok keluarga itu, mesti rock.

Inilah keadaan kekotoran biasa yang dilihat selepas satu satu majlis berlaku kat Malaysia. Memang dah menjadi tipikal orang Malaysia. Bagai satu penanda aras. Sampai bila akan berubah. Rasanya sampai kiamat pun tak berubah kot. Pengotor betul.



Kelakar betul tengok anak-anak buah, masing-masing mengantuk sebab malam tu aku sekeluarga  pergi agak lewat dengan masing-masing perut penuh dengan ketupat.

Comments

mp3-khapece said…
come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news

Popular Posts